Bismillahirrahmanirrahim
Apa khabar iman kita? Apa khabar Ramadan kita?
Saya merasakan Ramadan kali ini berlalu dengan sangat pantas di mana diri yang banyak kekurangan ini banyak membazirkan masa keemasan ini untuk mendekatkan diri kepada Yang Esa. Sepuluh Ramadan telah berlalu, kini masuk ke dalam fasa kedua Ramadan. Hati saya menangis...
Sebagaimana tajuk entri ini tertulis, saya masih memilih. Saya pasti kehidupan ini tidak pernah lari daripada membuat satu pilihan. Kita memilih, dan kadangkala terlalu memilih sehingga lupa bahawa pilihan Tuhan itu lebih baik dari pilihan sesiapa pun.
Membuat pilihan sebenarnya bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Masih ingat bagaimana anda memilih pasangan hidup anda? memilih universiti, makanan, pakaian, rumah dan sebagainya? Ia memerlukan dua prinsip penting:
Tekad
dan
Percaya
Tekad supaya kita berpegang erat dengan pilihan tersebut tanpa menyesali apa saja risiko yang bakal dihadapi kelak.
Percaya dengan diri sendiri agar dapat bertanggungjawab setelah membuat pilihan, dan yang paling penting percaya kepada Tuhan kerana Dia berkuasa menggerakkan hati kita untuk memilih apa yang telah dipilih.
Ayuh membuat pilihan bijak.
Memilih baju tetap tidak sesukar memilih tajuk tesis!
Selamat memilih.
No comments:
Post a Comment