Tuesday, 13 September 2011

Catatan Si Tutor 1


Buku yang WAJIB dihadam semula.
Amanah baru. Subjek baru. Semangat baru.

Masih terkejut dengan kehadiran pelajar pertama ke pejabat baru saya. Rupanya saya diamanahkan juga menjadi penyelia kepada beberapa pelajar tahun akhir. Oh Tuhan! Layakkah saya? Insan pertama berlegar di minda setelah pelajar tersebut pergi adalah Mushrif pertama saya yang hebat! Mampukan saya bertanggungjawab sebaik dia? Allah yusahhil...

**Kisah penyelia saya boleh dibaca di SINI

Amanah Baru

Ahlan wa Marhaban..

Berakhirnya di sana, bermula lah episod baru di tempat baru dengan memikul amanah yang baru. Selamat memikul tanggungjawab di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Hari ini adalah hari kedua berteleku di pejabat baru. Saya masih dalam keadaan menyesuaikan diri. Terkapai-kapai dan banyak perkara yang saya harus belajar sendiri.


Di sini, saya harus praktis semula Bahasa Syurga. Saya harus mahir Bahasa al-Quran. Saya harus hadam bahasa yang Nabi tuturkan. Cabaran pertama saya ialah penggunaan bahasa. Saya ada kemahiran bahasa ini, tapi oleh kerana asbab yang tertentu, bahasa indah ini mula pudar sedikit demi sedikit. InsyaAllah, saya akan usaha keras.

Bandar Gombak dan KL terlalu sempurna buat saya. Cabaran kedua ialah penyesuaian diri di bandar Nilai ini. Saya masih tidak tahu beberapa lokasi penting untuk urusan-urusan penting. Alhamdulillah jarak rumah dan USIM agak dekat dan teman serumah juga di kalangan mereka yang baik-baik. Tapi bulan dan matahari di awan Gombak masih lekat di dalam hati.

Cabaran ketiga ialah kawan. Saya harus mencari kawan baru, dan saya mahu menjadi kawan yang baik kepada mereka. Hubungan saya dengan kawan-kawan dan kenalan lama harus diperkukuhkan. Jarak bukan penghalang. Sesungguhnya kawan yang baik itu adalah mereka yang menjadi cermin kepada kawannya yang lain. 

Minggu ini saya masih belum mula mengajar. Ah! Saya rindukan pelajar-pelajar saya. Mereka tetap pelajar saya walau sudah bertukar tempat. Cabaran keempat di sini ialah penerimaan para pelajar terhadap saya yang serba kekurangan. Semoga kelas pertama saya bersama pelajar baru membentuk impresi hebat dan baik yang berterusan.

Akhir sekali, saya mahu berubah. Cabaran terhebat dan terakhir ini ialah perubahan ke arah yang lebih baik. Benarlah bahawa Tuhan tidak akan merubah sesiapa melainkan dirinya mahu berubah. Ada sikap buruk lama yang harus dibuang jauh. Ada kebiasaan lama yang perlu dikurangkan kebiasaannya. Ada perangai baik yang harus dikekalkan dan diperbaikkan. 

Semoga Allah permudahkan urusan saya.
Semoga Allah jauhkan saya dari segala keburukan.
Semoga Allah memperkenankan doa-doa saya, hinanya diriku kerana sering meminta tapi alpa menurut perintah DIA!

**Sehebat mana pun ia, hati saya masih di Taman ilmu dan budi!

Kejayaan Mereka Harapanku

Setahun lebih bergelar pendidik di situ banyak mencatat kenangan manis dan pahit. Yang pastinya, manisnya lebih terasa dan pahit itu dibiarkan berlalu saja. Cabaran terberat mengakhiri sisa hari di situ ialah masa depan anak-anak itu. Saya tidak pernah berhenti berharap mendoakan agar mereka lebih berjaya berbanding saya.


Madah yang menjadi pilihan saya ketika mengajar di IIC ialah Science of Quran, Legal Text of Quran dan Quranic Exegesis kerana saya diberi peluang berkongsi ilmu yang ada dan mengulang semula apa yang pernah dipelajari ketika Ijazah. Dan saya sangat puas kerana dapat berkongsi walaupun ilmu saya masih sedikit, malah mengharapkan agar mereka boleh memanfaatkan ilmu yang ada dengan mengamalkannya dan menyampaikannya pada yang lain. Selain subjek tersebut, Islamic Studies dan Islamic Ethics adalah kelas memberi nasihat. Tidak lupa juga subjek AIM Usrah sebagai kelas menjadi seorang Muslim yang baik yang smengajak para pelajar memperbaiki bacaan al-Quran dan praktik Solat. Pernah juga menjadi pengganti untuk subjek Science of Da'wah selama satu semester, dan saya sangat suka kelas ini kerana sering berkongsi cerita dakwah saya kepada masyarakat orang asli kepada para pelajar. Dan subjek terakhir yang pernah mengajar ialah Malaysian Studies, agak susah kerana kurang minat subjek sejarah!


Secara hakikinya, kejayaan para pelajar adalah kepuasan yang tidak ternilai harganya. Setiap kali menanda kertas peperiksaan pelajar dan mendapati ada pelajar yang gagal, soalan pertama yang ditujukan ialah "Adakah ia salah saya?". Saya masih belajar untuk mengajar dan mengajar itu juga adalah belajar. Kebolehan mengajar bukan bermakna si pengajar itu tahu semua perkara. Mereka sama belajar dengan para pelajar. Oleh itu, saya senang mengaku bahawa saya masih perlu banyak belajar. Ilmu memang masih kurang cukup, tapi ilmu yang sudah ada bukan sekadar untuk simpanan, tapi untuk dikongsi bersama. Saya puas dengan berkongsi. Tidak pernah rasanya saya menyembunyikan ilmu dan pengalaman, dan saya lebih mudah mengatakan "saya tidak tahu" jika memang benar saya tidak tahu dan kemudiannya akan mencari maklumat dan berkongsi apa yang ada.

Sebagai pengajar, saya tidak sempurna. Masih terlalu banyak kekurangan yang ada. Saya juga sedar saya tiada hak untuk membuat pelajar suka atau selesa ketika sesi pembelajaran bersama saya. Jika mereka suka, Alhamdulillah. Jika mereka tidak suka, saya terima segala komentar serta cadangan untuk memperbaiki cara saya mengajar. Saya mohon maaf setulus hati agar mereka memaafkan kesalahan saya yang ada selama tiga semester bersama. Mungkin ada teguran yang tidak boleh diterima. Mungkin ada nasihat yang kurang tepat. Mungkin ada lawak yang terkena tempiasnya. Mungkin ada kata yang menyakiti hati. Mungkin ada sikap yang mengundang gundah gulana. Mohon maaf untuk semuanya..

Doa saya agar ilmu yang pernah dikongsikan itu dimanfaatkan bersama, dan jangan pernah berhenti untuk belajar. Sebaik sahaja kalian keluar dari kolej, itu adalah sesi pembelajaran yang lebih besar dugaannya.

Doa saya agar kalian terus dipayungi Rahmat Tuhan walau di mana kalian berada. Semoga lebih berjaya dan terus berjaya, kejaayan di dunia sahaja belum tentu menjamin kejayaan di akhirat sana.

Doa saya agar kalian turut mendoakan saya. Usahlah menyebut nama saya seorang sahaja, tapi sebutlah nama-nama mereka yang pernah mencurah ilmu dan tenaga. Semoga kita semua mendapat pembalasan baik di Syurga abadi.

Jarak yang menjauhkan bukan sebab pemutus ukhuwwah.
Semoga Allah menjaga ukhuwah ini bertemu dan berpisah biarlah keranaNYA..

Ikhlas,
Miss Saadah Khair

Wednesday, 31 August 2011

Eid Mubarak!


Taqabbalallahu minna wa minkum Solehula'mal
Kullu sanah wa antum toyyibun..

Di kesempatan ini..
mengucapkan kepada kaum keluarga, sahabat handai, guru, pensyarah, anak murid serta kalian yang mengenali diri ini 
Salam Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

**Foto dari Nisa Elmo

Wednesday, 24 August 2011

Iftar di 'Langkawi'

Alhamdulillah..

23 Ramadan. Kali ini berkunjung ke sebuah 'penthouse mewah' milik 3 gadis hebat bagi memenuhi sebuah jemputan untuk iftar bersama. Sejujurnya, saya sangat gembira setelah sekian lama tidak meluangkan masa bersama dek kesibukan masing-masing.

Bila pertama kali saya mengenal mereka tidak perlu menjadi persoalan, tapi bagaimana untuk mengekalkan persahabatan ini menjadi sebuah harapan. Saya berharap agar Raihan Farhanah, Sabariah dan Suraya sentiasa di bawah perlindungan Allah dan dijanjikan kebahagian dunia dan akhirat serta dipermudahkan segala urusan dengan mendapat apa sahaja yang terbaik di dalam kehidupan mereka. 

Istimewa buat mereka yang menyambut kelahiran di bulan Ramadan Mubarak


 Berkongsi tarikh kelahiran yang sama dengan ayah rehan dan tarikh lahir Hijrah Rehan..
Allah rahmati dan kasihi kalian InsyaAllah

Setelah iftar bersama, kami berkesempatan menziarahi pesakit di Hospital Orang Asli. Ada sedikit rezeki yang boleh dikongsi buat anak di sana. Dan sebuah kenyataan yang tidak perlu disangsikan, Orang Asli adalah pengikat hubungan kami. Semoga dakwah kita berpanjangan dan mendapat keredhaan Ilahi.



Nur Upin dan Siti Ipin :)
Anak-anak kesayangan Cik de

**Agak terkilan tak dapat berjumpa Nor Hafizan Nawawi. Semoga dia terus menjadi Mujahidah cemerlang dunia akhirat.

Hadith: Generousity

Narrated Ibn Abbas: “The Prophet SAW was the most generous of the people, and he used to be more so in the month of Ramadan when Gabriel (upon him be peace) visited him. Gabriel would meet with him every night of Ramadan until the end of the month. The Prophet SAW would recite the Holy Qur’an to Gabriel. When Gabriel met him, he would be more generous than a swift wind (bringing rain).” [Sahih Bukhari]


Option Number ONE:

Option Number TWO:
Infaq to Kemboja
Please refer HERE or contact Ustazah Zunaidah Marzuki IIUM

Option Number THREE:
Infaq to Kemboja
Please refer to FB Puan Ainon Mohd (Manager PTS Publication). 
Click HERE

**Ayuh kita berkejaran menjadi salah seorang dari tujuh golongan yang akan diberikan perlindungan pada HARI yang tiada perlindungan selain perlindungan daripada Allah. Mereka itu adalah yang tangan kirinya tidak tahu apa yang diberi tangan kanannya kepada orang lain..

Saturday, 20 August 2011

A Powerful Night



We have indeed revealed this (Message) in the Night of Power: 
And what will explain to you what the night of power is? 
The Night of Power is better than a thousand months. 
Therein come down the angels and the Spirit by Allah's permission, on every errand: 
Peace!...This until the rise of morn! (97:1-5)


**Lets search the special night in the last ten days of Ramadan which is better than thousand months. Do not ever give up in seeking HIS Maghfirah & Rahmah~!