Bismillahirahmanirrahim
Semoga hubungan kekeluargaan ini diredhai Ilahi.
Semoga kita semua termasuk di dalam golongan yang mencintai kebaikan, menyebarkan kebaikan dan sentiasa melakukan kebaikan.
Amin.
Saya percaya bahawa setiap manusia akan merasai bahagia apabila dapat berbuat baik kepada sesiapa sahaja, terutama kepada ahli keluarga.
Amalan kebaikan akan tetap dicatat walau sekecil zarah sekali pun seperti mana termaktub di dalam ayat: "Sesiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, nescaya dia
akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yg mengerjakan kejahatan walau
sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula." (surah al-Zalzalah 99:7-8)
Hadith kali ini dikongsi khas kepada diri sendiri demi melihat kepentingan untuk berbuat baik kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW berpesan: "Orang Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaqnya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya." (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)
Malah Rasulullah SAW juga menggalakkan agar sedekah itu diutamakan kepada ahli keluarga terlebih dahulu sekiranya ada di antara mereka yang susah. Rasulullah SAW bersabda: "Sedekah ke atas golongan miskin itu adalah sedekah (1 pahala), dan sekiranya dia bersedekah ke atas ahli keluarga, maka itu adalah dua pahala, iaitu sedekah dan menyambung hubungan silaturahim." (Riwayat al-Tirmizi)
Semoga hubungan kekeluargaan ini diredhai Ilahi.
Semoga kita semua termasuk di dalam golongan yang mencintai kebaikan, menyebarkan kebaikan dan sentiasa melakukan kebaikan.
Amin.
No comments:
Post a Comment