Alhamdulillah
30 Mei 2016, Afeef genap setahun. Tidak sangka begitu cepat masa berlalu dan begitu banyak kenangan pahit manis menjadi seorang ibu. Jujur saya katakan, masih terbayang-bayang detik air ketuban pecah, kesakitan contraction dan pengalaman melahirkan melalui caesarean. Sesungguhnya pengalaman ini terlalu berharga dan banyak memberi erti di dalam kehidupan kami sekeluarga. Kisah melahirkan Afeef pernah saya kongsikan suatu ketika dahulu di SINI.
Alhamdulillah
Afeef seorang yang sangat bijak. Sudah boleh berjalan ketika dia berumur sebelas bulan. Sudah boleh memanggil Ayah dan Ibu. Perkembangannya bertambah baik dari hari ke hari. Dia penghibur hati, pengubat duka lara, penyejuk mata, dan penyeri rumahtangga. Saya panjatkan seluruh rasa syukur kepada Allah kerana mengurniakan zuriat ini dan memohon agar dia menjadi anak yang soleh dan musleh, beriman dan berjaya dunia akhirat, InsyaAllah.
Allahumma faqqihhu fiddin wa 'allimhu al-takwil
No comments:
Post a Comment