Bismillahirrahmanirrahim..
**Fastabiqu al-Khayrat
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Allah
berfirman: "Apabila hambaKu bermaksud hendak mengerjakan suatu
kesalahan, jangan kamu tuliskan sebelum dikerjakannya dan kalau
dikerjakannya tuliskanlah sebanyak kesalahannya. Tetapi kalau tidak jadi
dikerjakannya kerana mengingati Aku,
tuliskan untuk orang itu suatu kebaikan. Kalau dia bermaksud hendak
mengerjakan kebaikan dan belum dikerjakannya, tuliskanlah untuk orang
itu satu kebaikan. Tetapi jika sampai dikerjakannya, tuliskanlah
pahalanya sepuluh kali lipat, sampai tujuh ratus kali." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 2019)
Kebaikan itu bermaksud umum. Apa yang baik pada pandangan manusia mungkin tidak baik pada pandangan Allah, tetapi apa yang baik pada pandangan DIA adalah baik juga di mata semua. Oleh itu, berniatlah untuk melakukan kebaikan walau sekecil zarah.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, nescaya dia kan melihat (balasan)nya pula". (Surah al-Zalzalah 99:7-8)

Hebahan:
**Fastabiqu al-Khayrat
No comments:
Post a Comment