Friday 31 May 2013

Binti

Di Malaysia, family name bukan menjadi satu budaya.

Nama kita adalah nama kita. Nama ayah ialah nama ayah.

Tiada nama keluarga.

Malah kita tiada juga istilah middle name. Seringkali saya ditanya "Binti is your middle name?"

"I'm sorry, it's not"

Apabila saya menerangkan bahawa "binti" hanya membawa maksud anak perempuan, mereka mengerti. Malah sengaja saya menambah pengetahuan mereka iaitu "bin" adalah untuk anak lelaki.

Hal ini telah berlaku berulang-kali dan pastinya saya akan menghadapi soalan yang sama lagi. Ia tidaklah sesukar mana mempunyai Binti di dalam nama, kerana dalam masa yang sama saya berpeluang berkongsi satu perkataan bahasa Arab bagi mereka yang pertama kali mendengarnya.


Solusi: 

Sekadar pandangan peribadi, saya mencadangkan agar Bin/Binti dikekalkan di dalam surat beranak dan kad pengenalan sahaja, tetapi tidak digunakan di dalam urusan antarabangsa termasuk passport, visa dan sebagainya.


Masa

Bismilillahirrahmanirrahim

Rabbisyrahli sadri wa yassirli amri wahlul 'uqdatan min lisani yafqahu qawli
"Ya Allah! Lapangkan dadaku, mudahkanlah pekerjaanku (urusanku) dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham pembicaraanku"

Begitu pantas masa berlalu, tidak sedar bahawa sudah jauh langkahku. Ia seperti hari-hari yang larut di dalam mimpi yang lena. Mei bakal melabuhkan tirai, Syaaban bakal menjelma, dan Ramadan yang dinanti akan tiba jua.

Janji Tuhan itu pasti. Setiap yang sukar pasti akan disudahi dengan kesenangan tapi kuncinya ialah sabar. Hanya mereka yang sabar mengerti bahawa ujian yang diberi selayaknya mampu kita hadapi dan setiap daripadanya adalah lambang cinta Tuhan kepada hambaNya.

Jauh di perantauan membentuk satu perasaan yang sukar digambarkan. 

Kini saya pelajar sepenuh masa.

Saya juga membawa imej sebagai Muslimah sepenuh masa.

Dan saya mengejar masa.

Masa.

Jika kita tidak memotongnya, ia pasti memotong kita. Setiap manusia diberi masa yang sama. Dua puluh empat jam keseluruhannya. Tiada yang lebih dan tiada yang kurang.

Siang yang panjang di bumi orang adalah suatu perkara baru buat saya. Subuh jam tiga dan Maghrib jam sembilan. Dan seringkali juga saya membazirkannya....

Lokasi: University of Birmingham

Demi masa,
Sesungguhnya manusia (perhatian untuk diri saya) di dalam kerugian yang nyata.

Tiga golongan yang dijauhkan dari kerugian ialah:
Beriman,
Beramal Soleh,
Berpesan kepada kebenaran dan kesabaran.

Selamat mengurus masa,

Salam Jumaat yang Berkah.

Thursday 16 May 2013

Salam Sejuk

Bismillahirrahmanirrahim

Entri pertama dari benua Eropah.

Minggu pertama.

Hari kedua.

Dua darjah celcius.

Lokasi: Amsterdam menuju Birmingham

Salam sayang dari perantauan

Saturday 11 May 2013

Menguji & Diuji


Lama menyepi
bukan bererti melarikan diri
cuma bertafakur setelah diuji

Tuhan kasihi
Dia kan terus menguji

Betapa lemahnya diri
mengeluh berkali-kali
tapi nikmat terus diberi
hinanya hati
kerana salah mengerti

Tuhan, ampuni hambaMu ini
segala kurniaan aku syukuri
Kau Maha Pemberi
sedangkan aku kerdil sekali

Hanya padaMu segala puji
Terima kasih Ilahi


Saadah Khair
1 Rejab 1434H
Sri Warisan, Teras Jernang

Friday 3 May 2013

Jumu'ah Mubarakah: Ujian Tuhan


Firman Allah (maksudnya):  
“Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang yang benar dan pasti mengetahui tentang orang yang berdusta.” (Surah al-’Ankabut: 2-3).

"Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa):”Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankankan kepada kami apa yang tak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami" (Surah Al-Baqarah: 286).

**Masih Menunggu..