Bismillahirrahmanirrahim
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang dibawah adalah orang yang meminta.” (HR. Bukhari no.1429, Muslim no.1033)
Biarpun tangan itu milik si pendosa, tetapi yang memberi tetap lebih baik daripada meminta. Allah SWT juga telah berfirman:
Ramadan ini, ayuh kita isi dengan amal kebaikan. Sesungguhnya setiap amalan di bulan mulia ini akan dilipat kali gandakan di luar jangkaan kita. Malah Rasulullah SAW sendiri adalah dermawan agung yang tidak pernah lokek untuk memberi. Sebagaimana yang telah diceritakan oleh Ibn Abbas RA:
"Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari, no.6)
Entri kali ini adalah sekadar perkongsian di mana wang anda akan dimanfaatkan kepada pihak yang lebih memerlukan. Sesungguhnya pilihan di tangan anda, dan tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima.
Rujuk Malaysia Life Line Syria untuk maklumat lanjut
Rujuk Yayasan Khalifah untuk maklumat lanjut
Rujuk Rayuan Ramadan Ikram untuk maklumat lanjut
Beberapa pilihan lain seperti:
- Kasih Ramadhan 2013, Islamic Aid Malaysia
- Syria Humanitarian Crisis, Islamic Relief Malaysia
- Muslim Aid UK
Hidup lebih bererti dengan memberi.
Fastabiqulkhairat..
No comments:
Post a Comment