Monday, 7 June 2010

Bibik Moden III

Entri kali ini masih berkisah tentang perjalanan seorang Bibik Moden, cuma cara penyampaian kali ini menggunakan beberapa dialog dan situasi yang berbeza. Walaupun ada di antaranya bukan pengalaman sendiri, tapi saya belajar melalui pengalaman orang lain dan pengamatan terhadap persekitaraan.

Dialog Satu


"Cik Saadah, macam mana pelangi tu ada kat awan..??"

Aduh! Soalan ini mungkin nampak senang, tapi saya terpaksa mencari jawapan di minda kerana takut tersalah. Sebelum menjawab, saya terpaksa bermain dengan dialog lain agar mereka khayal dengan keindahan pelangi. Cuaca yang sangat cantik petang itu kami saksikan di dalam perjalanan dari Mutiara Rini (Rumah Kakak) ke Taman Gembira (Rumah Emak). Mereka sempat menyanyikan saya sebuah lagu yang dipelajari di Tadika. Fadwah dengan cepatnya bernyanyi:
Pelangi, Pelangi, Alangkah indahmu...
Merah, kuning hijau, di langit yang biru
Melukismu aku, siapa gerangan
Pelangi, Pelangi, ciptaan Tuhan..

Soalan mereka masih belum berjawab. Saya pun cuba memberi jawapan, "Kan baru lepas hujan, matahari nak keluar, tapi dia sinarkan warna-warna yang cantik dulu untuk kita semua. Awan kan asik warna biru je, jadi Allah nak kita semua tengok ada warna lain yang ada kat langit tu.. Cantik kan...." Semuanya mengiyakan kata-kataku. Hatiku tersenyum lega walaupun itu bukanlah jawapan yang tepat. Saya perlu ulangkaji semula pelajaran Sains di sekolah.. hehe

Dialog Dua

"Cik Saadah, kenapa Ummi & Walid tak balik2 lagi? Wa nak jalan kaki pergi cari Ummi.."

Sudah beberapa malam, saya dihujani soalan daripada Fadwah yang mencari ibunya. Setiap jawapan yang saya berikan seperti tidak memberikan apa2 kesan, malah masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sehinggakan saya turut merasa kesedihan seorang anak 5 tahun yang mencari ibunya. Malam ini dia menambah ayat di belakang itu, "Wa nak jalan kaki cari Ummi" kerana dia tahu tiket kapal terbang itu memerlukan duit yang banyak untuk dinaiki. Hati kecil saya ketawa sendirian, malah memang saya tergelak kecil kerana kelakar..hehe.. Sebenarnya saya rasa dia tahu yang ibunya akan balik lewat, dia tahu yang ibunya pergi jauh buat sementara, tapi dia bertanya dan terus bertanya kerana perasaan rindu yang membara. Jika ditanya lagi, saya hanya mampu menjawab: "Ummi akan balik nanti, tapi kalau Wa nangis lagi, Ummi takkan balik sampai bila-bila..." Adakah saya kejam?


Fayyad, Fadwah, Hasni
Setiap dari mereka memainkan peranan masing-masing

Situasi Satu

"Berhenti nangis..!! Berhenti...!" Tekak sampai sakit2 menjerit agar anak itu berhenti nangis.. Alangkah baiknya jika suara itu disimpan dan dipeluknya anak itu lalu memujuknya agar berhenti menangis. Kadang-kadang marah itu memang perlu tapi ada waktu2 di mana marah itu bukanlah jalan penyelesaian. Jika dimarah selalu, ia pasti menjadi seperti ubat pelali yang suatu hari nanti suara marah itu tidak akan diendahkan sama sekali.

Situasi Dua

"Ibu sayang adik, sebab tu Ibu tak bagi main benda tu.." Seorang ibu seharusnya menyatakan kasih sayangnya kepada anaknya bukan sahaja melalui perlakuan tapi juga dengan kata-kata. Kata-kata bahawa apa yang dilakukan ibunya itu adalah untuk kebaikan dan tanda sayang yang mendalam. Ucapkanlah kata-kata yang baik untuk anak kerana ibu adalah contoh terhebat yang ada pada seorang anak. Setiap perkataan yang dilontarkan oleh seorang ibu buat anaknya adalah sebuah doa...

Situasi Tiga

"Kenapa lah anak saya tidak sepandai anak dia..." Jangan bandingkan anak sendiri dengan anak orang lain, atau anak yang ini dengan anak yang itu. Setiap anak pasti ada sifat2 yang berbeza. Jika ada kekurangan dari segi ini, dia pasti ada keistimewaan di segi yang lain. Hargai kekurangan dan keistimewaan si anak, kerana si ibu juga pasti ada kelemahan. Jangan menyangka bahawa anak tidak dapat mengetahui kekurangan ibunya.. Oleh itu, terimalah baik dan buruk si anak, dan berdoa agar yang buruk itu dilitupi dengan kebaikan yang banyak.

**Dua dialog di atas adalah kisah benar dan menggunakan watak yang sebenar. Tiga situasi juga adalah kisah benar, tapi tiada kaitan dengan sesiapa, sekadar refleksi kehidupan..

3 comments:

  1. Dialog satu--> Akak tipu budak2 tu! Hahaha

    Dialog dua--> Memang Kejam..

    Untuk yang seterus-seterusnya--> Teringat Anis;D

    ReplyDelete
  2. bukan tipu, tapi jika terangkan secara saintifik, takut mereka ternganga tidak mengerti..hehe

    rindu Anis juga..teringat saat ketika dia nangis teresak2 kerana kekejaman akak...seronok ar kejam ngan budak kecik..hehe

    ReplyDelete
  3. haha~ bagus2, dah pandai rindu Anis.. Dah tak lama lah tu..

    ReplyDelete