Friday, 19 December 2014

Oxford: Seminar & Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim

Lama rasanya tidak mencoret panjang lebar di dalam blog sendiri. Sejak mendapat penyelia baru dan juga 'orang baru', benar-benar sukar untuk membahagikan masa untuk menulis. Ia bukan untuk menyalahkan masa, tetapi salah diri sendiri kerana gagal dalam pengurusan masa. Saya gagahkan diri juga untuk menulis sebelum 2014 menutup tirainya.

Minggu lepas, saya berpeluang ke Oxford untuk kali kedua. Kali ini saya menghadiri satu seminar sebagai seorang pembentang, bukan lagi sebagai peserta biasa. Seminar yang bertajuk "Oxford Symposium on Religious Studies" diadakan di University Church of St Mary, Oxford. Saya tidak pergi berseorangan tetapi bersama-sama dua sahabat yang terbang daripada Malaysia untuk turut serta membentangkan kertas kerja. Alhamdulillah seminar berjalan dengan sangat lancar selama tiga hari, malah permohonan budget daripada universiti juga telah diluluskan.

Sejujurnya pengalaman kali ini banyak mematangkan diri saya sebagai seorang 'researcher'. Bergaul dengan pembentang-pembentang lain yang kebanyakannya berjawatan hebat daripada pelbagai negara agak membuatkan diri begitu terasa kecil, tetapi respon yang saya terima sepanjang seminar berjalan sangat mengujakan. Alhamdulillah self confidence saya bertambah baik dan perjalanan bersama sahabat memberikan pengalaman yang berbeza berbanding berjalan dengan suami sendiri. Suami saya bekerja, lalu dia ditinggalkan di rumah selama tiga hari..

Hari Pertama

Berpeluang berjumpa dengan Professor2 daripada Indonesia

Pembentangan saya pada hari kedua jam 11 pagi

Kenalan baru daripada Unisza, Usim, Hongkong dan Australia

Sempat juga singgah ke Oxford Centre for Islamic Studies


Ada beberapa tips yang saya ingin kongsikan (walaupun saya hanyalah orang biasa), tetapi mungkin sedikit sebanyak, ia boleh membantu rakan2 pembaca.

1. Sediakan power point presentation sebaiknya seminggu awal sebelum tarikh seminar. Perlu bijak untuk menggunakan warna, dan sebaiknya latar belakangnya berwarna putih dan tulisan berwarna gelap. Gunakan bahasa yang mudah dan letakkan isi penting sahaja.

2.  Tulis apa yang ingin disampaikan, agar ia lebih mudah. Terutama bahasa Inggeris bukanlah bahasa seharian kita.

3. Buat latihan di hadapan orang yang dipercayai, dan beri peluang kepadanya untuk bertanya soalan, agar kita lebih bersedia.

4. Guna bahasa yang mudah ketika pembentangan. Dan jangan baca! tetapi olah menggunakan bahasa sendiri. Praktis berulang kali supaya kita mengingati isi penting yang ingin disampaikan.

5. Pegang sesuatu ketika pembentangan berjalan. Sebagai contoh, saya akan memegang sama ada nota kecil (sekiranya terlupa), dan juga pen untuk memberi keyakinan kepada diri sendiri. 

6. Ketika sesi soal jawab, ulang semula soalan yang ditanya dengan bahasa yang kita fahami, supaya kita menjawab soalan, bukan melencong ke isi yang tidak sepatutnya. Sekiranya ada soalan yang tidak sempat dilayan kerana moderator menghentikan sesi tersebut, jumpa orang tersebut dan jawab secara personal setelah tamat sesi atau waktu rehat.

7. Senyum ketika mengakhiri pembentangan.


Seoga dipermudahkan pembentangan kalian pula..

Tuesday, 16 December 2014

Wednesday, 19 November 2014

Musim Sejuk & Waktu Solat

Bismillahirrahmanirrahim

Suhu di Birmingham semakin menurun dan sudah mencecah 0°C di awal pagi. Daun-daun yang kering dan kekuningan habis disapu angin kuat dan lembap kesejukan. Tanda-tanda musim sejuk sudah jelas kelihatan.

Setiap musim pasti ada dugaan tertentu yang perlu ditempuhi. Siang pada musim panas tentunya sangat panjang sehingga berpuasa perlu mengambil masa sekitar 18-19 jam. Berbeza dengan musim sejuk, malamnya sangat panjang dan matahari malu-malu untuk keluar, lalu langit akan mula gelap sekitar jam 4 petang. Dunia akan terasa kelam dan manusia akan kebosanan melalui kesejukan malam.

Saya tertarik untuk berkongsi waktu solat pada musim sejuk. Dengan waktu solat, kita akan lebih sedar dengan kepentingan masa. Menurut pandangan peribadi, jadual seharian mudah disusun pada musim sejuk ini dengan mengikut waktu solat. Contohnya, pada hari ini:

SUBUH: 5.54AM
ZUHUR: 11.52AM
ASAR: 2.23PM
MAGHRIB: 4.10PM
ISYAK: 6.04PM

Waktu belajar boleh bermula jam 9 pagi, dan berhenti solat dan rehat pada jam 2 petang untuk solat zuhur dan menunggu waktu asar. Kemudian boleh sambung bacaan sehingga jam 4 petang, sebelum membuat urusan rumah seperti mengemas dan memasak. Malam juga boleh digunakan untuk meneruskan ulangkaji sekitar 2 jam, dan tidur jam 11 malam. Oh ye, saya bukan di kalangan mereka yang tidur awal biarpun malamnya sangatlah panjang. Tapi jadual ini berubah-ubah mengikut keadaan, dan ia mungkin sesuai untuk orang tertentu sahaja. Pastinya, seronok jika dapat berpuasa atau ganti puasa pada waktu sebegini kerana waktu siangnya yang pendek...

Jam matahari di York

Tulisan ini adalah peringatan kepada diri sendiri agar menggunakan masa sebaiknya. Ini adalah kerana cuaca sejuk sangat mempengaruhi produktiviti seseorang (terutamanya saya!).

Ayuh hargai masa!

Friday, 17 October 2014

Keajaiban Tuhan di Lake District

Sudah lama pulang dari Lake District, September yang lalu. Sudah lama juga ada keinginan berkongsi di sini tetapi asik bertangguh sehingga ke hari ini. Dengan harapan untuk kembali menziarahi kejaiban Tuhan di Lake District..

Dikatakan ada 10 tasik atau lebih  di kawasan ini, lalu dinamakan Lake District yang membawa maksud 'Daerah Tasik'. Setiap tasik mempunyai keajaiban dan kecaintikan yang tersendiri. Sayangnya saya tidak berpeluang untuk ke semua tasik, tetapi sempat menyaksikan keindahan 3 tasik yang berikut:


Tasik ini adalah tasik yang paling hampir dengan kawasan caravan yang kami sewa. Ia merupakan tasik semulajadi terbesar di England dan berbentuk memanjang dari atas ke bawah. Kami berpeluang melihat tasik ini dari dua sudut yang berbeza. 


Dua gambar di atas ini diambil di kawasan Brockhole Visitor Centre pada hari pertama tiba


 Hari Kedua berkunjung lagi ke tasik Windermere di Ambleside Pier, di mana banyak aktiviti air di adakan di sini. 


Bandar Keswick ialah bandar yang perlu dikunjungi untuk ke tasik ini. Mungkin kami bernasib baik ketika kami ke bandar kecil ini, ada satu pesta diadakan di tengah bandar. Ramai penduduk tetap memakai pakaian unik masing-masing yang dipenuhi dengan loceng-loceng kecil. Bandar Keswick dipenuhi dengan bunyi-bunyi unik loceng dan penduduknya ramah-tamah melayan pelancong asing.




Tasik kedua terbesar di Lake District. Kami hanya melalui tasik ini dan mengambil gambar dari tingkap kereta selepas puas menikmati keindahan air terjun di Aira Force



Tasik Ullswater

Perjalanan dari pintu masuk ke air terjun mengambil masa lebih kurang setengah jam. Ia adalah kawasan hutan yang terpelihara. Sangat bersih & cantik.




InsyaAllah akan cuba berkunjung ke tasik-tasik lain di Lake District.

Jumu'ah Mubarakah: 200+ Hari Lagi



Alhamdulillah for everything!

'Kuasa' Mendeley

Bismillahirrahmanirrahim

Nama 'Mendeley' rasanya bukanlah nama asing lagi di samping End Note dan software lain yang digunakan untuk memudahkan kerja-kerja reference dan citation. Saya mengenali Mendeley melalui bengkel yang dianjurkan oleh Dr. Othman Talib, pensyarah UPM dan sifu Tulis Tesis Cepat, sebelum terbang ke Tanah Inggeris pada dua tahun lepas (rujuk SINI), dan baru-baru ini menghadiri lagi bengkelnya yang diadakan di Malaysian Hall, London.

18 September 2014

Alhamdulillah Mendeley benar-benar banyak membantu sejak melangkah ke dunia PhD. Di antara manfaatnya ialah:

1. Percuma
Boleh download secara percuma di SINI.

2. Mencari rujukan dan bahan bacaan dengan mudah

Gunakan formula berikut untuk tujuan pencarian:
Dipetik dari slide Dr. OT

3. Menyusun bahan kajian mengikut tema kajian masing-masing dengan teratur.

Bina satu folder baru dan masukkan dokumen yang berkaitan, dan letakkan nama tema yang sesuai. Ia mudah untuk tujuan literature review dan tajuk2 di dalam chapter.
Contoh:

4. Berhubung secara langsung dengan Microsoft Word untuk tujuan citation dan reference.

Sangat mudah untuk masukkan rujukan dengan hanya meng'klik' butang 'insert citation', citation mengikut sistem APA Style dan bukan footnote. Begitu juga dengan bibliograpi atau rujukan, hanya tekan 'insert bibliography', semua rujukan yang digunakan akan tersusun rapi dan disusun mengikut abjad. Walau apapun, install Mendeley yang terkini dan update selalu.

5. Friendly-User dan Multi-Purpose

Sangat mudah digunakan, boleh try dan error. Malah boleh rujuk pelbagai sumber jika ada masalah dengan Mendeley. Rujukan paling mudah ialah buku-buku tulisan Dr.OT dengan dua bahasa.

Mendeley digunakan bukan untuk PhD sahaja, tetapi juga sangat membantu untuk penyediaan artikel jurnal dan kertas conference, atau menulis buku peribadi.


Perkongsian ini adalah mengikut pandangan peribadi sebagai pengguna Mendeley.

Terima kasih Mendeley & Dr OT!

Monday, 15 September 2014

Surat Kepada Calon UPSR

Assalamualaikum

Segala puji bagi Tuhan yang mencipta kejayaan dan kegagalan. Dia sebaik-baik perancang yang sentiasa berjaya dan tidak pernah gagal. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad sallahu'laihiwasallam dan seluruh ahli keluarga dan para sahabat. Sesungguhnya Rasulullah adalah contoh terbaik yang pernah merasai erti sebuah kejayaan dan juga kegagalan.

Adik-adik yang menjalani peperiksaan UPSR tahun 2014,

Saya hanyalah pelajar biasa yang pernah menduduki UPSR pada tahun 1996. Saat itu, saya memikirkan bahawa UPSR adalah satu peperiksaan yang sangat sukar. Lebih-lebih lagi saya bersekolah di sekolah swasta yang mewajibkan pelajar-pelajarnya untuk mengambil UPSRA yang mengandungi lima mata pelajaran agama. Saya hadiri pelbagai aktiviti motivasi untuk meningkatkan prestasi pembelajaran, kerana saya bukanlah di kalangan pelajar bijak di sekolah. Apa yang terjadi sebelum dan ketika UPSR tidak begitu lekat di ingatan, tetapi saya tidak boleh lupa wajah ayah ketika keputusan UPSR diumumkan. Ayah nampak kecewa kerana saya hanya mampu skor A untuk satu seubjek sahaja, dan B untuk subjek-subjek yang lain. Oleh kerana keputusan tidak begitu memberangsangkan, saya dihantar ke sekolah agama bukan kerajaan berasrama penuh. Tetapi Ayah tidak pernah berhenti untuk memberi sokongan dan galakan untuk saya terus belajar dan berjaya sehingga kini. Walaupun kemudiannya PMR dan SPM juga saya tidak pernah skor A berderet, tetapi saya mendapat anugerah ketika tamat ijazah sarjana muda, mendapat biasiswa penuh ketika menyambung master, dan kini bergelar calon PhD di salah sebuah 100 universiti terbaik dunia.

Adik-adik yang menjalani peperiksaan UPSR tahun 2014,

UPSR pasti menjadi satu kenangan yang tidak akan dilupakan sama ada ia membawa memori suka atau duka. Saya pasti apa yang terjadi pada tahun ini akan lebih diingati apabila soalan kertas Sains dan Bahas Inggeris bocor, dan kalian harus menduduki peperiksaan semula. Saya juga pasti bahawa kalian adalah mangsa ketidak-jujuran sesetengah pihak yang juga pernah menduduki UPSR suatu ketika dahulu atau apa saja nama peperiksaan yang mereka pernah duduki ketika sekolah rendah suatu masa dahulu. Siapa saja yang suka mengambil peperiksaan berulang kali? Jika ditanya kepada si pembocor kertas soalan, adakah dia mahu untuk menjawab kertas soalan untuk kali kedua?

Adik-adik yang menjalani peperiksaan UPSR tahun 2014,

Tujuan surat ini ditulis bukanlah untuk mencari salah pihak yang bersalah, tetapi memberi semangat pada kalian agar tidak mudah mengalah dan menyerah kalah. Jadikan peristiwa September bersejarah ini sebagai satu lonjakan untuk kalian berfikir apakah jalan yang terbaik untuk menggapai kejayaan. Soalan yang telah bocor mungkin menjadi cara pendek bagi orang-orang tertentu untuk berjaya, tetapi niat tetap tidak menghalalkan cara. Kejayaan itu bukanlah terletak pada hasilnya sahaja, tetapi dinilai juga melalui perjalanan untuk mencapai kejayaan tersebut. Ada yang mendapatkan kejayaan dengan cara yang susah, ada juga yang mendapatnya dengan cara yang mudah, tetapi caranya harus betul biarpun perlu menempuhi kegagalan terlebih dahulu.



Adik-adik yang menjalani peperiksaan UPSR tahun 2014,

Saya mendoakan agar kalian semua berjaya. 

Bilangan 'A' bukanlah ukuran. 'D' atau 'F' juga tidak perlu dipersalahkan.


Salam perjuangan!

Saadah Khair

Friday, 12 September 2014

6 Tahun Yang Lalu


Destinasi pertama bertemu dia
Semoga Allah kekalkan cinta kita

Wednesday, 3 September 2014

Cambridge: Kota Ilmu, Sampan & Basikal!

Bismillahirrahmanirrahim

Sudah lama menyimpan niat untuk mengunjungi Cambridge, dan saya rasa kali ini adalah masa terbaik untuk ke kota yang terletaknya salah satu universiti terbaik di dunia; University of Cambridge.

Tujuan saya ke Cambridge ialah menghadiri Conference: the Authors, Editors and Audiences of Medieval Middle Eastern Text di Faculty of Asian and Middle Eastern Studies, University of Cambridge. Ada beberapa tajuk pembentangan yang menggesa naluri saya untuk hadir seminar ini, biarpun seorang diri kerana suami bekerja.

Tiba di Cambridge pada -awal pagi- hari bekerja memberi peluang kepada saya melihat kesibukan penduduk Cambridge sibuk bergerak sama ada ke tempat kerja, kolej, universiti atau sekolah, dengan menaiki basikal! Saya teruja melihat jalan raya dipenuhi penunggang basikal dengan berpakaian kemas menuju destinasi masing-masing. Penunggang basikal diberi laluan khas, malah rata-rata kawasan parkir menyediakan kawasan khas meletakkan basikal. Tanda-tanda di sepanjang jalan juga ada ditujukan khas untuk penunggang basikal. Menarik..


Saya mengambil peluang berjalan kaki ke lokasi conference, Alhamdulillah Google Maps banyak membantu sepanjang perjalanan sendirian tetapi sekali-sekala saya perlu matikan telefon bimbit untuk menjimatkan bateri. Menjadi peserta paling awal yang hadir memberi peluang kepada saya meneroka fakulti universiti dan berkenalan dengan seorang wanita lewat 30-an, yang datang daripada Netherlands ke Cambridge untuk menyertai conference ini.


Sepanjang conference berjalan, saya tertanya-tanya apakah tujuan sebenar mereka yang bukan Islam mengkaji tulisan, sejarah dan dunia peradaban Islam? Adakah kerana minat untuk mengambil tahu atau ada tujuan selain daripada itu? Saya buang segala fikiran negatif dan bertindak secara profesional. Sejujurnya, saya malu. Saya malu bagaimana saya sebagai Muslim terlepas pandang untuk mengkaji apa yang mereka kaji. Saya malu kenapa saya tidak gunakan masa sebaiknya untuk mengenali ulama Islam yang telah menjadi fokus kajian orang bukan Islam. Saya malu, dan sangat tercabar...

Kebanyakan topik perbincangan dalam conference tersebut menyentuh tentang kajian teks ulama Islam dari pelbagai aspek: hadith, sejarah, sosial, politik, kesenian dan sebagainya. Kebanyakan mereka juga membentangkan topik kajian master/phd mereka, daripada universiti2 di dalam dan luar England. Bagi saya, hari tersebut adalah hari terbaik di dalam hidup saya untuk memulakan bulan baru, iaitu pada 1 September.

Sayangnya, saya terpaksa keluar awal kerana waktu bas tidak banyak di antara Cambridge dan Birmingham. Dalam perjalanan pulang, saya berpeluang melihat salah satu daya tarikan Cambridge iaitu kota sampan ala-ala Venice, Italy. Cantik, tapi mahal. Harga akan lebih murah sekiranya ada kemahiran untuk mendayung sendiri. Menurut rakan-rakan yang pernah menaiki sampan di Cambridge, tempahan melalui atas talian juga jauh lebih murah, boleh rujuk SINI.




Sementara menunggu bas, saya sempat pusing di bandar Cambridge. Cuaca tidak mengizinkan saya bergerak jauh. Hujan turun perlahan dan kemudian tidak berhenti sehinggalah bas sampai. Ada pasar kecil di tengah bandar Cambridge. Bukan sahaja menjual makanan, minuman dan buah-buahan, tetapi ada juga kedai menjual cenderamata, dan buku-buku terpakai. Agak sukar untuk temui kedai buku terpakai jika di bandar besar Malaysia, apatah lagi di kawasan pasar.


Apapun, satu hari di Cambridge adalah satu pengalaman yang tidak akan dilupakan, dan saya akan menggelar kota ini sebagai kota ilmu, kota sampan dan kota basikal, supaya sentiasa lekat di dalam ingatan.

Cambridge, semoga kita bertemu lagi!

Sunday, 24 August 2014

Persoalan Umur


24 Ogos adalah tarikh yang dikenang sempena tarikh kelahiran. Tiada sambutan istimewa, malah tahun ini hati sedang gundah gulana memikirkan bab dua tesis kajian yang masih terbengkalai.

Alhamdulillah suami bawa jalan-jalan dan belanja makan. Ada juga tiramisu sebagai kek, bukan diniatkan untuk kek sambutan tetapi sekadar untuk pemanis tekak dan cubaan pertama tiramisu saya berjaya! Tapi minda dan hati saya bagai bersatu memikirkan kembali:

Apa matlamat hidup saya selama ini?

Adakah sudah tercapai segala impian dan harapan atau ia hanyalah angan-angan kosong?

Apa tujuan saya ke Tanah Inggeris ini?

Adakah tahap pembelajaran saya kini memuaskan atau sekadar cukup makan?

Bagaimana saya gunakan umur ini? Adakah untuk kebaikan atau keburukan?

Adakah segala yang saya lakukan selama umur ini  diniatkan kerana Allah atau mengejar keduniaan semata-mata?


Sanah Helwa ya Saadah!
Semoga umur yang semakin meningkat ini semakin mendekatkan diri ini kepada Tuhan, dan menyedari bahawa umur ini sebenarnya semakin berkurangan.

Tuesday, 12 August 2014

Jelajah Raya - North Wales

Pengembaraan kali ini dirancang sempena cuti musim panas yang panjang. North Wales menjadi destinasi untuk tiga hari dua malam. Walaupun tidak berpeluang mengunjungi keseluruhan tempat peranginan, tetapi hati kami masih terpaut dengan kecantikan alam semulajadi di sepanjang perjalanan.

Di antara lokasi menarik yang kami kunjungi mengikut turutan ialah:




Bayaran: Percuma untuk pejalan kaki

Pada asalnya, lokasi ini tidak termasuk di dalam senarai tetapi memandangkan ia termasuk di dalam laluan untuk tiba di destinasi berikutnya, saya berbunga-bunga untuk melihat jambatan yang dibina khas untuk laluan canal. Mengenali lokasi ini melalui satu rancangan TV UK yang mengisahkan sepasang suami isteri warga tua mengambil keputusan untuk mengembara menggunakan laluan air sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-50. Salah satu laluan yang mereka gunakan ialah jambatan yang telah dibina pada tahun 1795 hingga 1805 dan pernah beberapa kali roboh dan dibangunkan semula. Pada tahun 1999, jambatan ini dipelihara sepenuhnya sebagai UNESCO World Heritage Status.


 Bayaran: 
£8.50 (dewasa), £8 (pelajar) - harga online
£10 (dewasa), £9 (pelajar) - harga biasa

Di antara sebab utama mengunjungi Portmeirion Village ialah untuk melihat sejarah pinggan mangkuk berjenama portmeirion yang dikatakan di ambil bersempena dengan lokasi ini. Kampung ini menjadi tarikan kerana bangunan-bangunannya yang klasik dan bersejarah, terletak di tepi laut dan dipenuhi hotel-hotel mahal. Tapi sayangnya, hati kecil saya mengatakan tidak memasukkan lokasi ini di dalam senarai juga tak mengapa :)



 Bayaran: 
£26/1 malam - 3 dewasa termasuk electric hook-up dan seaview

Alhamdulillah cek in untuk hari pertama di tapak perkhemahan Aberafon yang terletak cantik berlatar-belakangkan gunung-ganang dan berhadapan dengan luasnya laut. Kemah kami bawa dan pasang sendiri. Makanan juga kami persiapkan untuk dimasak sendiri. Campsite ini dijaga dengan sangat bersih dengan kemudahan sinki, tandas, bilik mandi (20p untuk 3 minit air panas), bilik laundry, bilik TV dan kedai serbaneka. Highly recommended bagi mereka yang berminat.



Destinasi pertama untuk hari kedua ialah bandar Caernarfon. Mengambil masa setengah jam dari tapak perkhemahan kami. Parkir awam agak mahal iaitu £5 untuk satu hari, kerana kami tidak berniat untuk menghabiskan masa di bandar ini. Cantik, tenang dan dipenuhi ramai warga tua yan kebanyakan mereka berkomunikasi menggunakan bahasa Welsh. Istana yang terletak di tepi laut masih utuh, tetapi kami tidak masuk kerana ada bayaran dikenakan kepada pengunjung. Sempat juga menghidup kopi di sini dan membeli sedikit cenderhati buat kenang-kenangan.


Puncak Snowdon Mountain

Lokasi ini adalah kemuncak percutian kali ini. Tiket sudah dibeli awal. Kami merancang untuk menaiki keretapi menuju puncak dan turun gunung dengan berjalan kaki. Pada awalnya cuaca cerah dan cantik, tetapi setengah perjalanan kami ke atas, hujan turun perlahan kemudian lebat dan kabus mula tebal. Perhentian terakhir dipenuhi ramai orang kerana masing-masing mencari tempat teduh dan minuman air panas. Kami tidak berniat untuk tunggu lama sehingga hujan berhenti, setelah alas perut untuk energi, kami teruskan perjalanan dengan berhati-hati. Subhanallah! mata kami dijamu lukisan Tuhan yang sangat indah..



 Bayaran:
£20 untuk pergi sahaja
£27 untuk pergi & pulang
£21 untuk pergi & pulang (jam 9 pagi sahaja)

Alhamdulillah tamat perjalanan


Alang-alang di North Wales, sempat juga kami singgah ke sebuah tempat yang mempunyai nama kedua terpanjang di dunia dan terpanjang di Eropah. Susah benar untuk menyebutnya. Tiada apa yang istimewa di lokasi ini melainkan untuk mengambil gambar dan membeli cenderahati. Tiada bayaran masuk dikenakan.

7. Bangor


Berpeluang mengunjungi rumah adik Iffwat yang kini sedang mengambil master di University of Bangor. Bangor terletak berhampiran dengan Snowdonia, dan hanya mengambil masa sekitar 40 minit dari tapak perkhemahan kami. Ada beberapa tempat yang dicadangkan Iffwat, tetapi kami tidak berhasrat untuk menyambung kembara kali ini atas sebab-sebab tertentu. Pulang dari rumah iffwat, kami sempat ke Bangor Pier (bayaran masuk: 50p) sekadar melihat kawasan tepi laut dan membeli cenderahati.




Lokasi ini kami kunjungi ketika dalam perjalanan pulang ke Birmingham. Tertarik dengan kawasan sungai yang kami lihat dari tepi jalan, kami mengambil keputusan untuk singgah sebentar. Ada anak-anak kecil bermain air dan ramai pengunjung hanya duduk-duduk di kawasan tersebut. Cantik. Tiada bayaran dikenakan.

Alhamdulillah tiba di rumah jam 8 malam.