Sunday, 10 February 2013

Resepi: Nasi Lemak Simple

Bismillah..

Saya mulakan entri kali ini dengan sebuah pantun.

Gendang gendut tali kecapi, 
Kenyang perut senang hati

Itu tandanya saya sedang gembira kerana kenyang perut juga hati :) Hari ni tercatat sebuah sejarah memasak Nasi Lemak. Ya, ini kali pertama. Selalunya hanya beli dan makan di kedai saja. Cuti sempena Raya Cina ni nak lah juga biarkan dapur berasap.

Resepi yang saya guna adalah sepenuhnya daripada Emak. Apabila ditanya mahu resepi yang bagaimana, saya terus menjawab sambil tersenyum, "resepi yang paling mudah dan tak perlukan bahan yang banyak"

Ok, bahan-bahan yang diperlukan ialah:

5 biji bawang putih
2 ini halia
2 batang serai
2 cawan beras
2 cawan santan
Garam secukup rasa

Cara-caranya pula ialah:

1. Rendam beras dengan air biasa selama setengah jam atau lebih.
2. Kisar bawang putih dan halia
3. Tumis bahan yang sudah dikisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan serai yang telah dipotong serong dan masukkan garam secukup rasa.
4. Tuang santan ke atas beras, masukkan bahan yang sudah ditumis, dan kacau.
5. Tanak atas api atau masak secara elektronik.

Siap! Tapi kan...cek la nasi banyak kali, samapi confirm yg nasi tu dah masak dengan baik. Sebab makan nasi lemak ni nak sedap kena sedap nasinya dan sambalnya.

Resepi untuk sambal sotong nak ke? Tak payah lah... Masak sambal macam biasa, lepas tu masukkan sotong.

Jangan lupa sediakan juga ikan bilis dan kacang goreng. Timun pun jangan lupa..

ta daaaa.....

Hiasan istimewa dari Mr. Hubby. 
Terima kasih kerana sudi makan walaupun tak sesedap mana :)

Selamat Mencuba ^^

No comments:

Post a Comment