Monday 24 September 2012

Canopy Walkway, FRIM

Assalamualaikum

Pernah pergi ke FRIM? Forest Research Institute Malaysia. Saya sudah sampai ke sana beberapa kali. Entri ini juga ingin berkongsi sedikit pengalaman di sana. Walaupun sudah pergi beberapa bulan yang lepas, tapi hari ini baru berkesempatan untuk menulis di sini.

Kali pertama pergi dahulu, target utama kami ialah untuk mencuba Canopy Walkway, tetapi pada waktu itu ia sedang dalam proses membaik pulih. Alhanmdulillah kami berpeluang mengharunginya untuk kali yang berikutnya.

Bayaran masuk ke FRIM ialah RM5 dengan maniki kereta. Jika masuk berjalan kaki, bayarannya ialah RM1, dan RM2 untuk masuk dengan menggunakan basikal. Manakala bayaran untuk menaiki titian kanopi ini ialah RM5 untuk dewasa (Malaysia), RM3 untuk umur 13 tahun ke atas dan RM1 untuk 12 tahun ke bawah.

Ia dibuka bermula 9.30 pagi sehingga 2.30 petang. Cuti pada hari Isnin dan Jumaat.

Peta FRIM, Kepong.

 Anda perlu berjalan sejauh 900 meter sebelum sampai ke laluan untuk ke kanopi. Pastikan bekalan air mencukupi dan sila gunakan kasut yang sesuai.

Jalan masuk menuju ke titian. 500 meter mendaki bukit.

 Bismillahirrahmanirrahim. Di sini, perjalanan akan bermula..

 Seram sejuk sebab budak belakang tu jalan sambil buat rentak rap. Serius, ini boleh melatih tahap keberanian anda walaupun titian ini hanyalah 150 meter sahaja.

Pandangan daripada titian kanopi.

My Hero

 Jalan balik daripada titian menuju ke kereta dengan melintasi anak sungai dan kawasan hijau yang damai.

**Ayuh amalkan gaya hidup sihat :)

No comments:

Post a Comment