Alhamdulillh..Akhirnya.....
Hasrat dan perancangan yang sudah lama disimpan ini tercapai juga. Alhamdulillah. Terima kasih buat seorang teman setia yang pernah merancang ke bukit ini suatu ketika dulu. Terima kasih juga buat rakan-rakan sekerja yang merancang ekspidisi ini beramai-ramai. Terima kasih Tuhan atas nikmat melihat kebesaran MU di Bukit Broga...
Jam 3 pagi di IIC adalah bukan untuk mengajar, tapi pengajar-pengajar IIC ini mengejar masa agar mengikut perancangan untuk mula mendaki pada jam 4 pagi. Kami tiba di pintu masuk lebih kurang jam 4.30 pagi, dan pendakian bermula dengan nama Tuhan Yang Maha Pemurah lag Maha Penyayang....
Jam 5.50 pagi, kami berehat mencari tempat untuk tunaikan kewajiban Subuh. Jangan terkejut bahawa bukit ini sudah dipenuhi pendaki berjiwa besar seawal pagi sebegini. Kami solat Subuh berjemaah, dan ini adalah nikmat yang tidak terhingga..
Meneruskan pendakian ke puncak seterusnya, kami rehat untuk sarapan pagi. Ringkas tapi cukup untuk mengisi tenaga yang sudah pancit dek mendaki.hehe.. Ada di antara kami yang meneruskan pendakian ke puncak seterusnya, tapi saya tarik diri, InsyaAllah saya dan Broga akan bertemu lagi..
Matahari terbit adalah saat yang dinanti-nantikan bagi para pendaki. Subhanallah.. walaupun matahari seperti malu-malu kucing untuk terbit di sebalik bukit, tapi nikmat vitamin pagi itu sangat indah..
Ok, jom tengok gambar... ^_______^
**Program seterusnya di Chilling, Kuala Kubu Baru. JOMMMM :)
Salam miss . . sy berminat lah nk mendaki bukit. tp tak tahu macam mana nk pergi,sebab sy x tahu tempatnya (bukit broga 2) :P
ReplyDeletekalau miss tak keberatan, adventure yg seterusnya miss dapat ajak sy :)
dan sy boleh ajak kawan sy seorang lagi iaitu hazim nurasicken . miss kenal kan??
Tahniah kerana berjaya menyelesaikan misi mencari Tuhan dlam nikmat yang luar biasa, semoga memperolehi kebesaran akal dan fikr yg luar biasa juga
ReplyDelete