Kapal terbang sebenarnya menjadi pengangkutan yang sangat hebat kerana boleh berada di awangan dalam tempoh yang agak lama. Pengalaman menaiki kapal terbang saya yang pertama ialah apabila Ayah mengajak kami sekeluarga menaiki MAS daripada Lapangan Terbang Senai, Johor Bahru menuju ke Lapangan Terbang Subang. Ketika itu saya masih bersekolah rendah dan memori pertama itu saya simpan rapi untuk menjadi semangat agar saya mampu membalas jasa Ayah dan membawanya 'terbang' pula suatu hari nanti.
Sejujurnya, pengalaman menaiki kapal terbang adalah satu kenangan yang manis dan akan diteruskan untuk membawa saya mengembara dunia.
Kini, dunia dan khususnya Malaysia digemparkan dengan peristiwa 'ajaib' kehilangan pesawat MH370 yang melibatkan 227 penumpang dan 12 anak kapal pada hari Sabtu, 8 Mac yang lalu.
Kejadian ini menimbulkan banyak spekulasi kerana pencarian selama hampir 5 hari masih belum menemui sebarang jawapan. Sayangnya, spekulasi akan tetap menjadi spekulasi selagi mana tiada sebarang bukti yang sahih. Lebih malang lagi, apabila ada segelintir masyarakat Melayu yang semakin 'layu' dalam menghadapi kejadian demi kejadian yang berlaku di negara kita. Saya mencari-cari agar ada 'air' dan 'baja' untuk menyuburkan kembali masyarakat di Malaysia, dan Alhamdulillah saya temui satu analisis yang terbaik setakat ini.
Sila tonton dan hayati:
)
'Perkara yang berlaku ini adalah Rahmat daripada Allah... untuk penyatuan dan kasih sayang... dan kembali kepada Pencipta dengan penuh rendah diri'
-Kapten Norudin Abdul Majid
Saya amat tertarik apabila beliau menyatakan bahawa sehebat mana pun teknologi, kuasa Tuhan tetap tidak dapat ditandingi manusia. Kebergantungan manusia terhadap sains dan teknologi ada had yang tertentu dan setiap yang menjadi tempat pergantungan perlulah menjadikan diri kita semakin dekat dengan Tuhan, dan bukan sebaliknya.
Semoga peristiwa yang terjadi ini membawa seribu rahmat dan hikmah kepada kita semua. Jika ia berakhir dengan tragedi buruk, lapangkanlah hati kami untuk menerima segala berita. Jika ia berakhir dengan kejadian yang baik, jadikanlah kami semua hamba yang sentiasa mensyukuri segala NikmatMu ya Allah.
Ya Allah, peliharalah tanah airku..
Aminn
No comments:
Post a Comment