Friday 18 January 2013

Jumu'ah Mubarakah: Ayuh Selawat


Rabi'ul Awal, bulan kelahiran Rasulullah. Bulan meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah. Bulan menghayati Sunnah. Bukan hanya sebulan, tetapi sepanjang hayat..

Sudilah kiranya saya berkongsi satu hadith pada hari jumaat yang mulia ini.

Abu Dzar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: 
“Sebakhil-bakhil manusia ialah apabila disebut namaku kepadanya, 
ia tidak mahu berselawat kepadaku.” 
(Sunan al-Tirmizi, 3469)

Dari Abu Humaid Assaidi r.a.: 
Sahabat-sahabat bertanya: "Hai Rasulullah! Bagaimanakah caranya kami selawat kepada tuan?. 
Rasulullah s.a.w bersabda: "Bacalah yang ertinya: "Wahai Tuhan! Berilah rahmat atas Muhammad, keluarganya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat atas keluarga Ibrahim. Berilah keberkatan atas Muhammad, keluarganya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberikan keberkatan kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia".
(Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis 1476)

Ayuh berselawat.

Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi Muhammad

**Selamat ulangtahun juga buat suami kerana tarikh kelahirannya pada tahun hijrah ialah 12 Rabi'ul Awwal. Semoga hidupmu terus barakah dan cinta kita terus barakah.

Thursday 17 January 2013

Rindu Kelisa


Ya Allah, setiap kali terpandang..

wajah yang sama,
warna yang sama,
bentuk yang sama,
nombor yang hampir sama,

saya RINDU...

Sudah tiba masanya untuk saya melepaskan dia pergi setelah hampir 3 tahun dia banyak menabur jasa dalam kehidupan seharian. Ada kalanya kami mengharungi duka bersama, ada ketikanya kami bergembira ceria. Dan sekalung penghargaan yang saya berikan ialah kepada Ayahanda kerana mempertemukan saya dan dia.

Ada sebab yang tertentu untuk saya mencarikannya teman baru. Saya perlu merahsiakannya sehingga saya benar-benar bersedia. Namun jauh di sudut hati saya, dia memahami dan dia merestui.

Thanks for everything my baby whitey. You're the best friend ever.

Jika ada sesiapa berminat untuk membeli, sila hubungi saya segera di bintukhair2408@gmail.com

Wednesday 16 January 2013

Belajar Atau Dengar?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Tuhan yang menjadikan ilmu dan mempunyai hak sepenuhnya ke atas ilmu. Dia paling berilmu, tiada yang lebih berilmu melainkan Dia. Dia Maha Tahu, tiada yang lebih tahu melainkan Dia. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam dan seluruh ahli keluarganya. Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wa sahbihi ajma'in.

Sesi soal jawab di antara seorang pelajar dan seorang panelis forum telah hangat dibicarakan di Malaysia. Ramai yang marah dengan tindakan pegawai tersebut dan memuji tindakan berani pelajar untuk bertanya dan memberikan pandangan. Lalu, timbul satu fenomena LISTEN, LISTEN, LISTEN.


Ada kalanya kita perlu mendengar pendapat orang lain terlebih dahulu sebelum memberikan pendapat. Dan untuk dihormati, kita mesti menghormati.

Kejadian tersebut sebenarnya mengajak kita untuk Muhasabah Diri kerana kadang kala kita tidak sedar kita juga pernah melakukan hal yang sama.

Jika anda pernah menjadi ibu, adakah anda membiarkan anak anda mendengar sahaja tanpa biarkan dia belajar?

Jika anda pernah menjadi guru, adakah anda mengajar pelajar anda untuk belajar dengan hanya mendengar kata-kata anda?

Jika ada pernah menjadi pelajar, adakah anda hanya belajar tanpa mendengar atau hanya menengar tanpa belajar?

Mendengar adalah salah satu proses pembelajaran, dan terdapat pelbagai medium untuk belajar secara efektif. Selain mendengar, pelajar digalakkan untuk meluahkan perasaan, membaca dan menulis supaya ada ruang untuk dia didengari dan dihargai.

Kuasa mendengar memang hebat. Nabi SAW mendengar perintah Malaikat Jibril untuk membaca ketika penurunan wahyu buat kali pertama. Para sahabat mendengar hadith Nabi SAW dan dikumpulkan, malah hadith yang paling tinggi darjat kesahihannya ialah apabila perawi mendengar secara langsung perkataan dari mulut baginda. Tabi'in dan generasi seterusnya mendengar dari golongan yang lebih banyak ilmunya. Dan kita juga mendengar untuk belajar dan terus belajar.

Bukan belajar untuk mendengar.

Ada kalanya Nabi SAW juga memberi hak kebebasan kepada para sahabat untuk memilih pandanganya, walaupun telah diturunkan wahyu bahawa setiap tutur katanya tidak berlandaskan nafsu semata-mata. Di dalam sebuah peristiwa, baginda SAW berkata: “Aku ini manusia. Apabila aku menyuruh kamu dari perkara agama, maka ambillah (patuhlah). Jika aku menyuruh kamu sesuatu dari pendapatku, maka aku hanyalah seorang manusia.” Riwayat Muslim.

Nabi SAW juga tidak pernah memaksa para sahabat untuk mendengar, malah mereka berebut-rebut untuk mendengar apa yang disampaikan oleh baginda. Nabi SAW juga pernah memberikan peringatan berguna, baginda bersabda: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam..." Riwayat : Bukhari – Kitab Etika (Hadith no.5559) Muslim – Kitab Iman (Hadith no. 67)Tirmizi – Kitab Suasana Hari Kiamat (Hadith no. 2424)Abu Daud – Kitab Etika (Hadith no. 4487)Ibnu Majah – Kitab Fitnah (Hadith no. 3961)Ahmad Ibnu Hambal – Kitab Juzuk 2.

Ayuh bercakap perkara baik, mendengar perkara baik, dan berbuat baik..

Wallahua'lam bissawab..

**Tertarik dengan Surat Terbuka kepada Sharifah Zohra Jabeen, semoga Allah membuka hatimu untuk mendengar kalimah Allah dan mengamalkan sunnah Rasulullah. Dia Maha Penerima Taubat.

Saturday 12 January 2013

Rahmatilah Ibubapaku

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya mulakan entri ini dengan sebuah doa.

Rabbighfirli wa liwalidayya warhamhuma kama rabbayani saghira.
Wahai Tuhanku, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihiku ketika kecil.

Jujur, saya tidak pernah lupa doa ini setiap kali solat. Malah saya berterima kasih kepada kedua ibubapaku kerana telah mengajar doa ini supaya diamalkan sepanjang hayat.

Hari ini, hati saya merintih sayu. Entah kenapa. Kadang-kala jika saya terlalu fokus dan sibuk di pejabat, saat memandu kereta untuk pulang ke rumah adalah waktu untuk saya muhasabah dan berfikir apa yang telah saya lakukan sepanjang hari. Dan hari ini, kerja semakin menimbun lagi. Walaupun kadangkala saya mengeluh, tetapi saya menganggap tugasan yang diberi adalah salah satu ibadah jika saya lakukan kerana Allah taala.

Berbalik dengan apa yang saya fikirkan ketika pulang dari pejabat tadi ialah keadaan kedua ibu bapa saya di rumah. Hati saya sakit. Hati saya menangis. Kerana saya jauh dari mereka dan kekurangan kudrat untuk membantu apa yang perlu terutama ada jarak jauh di antara Bandar Baru Bangi dan Bandar Johor Bahru.

Sungguh. Saya sentiasa berdoa agar emak dan ayah dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang panjang, rezeki yang berkat, dan paling penting ialah mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Bahagia. Ya bahagia. Adakalanya saya fikir nama saya yang diberi oleh ayah masih belum boleh berfungsi dengan baik kerana saya belum membahagiakan kedua-dua mereka dengan berbakti ketika mereka memerlukan saya...


Ya Allah. Kau Maha Tahu. Ada kesakitan yang tidak terluah apabila saya tiada di samping mereka ketika mereka benar2 memerlukan anak-anak di samping mereka....

Ya Allah. Kau Maha Penyembuh. Sembuhkanlah segala kesakitan mereka di dunia akhirat dan berikanlah kesihatan kepada mereka supaya mudah untuk mereka menjalankan Ibadah hanya kepadaMu.

Ya Allah. Kau Pemberi Nikmat. Bahagiakanlah kedua orang tuaku di dunia dan akhirat, jauhkanlah mereka daripada azab api neraka dan kurniakanlah kepada mereka nikmat syurga. Berilah juga peluang kepadaku untuk mebahagiakan mereka berdua.

Ya Allah, rahmatilah kedua ibubapaku...

Ameen Ya Rabb...

Rabbuna yusahhil..
Terima kasih yang tidak terhingga buat Kak Aida sekeluarga yang sentiasa berada di samping ayahbonda setiap masa. Juga buat Kak Eni yang tidak putus2 memberi sokongan kepada mereka berdua. Tidak dilupakan juga kepada Abang Zul.

Friday 4 January 2013

Jumu'ah Mubarakah: Don't Forget Allah

Bismillah..

Jumu'ah Mubarakah..

I found a fantastic song to remind us to not forget Allah. May this first Jumu'ah in 2013 increases our remembrance towards Allah and seek His forgiveness and Jannah~!


You down and out
You just can’t come
You wanna shout 
you lost all hope
On your knees, begging please 
You turn and pray to find your way

Hey, you make doa Allah’s there 
Whoever you are, because He cares
Then you forget to say thank you Allah 
You forget to say InsyaAllah 
You forget to say SubhanaAllah
Raise your hands 
Alhamdulillah

Let’s flashback, let’s back drive
Towards a time like yours and mine 
The story of the three 
Who'll long to be 
To who be free of their misery

To the one floor he opens the door
Gave him empty of his bounty

Then you forget to say thank you Allah 
You forget to say InsyaAllah 
You forget to say SubhanaAllah
Raise your hands 
Alhamdulillah 

Can’t you see His promise to you 
Can’t you see His promise is true
Hold on to the rope of Allah
Don’t lose hope in Allah
If you remember Allah in prosperity
He’ll not forsake you in adversity
Be mindful of Allah 
He’ll guide you to all that His good

Then you forget, to say thank you Allah 
You forget to say InsyaAllah 
You forget to say SubhanaAllah
Raise your hands,
 Alhamdulillah 

Get down and out
You just can’t go 
you wanna shout 
you lost all hope
On your knees 
begging please
You turn and pray 
to find your way

Song by Farid Sanullah, "Don't Forget Allah"

*Don't Forget Surah al-Kahf ^^

Wednesday 2 January 2013

Wordless Wednesday: Oh New Year

Photo credits to HERE

**May Allah bless my days, every year. Ameen!