17.12.2011
Salam Takziah kepada keluarga abang sulung yang ditimpa musibah. Doa dari jauh dititip buat semua ahli keluarga yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Semoga satu-satunya abang yang saya ada itu tabah dan kuat menjalani detik-detik yang mendatang.
Bukankah Tuhan mengulang dua kali ayat yang berbunyi "Setiap selepas kesusahan ada kesenangan, dan setiap kesusahan ada kesenangannya" di dalam Surah al-Insyirah..
Abang Zul sekeluarga di London pada tahun 2004. Kakyun bertudung putih.
Foto diambil dari BLOG kakyun.
Foto diambil dari BLOG kakyun.
Cuma yang dirisaukan adalah kondisi anak saudara sulung yang bernama Khairunnisa. Keadaan agak kritikal di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Masih teringat sewaktu kelahiran cucu pertama emak dan ayah ini, ia sangat memberi cahaya kegembiraan buat kami sekeluarga. Pandai mengambil hati orang lain, bijak, cantik, cukup pakej. Tingginya saja sudah mengalahkan makciknya ini. Moga Allah memberi kekuatan mental dan fizikal kepada kak yun. Semoga Kak yun terus tabah dan sabar. Sedih benar melihat teman-teman di FBnya yang tidak putus-putus memberi kata semangat, yang menunjukkan juga kak yun mempunyai hubungan baik dengan rakan-rakan sekolahnya..
Get well soon dear! Love you a lots~
Salam Takziah juga buat seorang teman lama. Pernah bersekolah sama, dan melanjutkan di universiti yang sama. Kini beliau sedang menyambung Sarjana di UPM. Takziah di atas pemergian ayah beliau juga ayah mertua beliau pada bulan yang sama. Ayah mertua beliau menghembuskan nafas terakhir seminggu sebelum majlis pernikahannya, manakala ayah beliau pula berjumpa Ilahi beberapa minggu setelah dia bergelar isteri. Turut merasa kesedihannya kerana pernah berjumpa dengan Arwah ayahnya. Sangat baik. Nasihatnya sering menyusuk jiwa kerana kata-katanya jujur dari hati. Semoga Allah memberi kekuatan kepada beliau untuk tabah meneruskan kehidupan. Ada hikmah yang sangat besar apabila Allah mengurniakan suami kepadanya setelah pemergian kedua Ayahnya yang tersayang, akan tetapi kasih Ayah tetap tidak berbelah bagi....
Love you ANis~
**Bersediakah kita dengan kehilangan orang tersayang??
No comments:
Post a Comment