Berikut adalah lakonan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
Puan: Cerita tu best la..
Encik: Cerita mana?
Puan: Ala... Drama TV petang-petang.
Encik: Hmmm...
Puan: Cerita filem Cina tu pun best juga.
Encik: Hmm.. Mana ada cerita yang tak best. Selain pelakon drama atau pengarah filem, siapa yang kata semua yang disiarkan adalah best belaka?
Puan: Grrr...
Encik: Memang lah semua cerita best. Kehidupan kita pun best juga. Semua perlu menjadi best.
Puan: Betul lah kan.. Hidup ini juga adalah ibarat pentas, dan kita semua adalah pelakon. Tuhan adalah Pengarah yang paling hebat. Dia dah aturkan semuanya sejak azali lagi.
Encik: Tahu pun....
Puan: Kadang-kadang manusia ini hanya melihat je cerita-cerita yang disiarkan tanpa ambil pengajaran daripadanya. Ada juga cerita yang tiada pengajaran. Kita lah yang kena pandai memilih. Macam tu juga dengan kehidupan. Allah dah beri panduan, tapi pilihan di tangan kita. Kalau kita pilih panduan yang betul iaitu Quran dan Sunnah, pasti hidup dan cerita kita semakin best di mata Tuhan, bukan di mata manusia.
Encik: Kesimpulannya, jangan hanya menontoh drama atau filem. Tetapi lupa tanggungjawab asasi kita sebagai pelakon dunia ini yang sepatutnya hanya mengharapkan redha dan rahmat Allah, bukan pujian dan sanjungan daripada orang lain. Malah dunia ini hanyalah sementara. Allah SWT dah berfirman: "Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan
dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu
serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan
yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu
menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur.
Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta
keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan
yang menipu." (al-Hadiid: 20)
Puan: Saya setuju. Oleh itu, gunakanlah peluang yang ada ini untuk menjadi "pelakon" terbaik yang melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini.
Dunia Ini ibarat pentas lakonan,
Manusia itulah pengarah dan pelakonnya,
Al-Quran dan As-Sunnah itulah skripnya,
Malaikat itulah jurugambarnya,
Islam itu jalan ceritanya,
Kiamat itulah kesudahan penggambarannya,
Padang masyhar tempat penganugerahannya,
Rasulullah S.A.W adalah penerima anugerah terbaiknya,
ALLAH S.W.T adalah hakimnya,
Syurga atau Neraka adalah trofinya
Manusia itulah pengarah dan pelakonnya,
Al-Quran dan As-Sunnah itulah skripnya,
Malaikat itulah jurugambarnya,
Islam itu jalan ceritanya,
Kiamat itulah kesudahan penggambarannya,
Padang masyhar tempat penganugerahannya,
Rasulullah S.A.W adalah penerima anugerah terbaiknya,
ALLAH S.W.T adalah hakimnya,
Syurga atau Neraka adalah trofinya
Lirik Akhil Hayy - Madah Muqaddimah
No comments:
Post a Comment