Bismilillahirrahmanirrahim
Rabbisyrahli sadri wa yassirli amri wahlul 'uqdatan min lisani yafqahu qawli
"Ya Allah! Lapangkan dadaku, mudahkanlah pekerjaanku (urusanku) dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham pembicaraanku"
Begitu pantas masa berlalu, tidak sedar bahawa sudah jauh langkahku. Ia seperti hari-hari yang larut di dalam mimpi yang lena. Mei bakal melabuhkan tirai, Syaaban bakal menjelma, dan Ramadan yang dinanti akan tiba jua.
Janji Tuhan itu pasti. Setiap yang sukar pasti akan disudahi dengan kesenangan tapi kuncinya ialah sabar. Hanya mereka yang sabar mengerti bahawa ujian yang diberi selayaknya mampu kita hadapi dan setiap daripadanya adalah lambang cinta Tuhan kepada hambaNya.
Jauh di perantauan membentuk satu perasaan yang sukar digambarkan.
Kini saya pelajar sepenuh masa.
Saya juga membawa imej sebagai Muslimah sepenuh masa.
Dan saya mengejar masa.
Masa.
Jika kita tidak memotongnya, ia pasti memotong kita. Setiap manusia diberi masa yang sama. Dua puluh empat jam keseluruhannya. Tiada yang lebih dan tiada yang kurang.
Siang yang panjang di bumi orang adalah suatu perkara baru buat saya. Subuh jam tiga dan Maghrib jam sembilan. Dan seringkali juga saya membazirkannya....
Lokasi: University of Birmingham
Demi masa,
Sesungguhnya manusia (perhatian untuk diri saya) di dalam kerugian yang nyata.
Tiga golongan yang dijauhkan dari kerugian ialah:
Beriman,
Beramal Soleh,
Berpesan kepada kebenaran dan kesabaran.
Selamat mengurus masa,
Salam Jumaat yang Berkah.
No comments:
Post a Comment