Tuesday, 2 April 2013

Hadith: Berbuat Baik

Bismillahirahmanirrahim

Saya percaya bahawa setiap manusia akan merasai bahagia apabila dapat berbuat baik kepada sesiapa sahaja, terutama kepada ahli keluarga. 

Amalan kebaikan akan tetap dicatat walau sekecil zarah sekali pun seperti mana termaktub di dalam ayat: "Sesiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yg mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula." (surah al-Zalzalah 99:7-8)

Hadith kali ini dikongsi khas kepada diri sendiri demi melihat kepentingan untuk berbuat baik kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW berpesan: "Orang Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaqnya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya." (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

Malah Rasulullah SAW juga menggalakkan agar sedekah itu diutamakan kepada ahli keluarga terlebih dahulu sekiranya ada di antara mereka yang susah. Rasulullah SAW bersabda: "Sedekah ke atas golongan miskin itu adalah sedekah (1 pahala), dan sekiranya dia bersedekah ke atas ahli keluarga, maka itu adalah dua pahala, iaitu sedekah dan menyambung hubungan silaturahim." (Riwayat al-Tirmizi)


Semoga hubungan kekeluargaan ini diredhai Ilahi.

Semoga kita semua termasuk di dalam golongan yang mencintai kebaikan, menyebarkan kebaikan dan sentiasa melakukan kebaikan.

Amin.

Monday, 1 April 2013

100 Hari Lagi

Sedar atau pun tidak..

100 hari lagi menuju Ramadan yang dinantikan.

Ayuh bersedia!


1 Ramadan 1434H = 10 Julai 2013

Wednesday, 27 March 2013

Worldless Wednesday: Usah Berhenti Berharap


Allah, permudahkanlah...
Masih ada langkah yang belum lengkap, usah berhenti berharap.

Foto Masjid Cina, Rantau Panjang, Kelantan

Tuesday, 26 March 2013

#HanyaDiKelantan

Mempersembahkan #HanyaDiKelantan yang ada #HanyaDiBlogIni

 Lampu isyarat yang diletakkan kalimah Allah. Ada juga kalimah Muhammad SAW.
Lokasi: Pusat Bandar Kota Bharu.

 Mesej Islam ada di mana-mana.
Lokasi: Pusat Bandar Kota Bharu.


Nama restoran cina ini juga telah dijawikan! 
Lokasi: China Town, Kota Bharu.

 Bukan sahaja kereta yang harus meredah kesesakan di jalan raya, beca juga harus turut sesak bersama.
Lokasi: Jalan di hadapan Muzium Kraf.

Hanya pembeli sahaja yang berdiri. Penjual akan duduk di tempat sendiri mencari rezeki.
Lokasi: Pasar Siti Khadijah

Bukan sudu dan garpu, tapi penukul dan playar. 
Lokasi: Restorang Maggi Ketam, Pantai Cahaya Bulan.

 Bekas berisi gula disediakan di atas meja makan. Rakyat Kelantan yang suka manis memang manis belako!
Lokasi: Bazar Tengku Anis

Ais Krim yang sangat manis. Ada kacang, jagung. cendol, cincau, biskut roti dll. RM2 secawan.
Lokasi: Rantau Panjang.

 Wayar penghawa dingin itu nampak pelik tapi kreatif.
Lokasi: Jalan besar menuju Kuala Krai

Satu-satunya pasaraya Tesco bertulisan jawi di Malaysia.
Lokasi: Tesco Kota Bharu.

Semua iklan yang menggunakan gambar wanita perlu menutup aurat, walaupun seksi itu hak kamu. Baca SINI.
Lokasi: Pusat Bandar Kota Bharu.

*Kelantan memang Awesome!

Friday, 22 March 2013

Jumu'ah Mubarakah: YOU

Peringatan untuk diri sendiri.

*Allahumma yasir wa la tu'assir, ya Kareem.

Thursday, 21 March 2013

SPM: Sekadar Permulaan Mimpi


Tahniah kepada semua calon SPM 2012.

Tidak kira berapa bilangan 'A' yang dikira, Tahniah di atas kejayaan anda semua.

Mengimbau kenangan menerima keputusan SPM beberapa tahun lalu, saya menangis. Bukan gembira. Bukan sedih. Tetapi saya menangis kerana bakal melangkah ke dunia yang tidak tahu untuk dituju walaupun perancangan sudah ada tapi masih samar-samar belaka.

Jika ditanya berapa keputusan saya, tidak sudi kiranya untuk berkongsi kepada sesiapa. 'A' boleh dibilang dengan sebelah tangan sahaja. Ada 'B' juga 'C'. Walaupun begitu, saya tetap syukur dan jujur mengatakan tidak pernah terfikir untuk menduduki SPM buat kali kedua. Minta dijauhkan.

Saya bukanlah di kalangan pelajar bijak pandai. Sejak UPSR, saya tidak pernah memperolehi 'A' berderet. Tetapi saya mengumpulkan 'A' tersebut ketika melangkah masuk ke menara gading. Walaupun demikian, kejayaan sebenarnya tidak diukur dengan deretan 'A' tersebut. Jumlah 'A' tidak menjanjikan sebarang kejayaan.

Kejayaan tidak diukur dengan deretan 'A'
Kejayaan tidak diukur dengan megahnya sesebuah universiti
Kejayaan tidak diukur dengan berkeping-keping sijil
Kejayaan tidak diukur dengan kerjaya setelah graduasi
Kejayaan tidak diukur dengan ratusan atau ribuan gaji

Kerana kejayaan diukur dengan ketenangan hati, kemanisan iman dan keredhaan Ilahi.

Hati yang tidak tenang merosakkan erti kejayaan yang sebenar..

Iman yang pincang hanya membawa kejayaan ke arah jalan yang sesat.

Dan rugilah bagi mereka yang berjaya itu jika hanya mendapat kemurkaan Allah bukan keredhaanNya.

Dan rugilah juga bagi mereka yang sudah berilmu dan berjaya, tetapi tidak mengamalkan ilmu tersebut.

SPM hanya sekadar permulaan untuk membina mimpi. Perjalanan masih jauh lagi. Untuk menempuh seribu kilometer perjalanan, hendaklah bermula dari langkah yang pertama. Selamat mengorak langkah~!

Wednesday, 20 March 2013

Buku: 33 Pesan Nabi

Subhanallah!

Dua buku bercirikan komik ini menyebarkan hadith Nabi dengan cara luar biasa dan bisa memberi manfaat kepada semua pembaca tidak kira tua mahupun muda. Semoga Allah memberkati penulisnya yang berasal daripada Indonesia, dan pastinya saya mengharapkan agar ada rakyat Malaysia yang mencontohi usaha murni ini dalam menyampaikan dakwah islam dengan cara yang tersendiri.

Kedua-dua buku ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Walaupun terdapat beberapa penggunaan Bahasa Melayu ringkas, jalan ceritanya yang disudahi dengan hadith menutupi segala kekurangan dari aspek bahasa. Setiap mesej yang ingin disampaikan menggambarkan senario yang benar-benar berlaku terutama di kalangan umat Islam sejagat.

Pelukis & Penulis : vbi_djenggotten
Penerbit Asal : Penerbit Zaytuna (Indonesia)
Penerbit Edisi B. Melayu : Humaira Bookstore Enterprise

Siri Pertama
Di antara hadith2 di dalamnya ialah:

- Adab memuji
- Tiga dosa besar
- Tentang dosa zina
- Adab makanan
- Pemimpin yang adil
- 7 Golongan di bawah naungan Allah
- Pemberi dan penerima rasuah

....dan banyak lagi!

Siri Kedua
Di antara hadith di dalamnya ialah:

- Cinta dunia dan takut mati
- Orang paling kuat
- Dunia adalah penjara orang Mu'min
- Menyantuni anak yatim
- Dosa orang yang memaki
- Dosa ghibah (mengumpat)
- Pahala bersedekah

....dan banyak lagi!

Ilustrasi di dalam entri ini adalah edisi Indonesia. Sila dapatkan edisi Bahasa Melayu di kedai-kedai buku berdekatan. Boleh rujuk SINI tentang promosi buku ini di Malaysia.

Ayuh berpesan-pesan kepada kebaikan~!