Penulis: Prof. Mohd Kamil Ibrahim
Alhamdulillah. Menamatkan bacaan buku ini adalah demi menambah semangat untuk terus maju. Buku ini berkisar tentang suatu pengalaman pahit manis di dalam dunia akademik. Ada yang berkata bahawa PhD itu adalah Permanent Head Damage, dan ada juga yang setuju mengatakan bahawa ia adalah Persistent, Hope & Dream. Apa pun ia, terlalu banyak cabaran di dunia PhD.
Penulis banyak berkongsi tentang kehidupannya sendiri. Dengan menambah beberapa kisah kenalan penulis, saya berpendapat bahawa Usaha dan Rezeki itu perlu bergerak seiiring. Menurut cerita-cerita yang beliau kongsikan di dalam buku ini, ada yang berusaha keras, tapi masih belum berjaya, dan ada juga yang usahanya biasa saja, tapi rezekinya melimpah ruah. Kuncinya ialah usah mudah berputus asa dan teruskan berdoa.
Sedikit sebanyak, ia memberi pendedahan awal kepada saya sebelum melangkah ke dunia PhD. Jujur, pelbagai perasaan sedang saya rasai di awal peringkat ini. Mencari tajuk saja sudah merasakan ia cukup susah, apatah lagi berjumpa dengan penyelia berbangsa asing dan bertemu rakan baru. Namun begitu, harapan saya agar saya dipermudahkan di dalam apa jua urusan samada kecil atau pun besar.
Saya sangat tertarik dengan nasihat secara tidak langsung yang ditulis oleh Prof. Kamil. Usah sombong jika sudah mendapat gelaran Dr. apabila tamat PhD nanti. Sombong dan riyak itu tidak akan membawa kita ke mana pun. Ilmu yang kita ada ini tetap tidak setanding dengan ilmu Allah. Jadilah orang yang semakin banyak belajar, semakin rasa jahilnya diri.
Terima kasih buat saudara yang berkongsi buku ini secara atas talian di Doctorate Support Group di Facebook. Jika ada sesiapa yang mahu dapatkan buku ini (e-book), boleh tinggalkan emel di kotak komentar.
Info terbaru: Bayaran untuk buku ini perlu diberi kepada penulis. Jumlah bayaran perlu dirujuk kepada penulis sendiri.
Terima kasih.
Info terbaru: Bayaran untuk buku ini perlu diberi kepada penulis. Jumlah bayaran perlu dirujuk kepada penulis sendiri.
Terima kasih.
Assalamualaikum... Pn Saadah, saya amat berminat untuk mendapatkan buku ini. Segan mahu mengaku tetapi sejak mula menjadi pelajar PhD sehinggalah menamatkannya 3 tahun lalu seringkali mendengar ulasan sahabat-sahabat mengenai buku ini. Terbaca isi kandungannya sedikit di sana dan di sini tetapi sampai kesudah, mungkin bukan rezeki saya memiliki buku ini, harap puan sudi memberikan maklumat cara untuk saya dapatkan versi e-book buku ini ;).
ReplyDeleteeh lupa tinggalkan emel nonie_teja@yahoo.com TQ!
ReplyDeleteTerima kasih Dr. Nonie. Mungkin suatu hari nanti, giliran Puan pula untuk berkongsi pengalaman. Mohon doa buat saya ya. Emel sudah dihantar. Semoga bermanfaat :)
ReplyDeleteAssalamualaikum warahmatullah, saya juga berminat untuk membaca buku ini...dimana saya boleh membeli buku ini sebab saya suka membaca secara hardcopy...tetapi kalau pn tidak keberatan emel juga kepada saya farouqi_2003@yahoo.com
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Buku secara hardcopy boleh didapati di kedai buku seperti MPH dll. E-Buku sudah dihantar ke emel Tuan. Semoga bermanfaat :)
ReplyDeleteAssalamualaikum. .maaf kerana mencelah di sini. Kalau tak salah dlm DSG ada disertakan syarat pemilikan ebook Prof Kamil tu iaitu membuat bayaran ke akaun beliau. Utk disedekahkan kpd anak yatim. Buku h.copy sudah dicetak semula rasanya, boleh didapati di kedai buku UPENA UITM
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Terima kasih untuk makluman Tuan. Mohon maaf kerana tidak mengetahui hal tersebut. Insyaallah selepas ini, akan dimaklumkan kepada yang berminat. Terima kasih.
ReplyDeleteDi mana untuk mendapatkan buku ini..... berhasrat untuk membaca.. kalau sudi share dengan saya.. terima kasih.. nollyza@yahoo.com
ReplyDeleteBoleh dapatkan di Doctorate Support Group (FB). Saya baru dapat tahu sesiapa yang download buku tersebut diperlukan bayaran kecil kepada penulis dan duit tersebut akan didermakan. Sebelum ini saya sudah emelkan kepada yang berminat secara percuma, tapi setelah mengetahui info tersebut, saya perlu hormati permintaan penulis. Boleh dapatkan juga buku tersebut secara hardcopy di UPENA UITM. Terima kasih.
ReplyDeleteNeed this ebook myusufhasan@gmail.com
ReplyDeletesaya berminat utk dapatkn buku ini juga..boleh hantar info maklumat atau e-book yg berkaitan ke emal?rose_mujahid@yahoo.com
ReplyDeleteboleh emailkan buku tu dan bagi no akaun prof?
ReplyDeletenajmi.zabidi AT gmail.com
assalamualaikum, boleh tak emailkan mcmne nk buku ni. Nak tambahkan semangat yang kian hilang.
ReplyDeletemimidiana27@gmail.com
tq.
rashidahmh@gmail.com
ReplyDeleteassalamualaikum..boleh saya dapatkan buku ini scr talian? ingin mencari semangat yg kian pudar. fizah.ishak@yahoo.com
ReplyDeletetq
nurulsyafiahabdnaeeim@yahoo.com
ReplyDeleteJzkk
assalamualaikum.. boleh sy dapatkan ebook buku ini? email add saya.. alfidamohd@gmail.com
ReplyDeleteterima kasihhh