Monday, 11 February 2013

Resepi: Kari Ikan Kembung Tanpa Santan

Menu cuti raya Cina


Bahan-bahan:

4 ekor ikan kembung
1 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
2-3 sudu besar cili kisar
3-4 sudu besar serbuk kari ikan babas - bancuh dgn air
1 sudu penuh asam jawa
2 cawan air
6 biji bendi
gula , garam
daun kari
Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)

Cara-caranya:

1. Bersihkan ikan dan potong dua.

2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili giling.
3. Panaskan minyak, masukkan rempah 4 sekawan dan daun kari. Tumis hingga naik bau.
4. Masukkan bahan yang telah dikisar dan tumis hingga garing. Masukkan rempah kari ikan. Tumis hingga naik bau.
5. Masukkan air asam jawa dan air. Apabila sudah menggelegak,masukkan bendi.
6. Masukkan ikan. Kemudian garam dan gula secukup rasa. Jangan kacau dengan kasar, nanti isi ikannya hancur.

Siap~!

Komen:
- Terlupa letak cili kisar, saya ganti dengan cili biasa yang dipotong dan diletakkan akhir sekali.
- Kuah terlalu pekat, tambah air lagi dan lagi. Cair sangat juga tak sedap. Sederhana.
- Sedap untuk percubaan kali pertama :)

No comments:

Post a Comment