Friday 11 June 2010

Bola-Bola Kehidupan

BOLA. Perkataan empat huruf itu disebut-sebut, dinyanyikan, diteriakkan, disorakkan dan dimacam-macamkan oleh peminatnya. Entah kenapa saya juga mahu sumbang sedikit berkenaannya di dalam blog ini walaupun saya bukan peminat bola tapi masih tahu apa bentuknya sebiji bola. Dengarnya Piala Dunia sudah bermula, benarkah? Apa ya yang menarik sangat sehingga dunia juga dibola-bolakan. Makan bola. Minum bola. Tidur bola. Oh bola...!

Bola itu ibaratnya seperti roda, tapi roda tidak disepak, cuma digerakkan agar berguling-guling. Tapi bola dan roda akan berpusing, kadangkala di atas, kadangkala di bawah, dan kadangkala tidak tahu di mana atas dan di mana yang bawah. Ia refleksi juga kepada kehidupan kita. Takkan selamanya kita di atas, juga takkan selalunya kita duduk di bawah, tapi tak semestinya duduk di tengah itu adalah yang terbaik... Hmm, bola-bola kehidupan..

Boleh tak saya mahu beri beberapa cadangan untuk isu bola ini. Hanya cadangan, bukan paksaan, malah tak perlu jadi ikutan jika tak kena pada selera anda...

  • Betul ke kena bangun jam 2 pagi untuk tonton bola secara live? Saya tak tahu, tapi rasa-rasanya begitu. Kan bagus jika bangun qiyam, solat taubat, tahajud, dan hajat sebelum nonton bola.. Tak rugi rasanya, malah bertambah-tambah pahala.. Yuk tambah pahala sebelum tengok bola.. ^_^
  • Perlawanan bola tu 2 jam ye? ke 3 jam? Lamanya... Sementara menunggu pemain nak masukkan bola ke dalam gol, boleh je baca buku. Lagi kasihan jika menunggu gol, tapi satu gol pon tak masuk. Sekurang-kurangnya kalau baca buku, masuk juga ilmu dalam kepala.. Betul tak? ^_^
  • Kalau bangun jam 3 pagi untuk menonton bola, pasti tidurnya juga lambat. Jangan lupa solat subuh dulu. Kalau mampu untuk berjemaah tengok bola dengan kawan-kawan, tak salah pun solat subuh berjemaah dengan kawan-kawan.. Kan... ^_^
  • Isu judi bola juga asik digembar-gemburkan.. Daripada kalian bazir wang untuk bola, sedekahkanlah wang itu untuk yang lebih memerlukan. Dengan sedekahlah bisa buat kalian jadi lebih kaya, tapi judi itu bisa buat kalian papa kedana..
  • Ngantuk di waktu siang kerana menonton bola di waktu malam? Memanglah.. sebab waktu yang sepatutnya tidur, dipaksakan juga mata tu dibuka. Jangan siksa diri sendiri. Tidurlah awal dan bangun awal. Jangan ponteng kerja atau kelas gara-gara sebiji bola..
  • Jika terlepas menonton bola, kan masih ada suratkhabar dan internet yang pasti akan umumkan keputusannya.. Tak rugi pon kalau tak nonton secara live.. ^_^
  • Tak perlulah mempersoalkan minat orang lain. Tak perlu memaksa orang lain untuk suka bola seperti anda, juga tak perlu memarahi mereka yang gilakan bola. Be positive ya... Minatlah bola kerana ia salah satu cara beriadah. Bukankah sihat tubuh badan menjamin akal yang sihat? ^_^
  • Jika sudah menonton aksi pemain bola antarabangsa yang ternyata hebat (seperti Henry..hehe..), kan bagus jika pelajari skill yang digunakannya. Melihat aja tidak cukup, ayuh praktiskan.. ^_^
Saya suka Dragon Ball lebih daripada Football.. ^____^

Sejujurnya saya kurang minat dengan dunia bola, tapi saya ada ayah, abang, adik, saudara-saudara lelaki yang gemarkan bola sepak. Minat memang tidak salah, tapi jangan ambil langkah yang salah.. Gunakan minat yang ada dengan baik untuk diri sendiri dan orang lain.. Peace~~~~ (^_^)v

11 June 2010
World Cup
bermula~!
http://www.worldcup2010southafrica.com/

** Adakah anda setuju BOLA itu adalah singkatan untuk Bikin Orang Lupakan Allah?

No comments:

Post a Comment