Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, urusan visa sudah selesai, kini sedang menunggu jawapan. Terpanggil untuk berkongsi tentang cara permohonan memohon visa khasnya setelah berlaku beberapa perubahan dengan cara permohonan yang lama. Semoga ada manfaatnya untuk para pembaca.
1. Surat Tawaran
Ini adalah perkara paling utama yang perlu ada sebelum memohon visa. Tawaran perlu diperolehi terlebih dahulu khasnya:
- Tawaran pengajian di universiti berkaitan (luar negara)
- Tawaran biasiswa (KPT/JPA/MARA)
Tidak lupa juga pengesahan daripada majikan yang membenarkan pegawai untuk cuti belajar.
2. CAS Statement
CAS Statement akan diberikan oleh pihak universiti setelah surat tawaran diperlukan. Di dalamnya akan dinyatakan tarikh mula dan tamat pengajian, serta dokumen2 yang akan diperiksa ketika memohon visa. Sebagai contoh ialah sijil dan transkrip (bachelor & master degree) atau sijil IELTS/TOEFL.
Ada juga pelajar yang memerlukan ATAS Certificate, bergantung kepada pengajian.
3. TB Test
Bermula pada 31 Disember 2012, pelajar wajib membuat pemeriksaan TB di hospital terpilih yang telah diakui oleh UK sahaja sebelum memohon visa. Sila rujuk SINI untuk maklumat lanjut. Harga pemeriksaan ialah RM210.
4. Borang Permohonan Visa
Laman web INI adalah di mana permohonan visa perlu dibuat secara atas talian. Tiada lagi sebarang permohonan yang boleh dibuat melalui kaunter walk-in. Borang yang perlu diisi oleh pelajar ialah:
- Borang VAF 9 Main Application form (Tier 4 General Student) sila pilih sponsored jika di bawah tajaan. Perlu diisi atas talian. Print dan tandatangan.
- Borang VAF 10 (Tier 4 General Student Dependant) untuk suami/isteri dan anak sekiranya ada. Perlu diisi atas talian. Print dan tandatangan.
- Appendix 8 (Self Assessment Form). Borang ini perlu dimuat turun dahulu dan diisi secara manual. Khas kepada pemohon utama. Print dan tandatangan.
5. Dokumen penting
Berikut adalah dokumen penting yang perlu dibawa:
- Sekeping gambar visa. Rujuk SINI untuk maklumat lanjut.
- Passport baru (aktif) dan lama (jika ada)
- CAS Statement
- Sijil Degree, Master, IELTS/TOEFL
- Financial Affidavit (Jika ditaja)
- Surat Visa (Bagi yang ditaja KPT)
- Financial Guarantee Letter (Bagi yang berkhidmat di IPTA)
- Laporan TB Test
- Sijil Nikah - Perlu terjemahkan ke dalam B. Inggeris
Semua dokumen perlu difotokopi dan tidak memerlukan cop certified copy. Dokumen original akan dipulangkan semula setelah visa diluluskan.
6. Bayaran
Bermula pada 6 April 2013, bayaran visa telah dinaikkan kepada USD492 bersamaan RM1521. Semua bayaran wajib dibuat melalui kredit kad (sediakan kredit kad awal, jika tiada, mohon bantuan daripada orang yang boleh dipercayai, mempercayai dan sudi membantu sahaja). Tiada lagi bank draf, malah debit kad juga tidak diterima. Menurut maklumat terbaru, kad debit yang mempunyai logo Mastercard dan Visa boleh juga digunapakai untuk membuat bayaran.
7. Temujanji dan Serahan
Sekiranya yakin bahawa borang dan dokumen sudah lengkap, temujanji perlu dibuat terlebih dahulu di SINI sebelum menyerahkannya di VFS Global, Suite 19.06 19th Floor, Wisma MCA, 163 Jalan Ampang, 50450.
Sila simpan resit untuk mengambil visa, dan boleh periksa status permohonan secara atas talian.
Sebagai langkah berjaga-jaga, permohonan visa boleh diselesaikan melalui beberapa ejen. Ejen ini akan membantu melengkapkan proses permohonan dan memberi nasihat berkaitan dengan visa.
Saya cadangkan satu ejen yang banyak membantu saya dalam proses permohonan visa. Boleh hubungi mereka di alamat dan talian berikut:
Nazza Education Sdn. Bhd.,
Level 24, Unit Menara (MARA)
jalan Tuanku Abdul Rahman
50100, Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-26939121/03-26989121
Mohon doa daripada kalian agar visa saya diluluskan dan semua urusan kami dipermudahkan.
Amin!
salam...saya nak tahu..Dokumen original akan diserahkan semula setelah visa diluluskan..maksudnya traskrip kita dia akan pegang kesampai visa lulus?saya ada baca yang Britain permudah visa pelajar dengan tidak perlu mengemukakan dokumen penyata kewangan dan kelayakan akademik.
ReplyDeleteWsalam. Ya, dokumen original akan diserahkan semula setelah visa diluluskan. Kelayakan akademik yang perlu diserahkan mestilah mengikut apa yang tertulis di CAS Statement sahaja. Surat tawaran biasiswa diperlukan, manakala dokumen penyata kewangan tidak diwajibkan.
ReplyDeleteSalam... Tumpang tanya... Kalau bawa dependants, perlu ada financial statement ke tahun ni? Saya ada dengar x perlu... Tapi tak sure... Tq
ReplyDeleteWasalam. Waktu saya hari tu tak perlu tapi sertakan je Financial affidavit KPT dan universiti sebab dalam tu dah termasuk senarai elaun untuk dependents. All the best!
ReplyDeleteOh KPT punya dah masukkan dependants ye. Saya MARA... MARA sponsor student je, dependant x sponsor. Takpe la prepare je la kan surat bank. Hari tu berapa lama ye visa siap?
ReplyDeleteVisa ambil masa dalam 15 hari bekerja untuk pulangkan semuanya termasuk dokumen original. Kalau nak cepat, boleh je bayar lebih untuk siapkan visa dalam tempoh tiga hari je.
ReplyDeletesalam..nak tanye...just untuk confirmation...if kte bawa dependants..mmg x perlu ke bank statement?? sbb las year kawan2 sy pegi...die mintak bank statement but dis year sy x sure ade info ape2 x tentang ni?
ReplyDeleteWsalam. Ketika saya memohon pada April yang lalu, bank statement untuk dependents tiada dalam senarai untuk memohon visa. Tapi surat biasiswa Tuan/Puan perlu tersenarai di dalamnya elaun untuk saraan keluarga.
ReplyDeleteHi nak tanya do u have any idea how much kena bayar if nak visa cepat? Sbb uni i tak hantar lagi cas statement, so i tak boleh nak proceed my visa. Appreciate your help very much..
ReplyDeleteHi dear. I think it's around RM300+ per person. You may contact the visa office or check at their website for further details. All the best!
DeleteSalam... nak tanya... apakah fungsi nazza education sdn bhd? sebagai runner? setelah permohonan dibuat menerusi online, bolehkah saya terus ke pejabat nazza education untuk urusan selanjutnya atau saya tetap kena berurusan dengan VFS Global...
ReplyDeleteWsalam. Nazza berperanan sebagai ejen yang memberi panduan untuk memohon visa. Ketika saya tempoh hari, nazza uruskan semua borang, cara bayaran dan booking temujanji untuk visa, sebab saya rasa ia banyak menjimatkan masa urusan permohonan. Seterusnya nanti, kita sendiri yang hantar permohonan di VFS Golbal dan ambil visa yang sudah selesai.
DeleteSalam. Nak tanya sikit. Saya nak buat first degree di Univ Nottingham UK. Bila apply loan MARA, MARA cuma bagi loan untuk yuran pengajian sahaja. Sementara untuk sara hidup dan accommodation adalah tanggungan sendiri. Oleh kerana loan yang diberi tidak penuh, adakah saya memerlukan BANK STATEMENT bila nak apply visa Tier 4. Ada setengah orang kata, tak perlu dan ada kata perlu tunjuk bank statement ada GBP 800 x 12 bulan.
ReplyDeleteWsalam. Maaf saya kurang pasti tentang pelajar di bawah MARA. Mungkin boleh tanya pihak Nazza Education.
Deleteasmkm, dlm online application saya ltak passport lama yg blom renew.. nk renew sblom pegi pejabat visa tu.. soalannya takpe ke no yg dlam online application tu len drpd passport yg baru renew tu??
ReplyDeleteWsalam. Setahu saya passport yang terbaru yang perlu digunakan untuk memohon visa. Sebab ketika permohonan, pasport akan dipegang oleh pihak visa. Visa akan dicop di dalam passport yang terkini. Lebih baik gunakan nombor passport yang terbaru.
Deletesalam.. pasal membayaran visa online tue boleh agent wat kan coz x de kredit kad...
ReplyDeleteWsalam. Ya boleh mengikut budi bicara pihak ejen. Saya juga begitu dulu. Pilihan lain ialah minta tolong ahli keluarga yang ada kad kredit dan bayar kepada mereka.
DeleteAssalammualaikum. Nak tanya sikit. Saya tengah tunggu keputusan biasiswa JPA. Awak tahu tak samada JPA juga akan keluarkan surat visa macam KPT? Tiket kapalterbang akan dikeluarkan selepas dapat visa kan? Bukan apa, saya khuatir kalau masa submit visa diaorang nak tengok tiket kapalterbang sebagai bukti kita akan ke UK.
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Maaf saya tidak pasti tentang prosedur JPA, tapi tiket tidak digalakkan beli sekiranya visa masih belum diluluskan. Pihak visa tidak akan melihat tiket kapal terbang tapi perlu mengisi bila tarikh jangkaan akan bertolak ke UK. Sebagai langkah berjaga-jaga, dapatkan visa dan baru buat tempahan tiket kapal terbang.
DeleteAssalamuaikum saudari, kalo boleh sy tanya. Kalau mggunakn khidmat ejen spt nazza, ada caj extra tak yg kita kena sediakn?lg satu byrn utk visa tu hanya utk yg mohon ka atau per person, cthnya bwk suami n anak2.
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Ejen Nazza mengenakan caj sebanyak RM50 untuk semua biarpan bilangan ahli keluarga lebih daripada 2. Boleh hubungi mereka untuk maklumat lanjut. Bayaran visa adalah RM1521 untuk seorang, darab dengan bilangan ahli keluarga Puan. Saya tidak pasti adakah harga tu masih kekal sehingga kini.
DeleteAssalam.. debit card boleh digunakan untuk membayar visa. Yang penting ada logo visa or master card pada debit card tu.
ReplyDeleteWsalam. Terima kasih untuk makluman. Sedihnya waktu kami memohon dulu, visa debit pun tidak diterima :( nanti saya akan update di dalam blog :)
Deletesalam...macam mana dengan permohonan saudari yg lepas? berapa lama proses utk lulus? saya dlm proses nak apply visa cuma risau pasal financial statement. saya akan bawa suami dan anak 2 org ke London. sponsor bagi affidavit dan akan cover anak2 n suami tapi tak cukup amount yg dlm policy (600pound per person utk dependan)
ReplyDeleteWassalam. saya ambil masa 3 minggu juga. pihak visa pun telah memaklumkan visa akan ambil masa 15 hari bekerja. Boleh juga untuk buat bayaran untuk percepatkan urusan visa. financial affidavit Puan tu perlu gabungkan dengan elaun yang KPT akan beri dan elaun daripada universiti yang menghantar Puan cuti belajar.
Deleteassalam...nk tnya..sy sudah dapat offer letter dpd uni of Southampton. sy nk tnya, CAS statement tu macm mana pulak nk dpt?
ReplyDeleteWsalam. CAS statement boleh minta kepada pihak university setelah terima offer letter. Mereka tahu kepentingan CAS untuk tujuan permohonan visa.
DeleteSalam,
ReplyDeleteTumpang tanya, untuk apply visa, berapakah syarat min yang diperlukan bg IELTS?
terima kasih
Wsalam,
DeleteSyarat minimum ditetapkan oleh universiti tempat pengajian anda di UK, bukan ditetapkan oleh pihak visa. Setiap universiti mempunyai syarat minimum yang berbeza. Mohon rujuk di laman web universiti.
Salam..berapa lama permohonan visa siap ye?katakanlah nak 'fly' dlm awal bulan 9, agak2 bila kena start apply visa ye?tq..=)
ReplyDeleteWsalam. visa mengambil masa 15 hari bekerja untuk siap, tetapi boleh dapatkan dalam masa 3 hari tetapi dengan bayaran tambahan. Lebih baik mohon sebulan sebelum terbang.
DeleteSalam.
ReplyDeleteSekiranya ada universiti yg x perlukan IELTS. Jadi kita kena buat IELTS tak?
Wsalam. Mungkin boleh kemukakan soalan tersebut ke pihak visa sendiri. Maaf saya kurang pasti.
DeleteTiada option vaf 10 dlm online, cuma bila log in ada my application atau application for someone else. Do we choose app for someone else? For spouse application, apa nak tulis utk reason fto obtain visa n type of visa? Mcm takde yg sesuai saya tengok..
Deleteassalamualaikum, saya nak tanya visa ni untuk berapa lama adakah sepanjang kita belajar? kemudian sekiranya kita nak sambung pengajian lagi adkah kita perlu buat kembali visa. mohon pencerahan
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Tempoh visa bergantung kepada tempoh pengajian anda. Ya, perlu buat kembali visa sekiranya visa pertama tamat tempoh.
DeleteAssalanualaikum....tumpang tanya...semasa mengisi borang visa online ada bahagian alamat di sana yang perlu di isi, adakah patut saya mengisi sebarang alamat di sana?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Ya, boleh letak alamat universiti untuk sementara.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum.....nak tanya, adakah perlu translate surat beranak (warna hijau) anak yang kita nak bawa bersama ke UK? dan di mana untuk dapat translation itu? terima kasih atas bantuan.
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Ya perlu terjemahkan, malah sijil perkahwinan juga perlu diterjemahkan. Boleh mohon translation di institut terjemahan negara atau mahkamah. Mengikut pengalaman lalu, saya hantar ke mahkamah bangi, harga rm30 sekeping dan boleh dapat pada hari yang sama.
DeleteSalam, nk tnya dokumen perlu translate sijil nikah and surat beranak semua yg pegi ke atau anak shj? And pastu mana2 mahkamah bleh ke translate? Mahal jugak ye upah translate..tq
DeleteWsalam. Terjemah semua ahli keluarga yang nak pergi ke UK. Tak pasti semua mahkamah boleh buat atau tak, kena cuba rujuk sendiri.
DeleteAssalamualaikum, untuk dependant perlu ke ambil test TB? Atau student shj?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Semua yang akan ke UK samada student atau dependent perlu ambil TB test.
Deleteassalamualaikum.. nak tumpang tanya.. kpt bg tajaan 3 thun kan? tp kalau tempoh bljr max 4thn, nk isi 3tahun ke 4tahun utk tempoh kte berada kt uk?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Ya KPT 3 tahun dan visa yang diberikan juga 3 tahun lebih sikit. Lebih baik sekiranya bertanya kepada pihak visa. Terima kasih.
DeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteNak tanya, boleh tak kalau gunakan sijil nikah dari Thailand (original) utk apply visa?
Waalaikumussalam.
DeleteMohon rujuk lebih lanjut kepada pihak KPT atau imegresen. Sekiranya sijil nikah (Thailand) bukan dalam Bahasa Inggeris, eloklah terjemahkannya untuk urusan visa dan lain-lain.
Assalamualaikum, nk tnya lah, I'm still waiting for my CAS and masuk uni dlm oct ni. Sbb sy ni stay kelantan mmg ssh nk ulang alik ke slgr.
ReplyDeleteSaya rasa munkin sy dpt appointment utk pnyerahan dokumen tu prtghn bulan sept nnt, sempat ke visa siap before end of sept klu guna service biasa?perlu ke saya guna priority service tu?
ouh, and nk tnya after submit online form tu, kita boleh pilih kan tarikh utk penyerahan dokumen tu? tempoh tarikh yg available jauh tk dgn tarikh kita submit online form tu? sbb saya takut dpt lambat2 susah nk ulang alik selangor ke kelantan selalu.
thanks for this post! it really helpful!
Waalaikumussalam. From my humble opinion, saya cadangkan untuk gunakan priority service untuk elakkan ulang-alik ke Selangor, memandangkan jarak Kelantan-Selangor adalah jauh. Tempoh visa siap menggunakan service biasa ialah 15 hari waktu bekerja (3 minggu).
DeleteYa, kita boleh pilih tarikh penyerahan. Tapi tak boleh ubah tarikh sekiranya dah pilih sesuatu tarikh. Semoga berjaya!
Surat beranak perlu tak bawa pergi appointment visa
ReplyDeleteSeingat saya tidak perlu bawa, tapi perlu diterjemahkan kepada BI. Langkah selamat ialah bawa, dan rujuk kepada syarat visa yang terbaru.
DeleteSalam,
ReplyDeleteTerima Kasih atas perkongsian info yang berguna ini.
Saya akan melanjutkan pelajaran di UK pada bulan Januari 2015 dan akan pergi berseorangan. Tetapi saya akan balik berkhawin pada bulan April 2015 dan membawa isteri bersama dan tinggal di UK.
Just nak tanya pendapat, mana satu lagi yang lebih senang, samada:-
1) Apply visa family untuk isteri di Malaysia sebelum pergi UK. Selalunya proses makan masa berminggu. Tapi saya hanya cuti sekejap sahaja.
atau
2) Isteri pergi ke UK bersama menggunakan visa pelancong (valid 6 bulan), kemudiaan apply visa family di UK.
Lebih murah ke kalau apply visa di UK berbanding apply di Malaysia. Selalu kes macam saya ini, ramai student di sana buat bagaimana yer.
Harap dapat membantu. Terima Kasih.
Wsalam.
DeleteSaya kurang pasti penyelesaian masalah Tuan ni, sebab visa mesti buat di Malaysia. Saya tak pasti ada perkhidmatan buat visa di UK dan harganya juga saya tak pasti. Menurut pandangan peribadi, langkah nombor 1 lebih selamat tapi surat nikah takde pula, dan ia penting juga untuk dapatkan 'dependent visa'. Mohon bertanya lanjut pada pihak UKBA or Visa UK Malaysia. Terima kasih.
Salam sis....
ReplyDeleteThanks for sharing..byk info yg sgt berguna bg student yg baru nak apply belajar ke Uk...akkk nak tanya ..ada tak tajaan bg peringkat master tanpa had umur...seperti akk..mostly tajaan MARA last umur 35 tahun kan kl x silap..ada apa2 cadangan tak..? tq
Wsalam
DeleteHari tu saya terjumpa biasiswa komanwel di link ini: http://sayapensyarah.com/biasiswa/biasiswa-komanwel-di-united-kingdom-2015-peringkat-master-phd/ Tapi cuba cek semula ada tak syarat umur dikenakan. Terima kasih & semoga berjaya :)
Salam. CAS statement saya dihantar bersama some notes kat bawah tu, print je ke semua atau copy paste pada WORD and print? second, semasa permohonan online, dia minta tak financial affidavit / penaja? semasa memohon visa ada interview ke? atau sekadar hantar dokumen yang sudah lengkap dan balik?
ReplyDeleteWsalam.
Delete1. Boleh print je terus from email.
2. Ya, financial affidavit adalah wajib jika mendapat penajaan.
3. Tiada interview, pegawai akan cek keseluruhan dokumen. Jika lengkap, mereka akan beritahu tempoh untuk mengambil visa yang dah siap.
Salam. Nak tanya, untuk course 6 bulan di uk, perlu visa tak? Sebab menurut admin kat sana tak perlu.
ReplyDeleteWsalam, betul. Tak perlu visa sekiranya hanya 6 bulan ke bawah, tapi perlu pulang ke Malaysia dalam tempoh 6 bulan sahaja, tak boleh lebih..
DeleteAsalamkum,saya nak tanye macam saya dapat tawaran kerja daripada kawan di UK,umur saya 20,macam mana saya nak dapatkan visa Dan dimana,kena ambil visa student ke macam mana?tolong jelaskan
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Setahu saya, visa untuk pelajar dan pekerja adalah berbeza. Saya mohon maaf kerana saya tiada maklumat mengenai visa pekerja. Mungkin Encik boleh rujuk kepada website visa UK di http://www.vfsglobal.co.uk/malaysia/. Terima kasih.
DeleteAssalamualaikum Pn Saadah
ReplyDeleteTerima ksaih atas segala info dan komen2 yang diberi...banyak membantu untuk proses visa application.
Saya akan ke UK untuk Clinical Attachment di one of the Hospital di Manchester atas tajaan Ministry of Health... saya akan pergi with husband and 2 kids , meraka atas biayaan sendiri
Boleh puan advise visa type apa yg saya perlukan Tier 5 (Authorised Government Exchange) or Standar Visa.. Saya dah dapat offer letter tapi Tak ada CAS sebab bukan dari university...
Puan ada pengalaman dari kawan2 yang pergi ke UK untuk program Subspecialty KKM ni tak ?
TQ in advanced
Waalaikumussalam Puan,
DeleteSaya mohon maaf kerana lewat respon, dan saya juga mohon maaf kerana tiada jawapan untuk soalan Puan. Ada kawan2 dari KKM di Birm tapi kebanyakan mereka adalah berstatus student.
Puan, boleh contact seorang rakan saya yang baru saya tahu dia juga ambil subspeciality under kkm di birm, tapi menggunakan tier 4. Hubungi beliau di FB: Izan Hairani Ishak
DeleteAssalamualaikum puan.
ReplyDeleteSaya akan menyambung pelajaran di UK pada pertengahan september (16 Sept). Tapi berlaku salah faham antara saya dgn pihak university mengenai ATAS certificate yg menyebabkan sy terlewat untuk apply ATAS and masa untuk proses ATAS maybe 20-30 days. soalan saya disini:
1. Kalau saya buat visa pada 10 Sept misalnya, sempat tak visa saya untuk siap?
2. uni saya dah state yg saya perlu submit copy of ATAS certificate sebelum dorang boleh release unconditional offer letter. Agak2 lama tak untuk uni proses offer letter and CAS?
2. And mengenai priority service tu, approximately berapa cost dia?
Hopefully puan blh bantu saya. Terima kasih.
Waalaikumussalam Puan
DeleteUntuk makluman Puan, permohonan visa saya ialah pada tahun 2013 dan perkongsian di blog ini ialah berdasarkan pengalaman saya pada tahun tersebut. Menurut maklumat terkini, syarat dan harga (termasuk priority price) permohonan visa berubah setiap tahun dan Puan perlu mendapatkan info yang terkini dan tepat daripada pihak UKBA atau yang berkenaan. Saya memohon maaf kerana tiada maklumat untuk semua soalan Puan. Mohon untuk Puan hubungi http://www.vfsglobal.co.uk/malaysia/ untuk info terkini. Terima kasih.
salam awak
Deletesy nak tanya.. awak dapat uni mane ya? PhD ke? sbb sy pon missunderstand conditional offer. Kene hantar original copy degree, master , ATAS cert and financial affidavit. tp sy pon baru je apply ATAS. estimate decision date 14 SEpt 2016 but kene reg kat uni 1st Oct. tak tahu lah sempat ke tak nak apply VISA lagi ni.
sekarang ni awak dh sampai step mana ya?
thanks atas perkongsian
Assalamualaikum .
ReplyDeleteSaya nak tnya . Kalau still conditional offer boleh tak buat tb test ? Ke kena dapatkan unconditional offer dan CAS dulu yer ?