Thursday, 13 September 2012

Resepi: Ikan Merah Stim Limau

Bismillahirrahmanirrahim

Soalan pertama saya, sudah selesai puasa enam Syawal? Tahniah buat mereka yang awal-awal lagi dah peroleh pahala puasa setahun. Saya mahu juga pahala tersebut, oleh itu kini masih berjuang di akhir Syawal. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Riwayat Muslim)

Ok, Ganbatte~!

Di sini, nak kongsi satu resepi. Semenjak kebelakangan ini, saya mencuba masakan ala stim. Alat pengukus khas dibeli dari Kedah, untuk mereka yang mahu jimat ruang. Ini kali ketiga menggunakannya dan hasilnya sangat memuaskan kami berdua.

Kali ketiga baru nak kongsi resepi?

Hmm, tak sempat sebab agak sibuk kebelakangan ini. Jadi hanya kongsi satu resepi je untuk entri kali ini. Nama resepi ialah ikan merah stim limau. saya cedok resepi dari BLOG ini. Terima kasih. Dan saya gubah ikut selera saya sendiri.

Bahan-Bahan:

isi ikan merah
halia (hiris kasar)
serai (potong bulat2 / titik pon ok)
daun limau purut (gunting halus)
carrot (potong panjang-panjang)
tomato (potong dadu)
bawang merah (potong dadu)
sedikit limau nipis
sedikit sos tiram
sedikit blackpepper


Cara-Cara:

Letakkan ikan di dalam pinggan atau mangkuk tahan panas
Letakkan semua bahan di atas di atas ikan. Susun ikut selera sendiri
Perah limau nipis dan gaul dengan sos tiram, kemudian curah atas ikan
Tabur sedikit blackpepper

 Sebelum Stim

 Selepas Stim

Komen hubby: "Macam makanan hospital". HAHA.

Yang penting, sedap & sihat ^_^

Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment