Bismillahirrahmanirrahim
atau
atau
atau
atau
atau
atau
atau
Akhirnya, tamat juga menonton drama bersiri Korea yang benar-benar memberi tamparan hebat buat saya yang bergelar Ibu. Saya memang penggemar k-drama, tetapi sejak berumur kini (tapi masih muda), saya memilih untuk menonton drama yang benar-benar mengandungi pengajaran dan boleh memberi impak positif kepada diri saya sebagai penonton. Untuk k-drama yang bertajuk Sky Castle ini, it is highly recommended!
Sky Castle merupakan nama bandar swasta mewah yang didiami oleh doktor, profesor dan keturunan elit . Ia dibina oleh presiden pertama universiti Joo Nam, yang merupakan universiti terbaik di Korea. Kebanyakan penduduk adalah doktor dan profesor sekolah undang-undang di universiti. Drama ini menerangkan semua selok-belok bagaimana bangsawan membuat anak-anak mereka masuk ke universiti tertinggi. Ia adalah drama yang yang memaparkan keinginan materialistik ibu bapa kelas atas di Korea, yang bersungguh-sungguh untuk menjadikan anak-anak mereka mengikut kehendak ibu bapa yang mengejar nama, kuasa dan kedudukan tinggi.
Persoalannya, siapakah ibu yang wajar dijadikan contoh?
Persoalannya, siapakah ibu yang wajar dijadikan contoh?
Ibu Yong Jae yang membunuh diri selepas mengetahui kebenaran bahawa anaknya ingin membalas dendam kepada ibubapanya yang memaksanya untuk belajar bersungguh-sungguh dan menjadi doktor. Kebahagiaan yang dirasa apabila berita anaknya diterima masuk ke sebuah universiti bertaraf tinggi hanyalah sementara, kerana anaknya melarikan diri dan sengaja meninggalkan diari untuk ibunya tahu perasaanya selama ini.
atau
Ibu Yeh Suh yang menyembunyikan identiti diri dan sanggup membuat apa sahaja demi kejayaan anaknya tanpa mengambil kira kesan di sebalik tindakannya. Walaupun demikian, beliau adalah seorang ibu yang tidak mahu anak-anaknya mengalami kehidupan yang pernah dialaminya suatu ketika dahulu. Akhirnya beliau menyerahkan semua bukti dan mengambil keputusan untuk berubah apabila menyedari bahawa kejayaan anaknya hanya akan bernilai di atas usahanya sendiri tanpa menipu atau menindas orang lain.
atau
Ibu Soo Hoon yang sering bersandar kepada kejayaan orang lain, berbangga dengan kedudukan dan mementingkan kecantikan hartanya berbanding perasaan anaknya sendiri. Tetapi, dia juga yang bersikap empati kepada masyarakat di sekelilingnya, dan tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepada anaknya setelah anaknya cuba melarikan diri daripada rumah.
atau
Ibu Se Ri yang mempunyai ketegangan rumahtangga apabila mendapat tahu anaknya menipu diterima masuk ke Harvard, dan berselisih faham dengan suaminya yang hanya mementingkan gred dan kedudukan yang tinggi. Dia memperjuangkan bahawa perasaan anak untuk merasa gembira adalah kebahagiaan yang tiada tandingannya, dan berjaya mengubah pandangan negatif suaminya.
atau
Ibu Woo Joo yang menyayangi anak tirinya seperti anaknya sendiri dan memberi kebebasan untuk anaknya membuat pilihan sendiri, malah berjuang habis-habisan untuk menyelamatkan anaknya daripada tuduhan membunuh. Tekad untuk menyebarkan kebenaran sehingga dikhianati, tetapi bangkit semula di atas sokongan suaminya yang penyayang. Beliau juga menulis kisah yang berlaku di dalam Sky Castle supaya tidak berulang dan dijadikan pengajaran.
atau
Ibu Hye Na yang menyembunyikan rahsia sehingga ke akhir hayatnya apabila anaknya hanya mengetahui rahsia tersebut setelah ibunya meninggal dunia. Biarpun begitu, anaknya berbangga kerana mempunyai ibu sepertinya kerana kesusahan yang mereka hadapi sebenarnya menjadi sumber kekuatan untuk mereka meneruskan kehidupan.
atau
Ibu Kay yang ingin memindahkan penderitaan yang dialami kepada anak dan keluarga orang lain. Anaknya yang bijak telah berubah menjadi kurang upaya sebagai akibat daripada percubaannya untuk membunuh suaminya yang meminta cerai dan ingin hak penjagaan terhadap anak tersebut. Beliau juga merasakan bahawa orang lain perlu merasakan apa yang dirasa sehingga sanggup merosakkan banyak keluarga, dan akhirnya ditangkap atas semua jenayah yang dilakukannya.
atau
Ibu Kang Joo Soon yang tidak menyedari bahawa anaknya yang hampir mencecah umur 50 tahun tidak boleh membuat keputusan dan merasa kekosongan di dalam diri. Beliau masih lagi berada di takuk yang sama bahawa kedudukan dan kekuasaan adalah segalanya, sehinggalah kejadian yang menimpa anak dan cucu-cucunya membuka mata bahawa tindakanya adalah salah dan mementingkan diri sendiri.
Jawapan kepada persoalan di atas terletak pada penonton untuk mengambil pengajaran yang baik daripada k-drama ini. Kenapa watak ibu yang paling banyak diketengahkan? Ia bukan bermakna bapa tidak memainkan peranan dalam sesebuah keluarga. Tetapi ibu dilahirkan sebagai manusia yang sentiasa melebihkan anaknya berbanding dirinya sendiri.
Terpukul dengan kata-kata ini: "Mothers are the most selfish person in the world - Kim Joo Yong" bahawa betapa benarnya sikap mementingkan diri yang dimiliki oleh seseorang ibu bukanlah untuk diri mereka sendiri, tetapi untuk anak yang sangat disayangi. Tetapi sikap tersebut juga boleh membahayakan diri sendiri sekiranya tindakan yang diambil hanyalah akan menjadi sebuah penyesalan di akhir nanti. Sikap ini memerlukan rasional. sokongan keluarga dan juga kekuatan iman, hanya dengan ini, ibu mampu berfikir dengan baik sekiranya sesuatu terjadi kepada anak mereka.
Malah sebagai ibu, kata-kata ini benar-benar membuatkan saya berfikir dengan lebih mendalam: "Who cares whether they acknowledge you or not? I just want to be happy – Cha Se Ri" Anak-anak hanya mahu bahagia, gembira dan seronok dengan keluarga, bukanlah untuk dibanding-bandingkan atau dijulang atau dilemparkan pujian atau diberi kemewahan atau dipaksa melakukan sesuatu yang tidak disukai. Mereka punya suara yang perlu didengari dan dihormati. Tindakan yang anak-anak lakukan semuanya adalah hasil daripada didikan ibubapa. Benar bahawa iman dan ilmu tidak boleh diwarisi, tetapi sekurang-kurangnya ibubapa perlu berusaha untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak tanpa melakukan penindasan kepada orang lain.
"They (children) are not some tools that can fix your (a parent's) inferiority complex. They are not sandbags that you can use to vent your anger - No Seung Hye" Sangat benar! Anak bukan tempat untuk melepaskan kemarahan, bukan juga tempat untuk menutup kelemahan seseorang ibu atau pun bapa. Mereka adalah amanah dan tanggungjawab. Sayang untuk disayangi. Hormat untuk dihormati. Biarpun anak-anak masih kecil, mereka mempunyai hak untuk dihormati dan disayangi.
"They (children) are not some tools that can fix your (a parent's) inferiority complex. They are not sandbags that you can use to vent your anger - No Seung Hye" Sangat benar! Anak bukan tempat untuk melepaskan kemarahan, bukan juga tempat untuk menutup kelemahan seseorang ibu atau pun bapa. Mereka adalah amanah dan tanggungjawab. Sayang untuk disayangi. Hormat untuk dihormati. Biarpun anak-anak masih kecil, mereka mempunyai hak untuk dihormati dan disayangi.
Di akhir episod, "The greater your suffering, the greater your enlightenment - Hwang Woo Joo" Kata-kata ini tersimpul sebuah kebenaran bahawa dengan kegelapan barulah kita menghargai cahaya, dengan kesusahan barulah kita menikmati erti kesenangan, dan dengan penderitaan barulah kita mengenal sebuah kebahagiaan.
Saya akhiri dengan sedutan video di bawah dengan lirik lagu tema drama ini untuk direnungkan bersama.
We all lie.
tell you the truths
sometimes we laugh and easily lie.
Alright. it’s a.. it’s faker
Shout it out.
What you want for the world
Money, Honor, Beauty
Everything you want
Play with a mask to hide the truth
People cheat each other. right?
Is this really true?
No comments:
Post a Comment