Tahniah kepada semua calon SPM 2012.
Tidak kira berapa bilangan 'A' yang dikira, Tahniah di atas kejayaan anda semua.
Mengimbau kenangan menerima keputusan SPM beberapa tahun lalu, saya menangis. Bukan gembira. Bukan sedih. Tetapi saya menangis kerana bakal melangkah ke dunia yang tidak tahu untuk dituju walaupun perancangan sudah ada tapi masih samar-samar belaka.
Jika ditanya berapa keputusan saya, tidak sudi kiranya untuk berkongsi kepada sesiapa. 'A' boleh dibilang dengan sebelah tangan sahaja. Ada 'B' juga 'C'. Walaupun begitu, saya tetap syukur dan jujur mengatakan tidak pernah terfikir untuk menduduki SPM buat kali kedua. Minta dijauhkan.
Saya bukanlah di kalangan pelajar bijak pandai. Sejak UPSR, saya tidak pernah memperolehi 'A' berderet. Tetapi saya mengumpulkan 'A' tersebut ketika melangkah masuk ke menara gading. Walaupun demikian, kejayaan sebenarnya tidak diukur dengan deretan 'A' tersebut. Jumlah 'A' tidak menjanjikan sebarang kejayaan.
Kejayaan tidak diukur dengan deretan 'A'
Kejayaan tidak diukur dengan megahnya sesebuah universiti
Kejayaan tidak diukur dengan berkeping-keping sijil
Kejayaan tidak diukur dengan kerjaya setelah graduasi
Kejayaan tidak diukur dengan ratusan atau ribuan gaji
Kerana kejayaan diukur dengan ketenangan hati, kemanisan iman dan keredhaan Ilahi.
Hati yang tidak tenang merosakkan erti kejayaan yang sebenar..
Iman yang pincang hanya membawa kejayaan ke arah jalan yang sesat.
Dan rugilah bagi mereka yang berjaya itu jika hanya mendapat kemurkaan Allah bukan keredhaanNya.
Dan rugilah juga bagi mereka yang sudah berilmu dan berjaya, tetapi tidak mengamalkan ilmu tersebut.
Dan rugilah juga bagi mereka yang sudah berilmu dan berjaya, tetapi tidak mengamalkan ilmu tersebut.
SPM hanya sekadar permulaan untuk membina mimpi. Perjalanan masih jauh lagi. Untuk menempuh seribu kilometer perjalanan, hendaklah bermula dari langkah yang pertama. Selamat mengorak langkah~!
No comments:
Post a Comment