Wednesday, 26 September 2012

Tuesday, 25 September 2012

4 Months

Hehe.. Just wanna start with smile and laugh..

Bismillah..

4 months already. Not pregnant yet laa... You all ni always ask about "Da ada isi belum?". Relax laa..

4 months here indicates the happiness moment that I spent with my beloved husband. Alhamdulillah I'm happy with him and hopefully he feels happy for spending his time together with me..


Wanna share a hadith as a reminder to myself. The Prophet PBUH said: “When any woman prays her five, fasts her month, guards her body and obeys her husband, it is said to her: ‘Enter paradise from whichever of its doors you wish.” [At-Tirmidhi] 

Seriously and honestly speaking, I want to be one of that type of women. Ameen! I need to always improve myself to be better because indeed that we are not perfect and always make mistakes. May Allah forgive sins of my husband and myself for this precious four months and show us the right path to be better husband and wife for the sake of Him.

Before I end, Pure Matrimony is a beneficial blog that shares anything regarding to marriage and family life. Enjoy your read and share to others. 

May Allah bless my marriage till Jannah!

Monday, 24 September 2012

Canopy Walkway, FRIM

Assalamualaikum

Pernah pergi ke FRIM? Forest Research Institute Malaysia. Saya sudah sampai ke sana beberapa kali. Entri ini juga ingin berkongsi sedikit pengalaman di sana. Walaupun sudah pergi beberapa bulan yang lepas, tapi hari ini baru berkesempatan untuk menulis di sini.

Kali pertama pergi dahulu, target utama kami ialah untuk mencuba Canopy Walkway, tetapi pada waktu itu ia sedang dalam proses membaik pulih. Alhanmdulillah kami berpeluang mengharunginya untuk kali yang berikutnya.

Bayaran masuk ke FRIM ialah RM5 dengan maniki kereta. Jika masuk berjalan kaki, bayarannya ialah RM1, dan RM2 untuk masuk dengan menggunakan basikal. Manakala bayaran untuk menaiki titian kanopi ini ialah RM5 untuk dewasa (Malaysia), RM3 untuk umur 13 tahun ke atas dan RM1 untuk 12 tahun ke bawah.

Ia dibuka bermula 9.30 pagi sehingga 2.30 petang. Cuti pada hari Isnin dan Jumaat.

Peta FRIM, Kepong.

 Anda perlu berjalan sejauh 900 meter sebelum sampai ke laluan untuk ke kanopi. Pastikan bekalan air mencukupi dan sila gunakan kasut yang sesuai.

Jalan masuk menuju ke titian. 500 meter mendaki bukit.

 Bismillahirrahmanirrahim. Di sini, perjalanan akan bermula..

 Seram sejuk sebab budak belakang tu jalan sambil buat rentak rap. Serius, ini boleh melatih tahap keberanian anda walaupun titian ini hanyalah 150 meter sahaja.

Pandangan daripada titian kanopi.

My Hero

 Jalan balik daripada titian menuju ke kereta dengan melintasi anak sungai dan kawasan hijau yang damai.

**Ayuh amalkan gaya hidup sihat :)

Hujung Minggu Yang Bermakna


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah sallahu'alaihi wasallam dan ahli keluarganya..

Alhamdulillah!

Nikmat hujung minggu lepas memang sangat bermakna.

Memang sengaja tidak memaklumkan kepada bonda dan ayahanda untuk kepulangan kali ini. Takut mereka tertunggu-tunggu. Sengaja juga mencipta "Suprise" agar bonda senangkan hatinya selalu. Walaupun hanya dua hari yang berlalu pantas, saya berharap agar senyum dan tawa bonda ayahanda terus mekar bahagia selamanya.

 Senyum bonda yang sangat besar ertinya

 Tasik Merdeka menjadi saksi. Sayu lihat wajah ayah yang makin kurus....

 Ada kisah di sebalik jambatan ini. Kesiyan adik! hehe

 Kejutan demi kejutan buat bonda. Selamat ulangtahun ke 62 buat bonda. Sambutan ini dibuat awal sedikit. Bonda dilahirkan pada 25 September 1950. Semoga dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan, kesejahteraan, kebahagian dunia dan akhirat..


p/s: Kek itu sangat sedapppppp~ jutaan terima kasih buat kak Aida yang banyak bertungkus lumus menjayakan hujung minggu yang bermakna ini. Love u sooooo much!

Wednesday, 19 September 2012

Wordless Wednesday: Anak Hari Malaysia

 Tahniah Abang Ipar! Semoga Soleh wa Musleh~

#Cakap-CakapTwitter

Thursday, 13 September 2012

Resepi: Ikan Merah Stim Limau

Bismillahirrahmanirrahim

Soalan pertama saya, sudah selesai puasa enam Syawal? Tahniah buat mereka yang awal-awal lagi dah peroleh pahala puasa setahun. Saya mahu juga pahala tersebut, oleh itu kini masih berjuang di akhir Syawal. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Riwayat Muslim)

Ok, Ganbatte~!

Di sini, nak kongsi satu resepi. Semenjak kebelakangan ini, saya mencuba masakan ala stim. Alat pengukus khas dibeli dari Kedah, untuk mereka yang mahu jimat ruang. Ini kali ketiga menggunakannya dan hasilnya sangat memuaskan kami berdua.

Kali ketiga baru nak kongsi resepi?

Hmm, tak sempat sebab agak sibuk kebelakangan ini. Jadi hanya kongsi satu resepi je untuk entri kali ini. Nama resepi ialah ikan merah stim limau. saya cedok resepi dari BLOG ini. Terima kasih. Dan saya gubah ikut selera saya sendiri.

Bahan-Bahan:

isi ikan merah
halia (hiris kasar)
serai (potong bulat2 / titik pon ok)
daun limau purut (gunting halus)
carrot (potong panjang-panjang)
tomato (potong dadu)
bawang merah (potong dadu)
sedikit limau nipis
sedikit sos tiram
sedikit blackpepper


Cara-Cara:

Letakkan ikan di dalam pinggan atau mangkuk tahan panas
Letakkan semua bahan di atas di atas ikan. Susun ikut selera sendiri
Perah limau nipis dan gaul dengan sos tiram, kemudian curah atas ikan
Tabur sedikit blackpepper

 Sebelum Stim

 Selepas Stim

Komen hubby: "Macam makanan hospital". HAHA.

Yang penting, sedap & sihat ^_^

Selamat Mencuba!

Wednesday, 12 September 2012

Wordless Wednesday: Bumblebee Tyre


Oh ladies, please learn how to change a flat tyre! Compulsory!
Learn it HERE and HERE

*I'll never forget 11092012, around 2PM, Entrance Tol Bangi

Monday, 10 September 2012

Wednesday, 5 September 2012

Mahu menulis tesis dengan pantas?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Saya meneliti satu blog dengan sangat khusyuk. Lupa pula saya ketahuinya di mana, tapi ramai yang sudah menyebut-nyebut nama Dr. OT. E-booknya saya terus dapatkan dan memeasang niat untuk mengikuti bengkel yang dianjurkan beliau.

Alhamdulillah, 4 September 2012 (semalam) saya berpeluang menghadiri Bengkel Sehari Penulisan Pantas Tesis di DKAP, UPM. Sudah mendaftar sejak bulan Ramadan lagi dan saya dengar bahawa banyak permohonan yang terpaksa ditolak kerana peserta sudah penuh.

Bak kata seorang peserta di belakang saya: "Tak sia-sia aku datang!"

Ya, itulah perasaan kami semua. 

Dr. OT banyak berkongsi rahsia dan pengalaman beliau sendiri. Satu tahun sepuluh bulan adalah satu keajaiban untuk menyiapkan ijazah kedoktoran, dan itu hanya boleh dilakukan oleh mereka yang genius seperti beliau. Kami dikongsikan dengan pelbagai tips dan langkah demi langkah. Di antaranya ialah tanggungjawab dan peranan sebagai seorang pelajar dan penyelia. Beberapa istilah juga diperkenalkan seperti 1File1Thesis, DIRDIO, CWYR, DMIRMIW, RFOT dan banyak lagi. Semua istilah ini telah diperkenalkan di dalam blog beliau di http://drotspss.blogspot.com

Saya paling suka apabila beliau mengajar tentang konsep Zero Draft. Semua langkah untuk menulis dengan pantas diajar dengan baik. Barulah kini saya mengerti bahawa tidak effisiennya saya ketika menulis tesis master dua tahun yang lepas.

Ok, mahu menulis tesis dengan pantas?

Seperti yang saya maklumkan di FB, saya sangat menggalakkan rakan taulan dan sahabat handai untuk turut mengikuti bengkel dan membeli e-book beliau. Ia sangat bermanfaat. Doa saya agar Allah melimpahkan rahmat ke atas Dr. OT sekeluarga dan memberkati segala ilmu yang telah dikongsikan bersama.

 Muka saya ada terselit di dalam dua gambar ini. Dipetik daripada blog Dr. OT.

Perkongsian Dr. OT tentang bengkel semalam boleh dibaca di SINI. Oh! beliau telah memetik kata-kata yang saya tulis di laman FB saya. Terima kasih Dr!

Gambar ini saya petik sendiri. Jazakallahukhayraljaza' Dr.!


Ok, jom praktiskan apa yang telah diajar!