Tuesday 8 February 2011

Avocado Pekanbaru: Edisi 2

Bersambung lagi di sini...

Pokok buah Avocado di hadapan rumah Cik Edi

Pernah dengar buah Avocado? Kalau dah dengar, pernah makan atau rasa? Setiap kali Emak pulang dari ziarah saudara di Indonesia, buah kegemaran yang dibawa pulang ke rumah ialah buah Avocado dan buah Salak. Jika buah Salak mudah didapati di Malaysia, Avocado jarang didapat di sini tapi dijual merata tempat di Indonesia. Di sana, mereka lebih gemar memanggilnya Alpukat..

Setelah diberi pendedahan oleh Emak tentang khasiat buah ini, Emak akan mengupas buah ini dan mengeluarkan isinya. Lalu dikisar dan dijadikan jus minuman. Campur sedikit dengan gula melaka. Ada cadangan dari seorang teman, jika ditambah dengan susu coklat segera dan dikisar dengan ais, ia akan menjadi lebih sedap... Terliur...... :)

Minuman pertama sejak kami sampai di Kota Pekanbaru itu adalah Jus Alpukat Ais... sedap sangat.. Yang paling lucu, setiap kali keluar makan ke mana-mana, minuman ini adalah pilihan utama kami berempat. Enak bangettt..

Maaf Abang Zul, ter'snap' gambar curi muka kelaparan. Lihatlah lelehan coklat campuran jus Avaocado itu~!

Slurrppp...da habis.. segelas lagi satu~! ngeee...

Oh ye, niat di sini bukan sahaja nak menceritakan keenakan minuman ini, tapi berkongsi tentang kebaikan buah istimewa ini. Khasiat buah Alvocado ini diambil di SINI.

1. Pencegahan kanser prostat

Avokado telah dibuktikan berkesan untuk menghalang pertumbuhan kanser prostat.

2. Perlindungan (mencegah) kanser mulut

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa sebatian tertentu dalam avocado dapat mencari pra-kanser dan kanser sel kanser mulut dan menghancurkan mereka tanpa merosakkan sel-sel sihat.

3. Perlindungan (mencegah) kanser payudara

Seperti minyak zaitun, avokado mengandungi asid oleik yang sangat tinggi, yang telah terbukti untuk mengelakkan kanser payudara dalam kajian banyak.

4. Baik untuk kesihatan mata

Avokado mengandungi lebih lutein karotenoid daripada buah-buahan yang lain biasa dimakan. Lutein melindungi mata daripada kemerosotan makular, katarak dan penyakit mata yang berkaitan dengan usia lanjut.

5. Menurunkan paras kolesterol

Avokado mengandungi beta-sitosterol yang tinggi, satu sebatian yang telah terbukti dapat menurunkan paras kolesterol. Dalam sebuah kajian, 45 sukarelawan mengalami penurunan paras kolesterol sebanyak 17%, selepas mereka mengambil buah avocado hanya untuk satu minggu.

6. Memelihara kesihatan jantung

Satu cawan avokado mengandungi 23% kandungan folat daripada nilai harian yang disyorkan. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil diet kaya folat mempunyai risiko yang lebih rendah daripada mendapat penyakit jantung daripada mereka yang tidak. Kandungan vitamin E, lemak tak tepu tunggal dan glutathione yang terdapat dalam buah avokado juga bermanafaat besar bagi jantung anda.

7. Mencegah strok

Kandungan folat yang tinggi dalam buah avokado juga dapat memberi perlindungan terhadap strok. Mereka yang makan diet kaya folat mempunyai risiko lebih rendah terkena strok daripada mereka yang tidak.

8. Penyerapan nutrisi lebih baik

Kajian telah mendapati bahawa nutrisi tertentu diserap lebih baik bila dimakan dengan avokado. Dalam sebuah kajian, ketika peserta makan salad yang mengandungi avokado, mereka dapat menyerap lima kali jumlah karotenoid (kumpulan nutrisi yang merangkumi lycopene dan beta karoten) daripada mereka yang tidak termasuk avokado.

9. Sumber glutathione

Avokado merupakan sumber glutathione yang sangat baik iaitu satu agen antioksidan yang penting yang menurut para penyelidik, ia penting dalam mencegah penuaan, kanser, dan penyakit jantung.

10. Sumber vitamin E

Buah avokado adalah sumber terbaik vitamin E, yang merupakan vitamin penting untuk melindungi badan terhadap banyak penyakit dan membantu menjaga kesihatan secara keseluruhan.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat buah, daun, biji dan kulit pokok avokado, namun begitu penggunaannya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan agar kemudharatan di kemudian hari dapat dielakkan.

Semoga bermanafaat!

No comments:

Post a Comment