Wednesday 27 March 2013

Worldless Wednesday: Usah Berhenti Berharap


Allah, permudahkanlah...
Masih ada langkah yang belum lengkap, usah berhenti berharap.

Foto Masjid Cina, Rantau Panjang, Kelantan

Tuesday 26 March 2013

#HanyaDiKelantan

Mempersembahkan #HanyaDiKelantan yang ada #HanyaDiBlogIni

 Lampu isyarat yang diletakkan kalimah Allah. Ada juga kalimah Muhammad SAW.
Lokasi: Pusat Bandar Kota Bharu.

 Mesej Islam ada di mana-mana.
Lokasi: Pusat Bandar Kota Bharu.


Nama restoran cina ini juga telah dijawikan! 
Lokasi: China Town, Kota Bharu.

 Bukan sahaja kereta yang harus meredah kesesakan di jalan raya, beca juga harus turut sesak bersama.
Lokasi: Jalan di hadapan Muzium Kraf.

Hanya pembeli sahaja yang berdiri. Penjual akan duduk di tempat sendiri mencari rezeki.
Lokasi: Pasar Siti Khadijah

Bukan sudu dan garpu, tapi penukul dan playar. 
Lokasi: Restorang Maggi Ketam, Pantai Cahaya Bulan.

 Bekas berisi gula disediakan di atas meja makan. Rakyat Kelantan yang suka manis memang manis belako!
Lokasi: Bazar Tengku Anis

Ais Krim yang sangat manis. Ada kacang, jagung. cendol, cincau, biskut roti dll. RM2 secawan.
Lokasi: Rantau Panjang.

 Wayar penghawa dingin itu nampak pelik tapi kreatif.
Lokasi: Jalan besar menuju Kuala Krai

Satu-satunya pasaraya Tesco bertulisan jawi di Malaysia.
Lokasi: Tesco Kota Bharu.

Semua iklan yang menggunakan gambar wanita perlu menutup aurat, walaupun seksi itu hak kamu. Baca SINI.
Lokasi: Pusat Bandar Kota Bharu.

*Kelantan memang Awesome!

Friday 22 March 2013

Jumu'ah Mubarakah: YOU

Peringatan untuk diri sendiri.

*Allahumma yasir wa la tu'assir, ya Kareem.

Thursday 21 March 2013

SPM: Sekadar Permulaan Mimpi


Tahniah kepada semua calon SPM 2012.

Tidak kira berapa bilangan 'A' yang dikira, Tahniah di atas kejayaan anda semua.

Mengimbau kenangan menerima keputusan SPM beberapa tahun lalu, saya menangis. Bukan gembira. Bukan sedih. Tetapi saya menangis kerana bakal melangkah ke dunia yang tidak tahu untuk dituju walaupun perancangan sudah ada tapi masih samar-samar belaka.

Jika ditanya berapa keputusan saya, tidak sudi kiranya untuk berkongsi kepada sesiapa. 'A' boleh dibilang dengan sebelah tangan sahaja. Ada 'B' juga 'C'. Walaupun begitu, saya tetap syukur dan jujur mengatakan tidak pernah terfikir untuk menduduki SPM buat kali kedua. Minta dijauhkan.

Saya bukanlah di kalangan pelajar bijak pandai. Sejak UPSR, saya tidak pernah memperolehi 'A' berderet. Tetapi saya mengumpulkan 'A' tersebut ketika melangkah masuk ke menara gading. Walaupun demikian, kejayaan sebenarnya tidak diukur dengan deretan 'A' tersebut. Jumlah 'A' tidak menjanjikan sebarang kejayaan.

Kejayaan tidak diukur dengan deretan 'A'
Kejayaan tidak diukur dengan megahnya sesebuah universiti
Kejayaan tidak diukur dengan berkeping-keping sijil
Kejayaan tidak diukur dengan kerjaya setelah graduasi
Kejayaan tidak diukur dengan ratusan atau ribuan gaji

Kerana kejayaan diukur dengan ketenangan hati, kemanisan iman dan keredhaan Ilahi.

Hati yang tidak tenang merosakkan erti kejayaan yang sebenar..

Iman yang pincang hanya membawa kejayaan ke arah jalan yang sesat.

Dan rugilah bagi mereka yang berjaya itu jika hanya mendapat kemurkaan Allah bukan keredhaanNya.

Dan rugilah juga bagi mereka yang sudah berilmu dan berjaya, tetapi tidak mengamalkan ilmu tersebut.

SPM hanya sekadar permulaan untuk membina mimpi. Perjalanan masih jauh lagi. Untuk menempuh seribu kilometer perjalanan, hendaklah bermula dari langkah yang pertama. Selamat mengorak langkah~!

Wednesday 20 March 2013

Buku: 33 Pesan Nabi

Subhanallah!

Dua buku bercirikan komik ini menyebarkan hadith Nabi dengan cara luar biasa dan bisa memberi manfaat kepada semua pembaca tidak kira tua mahupun muda. Semoga Allah memberkati penulisnya yang berasal daripada Indonesia, dan pastinya saya mengharapkan agar ada rakyat Malaysia yang mencontohi usaha murni ini dalam menyampaikan dakwah islam dengan cara yang tersendiri.

Kedua-dua buku ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Walaupun terdapat beberapa penggunaan Bahasa Melayu ringkas, jalan ceritanya yang disudahi dengan hadith menutupi segala kekurangan dari aspek bahasa. Setiap mesej yang ingin disampaikan menggambarkan senario yang benar-benar berlaku terutama di kalangan umat Islam sejagat.

Pelukis & Penulis : vbi_djenggotten
Penerbit Asal : Penerbit Zaytuna (Indonesia)
Penerbit Edisi B. Melayu : Humaira Bookstore Enterprise

Siri Pertama
Di antara hadith2 di dalamnya ialah:

- Adab memuji
- Tiga dosa besar
- Tentang dosa zina
- Adab makanan
- Pemimpin yang adil
- 7 Golongan di bawah naungan Allah
- Pemberi dan penerima rasuah

....dan banyak lagi!

Siri Kedua
Di antara hadith di dalamnya ialah:

- Cinta dunia dan takut mati
- Orang paling kuat
- Dunia adalah penjara orang Mu'min
- Menyantuni anak yatim
- Dosa orang yang memaki
- Dosa ghibah (mengumpat)
- Pahala bersedekah

....dan banyak lagi!

Ilustrasi di dalam entri ini adalah edisi Indonesia. Sila dapatkan edisi Bahasa Melayu di kedai-kedai buku berdekatan. Boleh rujuk SINI tentang promosi buku ini di Malaysia.

Ayuh berpesan-pesan kepada kebaikan~!

Hadith: Ayuh Saling Membantu

Bismillahirrahmanirrahim

Peristiwa di antara kami dan seorang warga asing di sebuah bank bedekatan membuka minda saya untuk mencari sepotong hadith ini. Rasulullah SAW telah bersabda: "Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat." Dan hadith ini adalah sebahagian daripada matannya yang panjang seperti berikut:

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ، يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ، وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقاً يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْماً، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طِرِيقاً إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلاَّ نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ، وَحَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ، وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ)) رَوَاهُ مُسْلِمٌ بِهذَا اللَّفْظِ


Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim dengan lafaz ini. Hadith ini adalah hadith ke-36 daripada Hadith Arba'in Imam Nawawi.

Terjemahannya saya pecahkan kepada beberapa perkara tersebut:

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
  • Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. 
  • Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. 
  • Barangsiapa yang menutup ke’aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke’aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. 
  • Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. 
  • Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. 
  • Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya. 
Photo credits to HERE
Semoga Allah menerima amalan-amalan kita semua.

Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua.

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keampunan kepada kita semua.

Amin

Tuesday 19 March 2013

Membaca Quran & Memandu Kenderaan

Assalamualaikum

Oh Ustazah, jemputlah masuk..

Terima kasih. Kak, hari ini mungkin kelas terakhir untuk kita.

Takpe, saya faham. Terima kasih kerana banyak membantu dalam memperbaiki bacaan Quran kami adik-beradik.

Tiada masalah. Itu tanggungjawab saya. Malah saya sebenarnya tak banyak membantu pun, sebab semuanya adalah kesudian dan usaha kakak berdua untuk belajar supaya mendapat bacaan yang lebih baik. Saya hanya menunjukkan bacaan yang betul sahaja. Dalam masa yang sama saya juga belajar banyak perkara.

Oh ya, boleh tak ustazah ulang semula nasihat ustazah tempoh hari. Ustazah ada mengatakan bahawa membaca al-Quran ni seperti kita memandu kereta.. Saya tak ingat sangat...

Betul tu. Membaca al-Quran ni sama sifirnya seperti hendak memandu kereta. Tapi fadilat membaca al-Quran jauh lebih baik dari memandu kereta. Begini, jika kita hendak memandu, perkara utama kita perlu ada ialah lesen memandu. Dan untuk membaca al-Quran, kita sudah ada lesen sejak azali apabila kita adalah di kalangan orang Islam. Orang bukan Islam boleh juga membaca al-Quran tetapi mereka hanya mampu membaca terjemahannya sahaja, jika mereka boleh membaca pun, mereka tidak memahami dan menghayati isi kandungan al-Quran.

Setelah ada lesen, pemandu perlukan ilmu. Untuk membaca Quran, kita perlu mengetahui ilmu tajwid. Ilmu tajwid ini ibarat undang2 yang harus dipatuhi ketika memandu kereta. Ada waktu kita perlu berhenti, ada waktu kita boleh bergerak laju dan ada waktu menyuruh kita berhati-hati ketika memandu. Untuk membaca Quran dengan betul, kita perlu patuhi semua bacaan agar tidak tersalah baris dan huruf. Jika ada yang salah, pasti kita akan terlanggar kereta di tepi kerana tidak melihat cermin terlebih dahulu. Cermin di semua sisi pemandu adalah bertujuan supaya dia sentiasa bersiap siaga dengan pelbagai keadaan sekalipun. Dan lebih parah jika membaca al-Quran dengan salah kerana ia boleh mengubah maksud ayat-ayat tersebut, ditakuti jika ia membabitkan aspek Akidah.

Ya, ustazah. Saya takut juga kalau selalu sangat tersalah baca. Kadang-kadang, saya tak sengaja.

Tak sengaja sekali sekala masih boleh diubati. Dan ubat yang terbaik ialah belajar agar lebih baik. Sebab jika kemalangan jalanraya, kita nampak di mana darah dan luka atau lekuk di mana2 bahagian kereta, tetapi membaca al-Quran ni, lekuk dan lukanya melibatkan Iman kita. Oleh itu, sebelum memandu, perlu pakai tali pinggang keledar, lihat cermin dahulu, pastikan semua lampu boleh berfungsi, barulah boleh bergerak dengan selamat, tapi jangan lupakan doa. Untuk memulakan bacaan al-Quran, sebaiknya ada wudu', tutup aurat dan dimulakan dengan doa. Al-fatihah juga boleh menjadi doa. Lihat semua hukum-hukum tajwid seperti kita melihat cermin tepi, atas dan belakang ketika memandu. 

Betul tu ustazah.

Panjang pula saya bercerita ni.

Tak apa ustazah, memandangkan hari ini kelas terakhir, saya perlukan semangat dan nasihat dari Ustazah.

Kalau macam tu, kita mulakanlah kelas kita ya..

Baiklah..


خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

            Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.” [Riwayat Bukhari]


   الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ
            
 Orang yang pandai membaca Al-Qur`an, dia bersama para malaikat yang mulia dan patuh. Sedangkan orang yang membaca Al-Qur`an dengan terbata-bata dan berat melafazkannya, maka dia mendapat dua pahala. (Muttafaq ‘Alaih)

Wednesday 13 March 2013

Usah Jemu Dalam Menuntut Ilmu



رضينا قسمة الجبار فينا        لنا علم ولللأعداء مال
وإن المال يفنى عن قريب     وإن العلم يبقى لا يزال

"Kami rela dengan pemberian (Allah) pada kami,
Kami diberi ilmu dan musuh diberi harta,
Dan harta musnah sekelip mata,
Dan ilmu tetap kekal tidak hilang."

-Ali bin Abi Talib-


وفي الجهل قبل الموتِ موتٌ لأهلهِ      فأجسمهم قبل القبورِ قبورٌ
وإن امرأ لم يحىَ بالعلم ميتٌ            فليس له حتى النشورِ نشورٌ

"Dalam kebodohan sebelum mati adalah kematian bagi pemiliknya,
Tubuh mereka sebelum dikubur adalah kuburan,
Sekiranya manusia hidup tanpa ilmu dia adalah mayat,
Saat dibangkitkan baginya tiada ada kebangkitan."

- Ibnu Taimiyah -


"Tidak akan tinggal di kampung halamannya saja, bagi orang yang memiliki kecerdasan dan adab yang tinggi, tapi dia akan pergi meninggalkan tempatnya. Maka tinggalkanlah tanah airmu dan merantaulah”

“Pergi dan merantaulah di tempat yang baru, anda akan menjumpai orang-orang anda tinggalkan, dan bersusah payahlah karena sesungguhnya kelezatan hidup itu berada dalam susah payah”

- Imam al-Syafi'e -