Tuesday, 14 August 2012

Resepi: Agar-Agar Milo Oreo


 Bahan-Bahan

1 Paket agar-agar
12 sudu besar gula
1/2 tin susu cair/ sejat
15 sudu besar milo (serbuk koko)
10 ketul biskut oreo (dikisar hingga hancur)

Cara Membuat

 masak agar-agar yang telah dicampur dengan air hingga mendidih
 sukatan air yang saya guna ialah tiga mug besar air

sebagai langkah terbaik, saya cairkan dulu gula dengan air panas
begitu juga milo yang dikacau dengan air panas terlebih dahulu

 jika agar-agar sudah cair sepenuhnya, masukkan gula yang telah dicairkan, 
diikuti dengan milo, dan kacau sehingga sebati

kemudian masukkan susu cair
warnanya akan berubah menjadi lebih cantik.
jangan biarkannya mendidih, kacau sehingga sebati dan matikan api

Biskut oreo ini saya kisar menggunakan blender supaya lebih halus. 
Bilangan biskut adalah mengikut selera masing-masing.

Boleh campur terus ke dalam adunan tadi, 
atau masukkan biskut oreo yang telah dikisar setelah adunan dituang ke dalam bekas.


Inilah hasilnya.

Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment