Sudah lama pulang dari Lake District, September yang lalu. Sudah lama juga ada keinginan berkongsi di sini tetapi asik bertangguh sehingga ke hari ini. Dengan harapan untuk kembali menziarahi kejaiban Tuhan di Lake District..
Dikatakan ada 10 tasik atau lebih di kawasan ini, lalu dinamakan Lake District yang membawa maksud 'Daerah Tasik'. Setiap tasik mempunyai keajaiban dan kecaintikan yang tersendiri. Sayangnya saya tidak berpeluang untuk ke semua tasik, tetapi sempat menyaksikan keindahan 3 tasik yang berikut:
1. Windermere
Tasik ini adalah tasik yang paling hampir dengan kawasan caravan yang kami sewa. Ia merupakan tasik semulajadi terbesar di England dan berbentuk memanjang dari atas ke bawah. Kami berpeluang melihat tasik ini dari dua sudut yang berbeza.
Dua gambar di atas ini diambil di kawasan Brockhole Visitor Centre pada hari pertama tiba
Hari Kedua berkunjung lagi ke tasik Windermere di Ambleside Pier, di mana banyak aktiviti air di adakan di sini.
Bandar Keswick ialah bandar yang perlu dikunjungi untuk ke tasik ini. Mungkin kami bernasib baik ketika kami ke bandar kecil ini, ada satu pesta diadakan di tengah bandar. Ramai penduduk tetap memakai pakaian unik masing-masing yang dipenuhi dengan loceng-loceng kecil. Bandar Keswick dipenuhi dengan bunyi-bunyi unik loceng dan penduduknya ramah-tamah melayan pelancong asing.
3. Ullswater
Tasik kedua terbesar di Lake District. Kami hanya melalui tasik ini dan mengambil gambar dari tingkap kereta selepas puas menikmati keindahan air terjun di Aira Force.
Tasik Ullswater
Perjalanan dari pintu masuk ke air terjun mengambil masa lebih kurang setengah jam. Ia adalah kawasan hutan yang terpelihara. Sangat bersih & cantik.
InsyaAllah akan cuba berkunjung ke tasik-tasik lain di Lake District.