Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah Afeef dah dapat visa sendiri.
Permohonan dibuat pada 1 Sept (isi online pada akhir Ogos), respon untuk biometric pada 8 Sept, passport dipulangkan pada 16 Sept dan Visa diterima pada 18 Sept.
Berikut adalah cara untuk memohon visa sekiranya anak anda lahir di UK. Langkah2 berikut dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan.
1. Buat sijil kelahiran/surat beranak terlebih dahulu. Perlu buat temu-janji dan datang pada tarikh dan waktu yang ditetapkan. Hanya £4 dikenakan. Jika di Birmingham, surat beranak boleh dibuat di Birmingham Register Office.
2. Ambil gambar passport dan visa sekaligus. Gambar passport memerlukan latar belakang berwarna putih, manakala warna kelabu untuk gambar visa.
3. Buat passport di Malaysian High Commission, London. Boleh download borang passport di SINI, tetapi ada lagi satu borang untuk surat beranak Malaysia yang boleh didapati di sana. Jangan lupa untuk buat salinan lebih sekurang-kurangnya tiga salinan untuk setiap dokumen penting. Harga passport ialah £21, dan surat beranak ialah £10. Dua keping gambar untuk setiap permohonan. Peringatan penting ialah isi maklumat nama dan alamat anda mengikut IC Malaysia.
4. Mohon pihak penaja poskan surat financial affidavit kerana hanya salinan original sahaja diterima. Pastikan nama anak ditulis di dalam surat tersebut.
5. Pastikan surat beranak, passport, 2 keping gambar visa, dan financial affidavit sudah ada di tangan baru boleh mula kan permohonan untuk visa.
6. Register online di SINI. Ingat, anak anda ialah dependent untuk Tier 4 (General) Student.
6. Register online di SINI. Ingat, anak anda ialah dependent untuk Tier 4 (General) Student.
7. Jawab soalan2 dan jangan lupa tekan SAVE dan CHECK. Antara soalan2 yang ditanya ialah: personal details lead applicant (anak anda), personal details joining main applicant (anda - student), maklumat ibubapa anak, dependent maintenance dll.
8. Sekiranya sudah lengkap, anda akan dibawa ke laman web Health surcharge. Jumlah bayaran akan dikenakan mengikut tempoh baki anda menetap di UK. Saya dikenakan bayaran IHS sebanyak £150. Resit dan pengesahan akan dihantar ke emel.
9. Bayar harga visa £439 secara online. Resit dan pengesahan juga akan dihantar ke emel. Menurut beberapa pihak, harga visa akan meningkat lagi pada November 2015, oleh yang demikian, periksa harga visa yang terkini sebelum memohon.
10. PRINT dokumen yang memerlukan tandatangan setelah selesai.
11. Poskan lampiran ke alamat yang diberi. Di dalam sampul surat, wajib menyediakan satu lagi sampul surat ke alamat sendiri dan sudah dibayar harga pos nya. Dokumen yang wajib dihantar ke pihak visa ialah: surat beranak, passport, 2 keping gambar, dan financial affidavit (original). Saya mendapat tips daripada seorang rakan untuk lampirkan juga salinan fotokopi passport dan visa kedua ibubapa bayi dengan surat ringkas menyatakan bahawa ia sebagai further references. Pos mestilah dihantar secara special delivery ke alamat ukva dan alamat sendiri.
12. Sekiranya visa sudah diproses, surat untuk melakukan biometric akan dihantar ke rumah. Biometric boleh dibuat di pos office yg tersenarai, jika di Birmingham, anda boleh ke post office city dan tekan digital untuk nombor giliran. Harga ialah £19.20.
13. Beberapa hari yang berikut nya, passport, surat beranak dan financial affidavit akan dikembalikan menggunakan cover letter yang dilampirkan ke alamat sendiri sebelum ini.
14. Kemudian visa akan diterima dalam beberapa hari yang berikutnya.
15. Boleh lah claim resit ke universiti ;)
Selamat memohon!