Monday, 31 December 2012

Resepi: Ikan Kerisi Bakar

Sejak ada 'pan' ajaib. Saya semakin rajin. Well done Saadah!

Ada resepi paling mudah untuk ikan bakar. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

2 ekor ikan (saya guna ikan kerisi)
1 ulas besar bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili api
3 sudu cili boh
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 batang serai
garam
Cara-cara:
1. Kisar semua bahan di atas sehingga lumat. Jangan lupa masukkan garam terus untuk dikisar.
2. Perapkan dua ekor ikan yang sudah dibersihkan dengan bahan yang telah dikisar selama 30 minit atau ikut kesesuaian masing-masing.
3. Balut dengan kertas aluminium supaya kuahnya masak sekali dengan ikan.
4. Bakar menggunakan kuali atau pemanggang ajaib atau di dalam oven. Jangan lupa terbalikkan ikan pada waktu yang sesuai.
5. Makan dengan nasi yang panas-panas. Mulakan dengan bismillah, akhiri dengan alhamdulillah.

Selamat Mencuba!

Resepi diambil dari blog INI dan diubah suai mengikut selera sendiri.

**Malu nak tnjuk gambar sebab ikan jadi tak cantik.. Ikan kerisi rupa2nya tidak sesuai untuk dibakar. Lepas ni cuba ikan lain pula lah...

No comments:

Post a Comment