Aromanya segar. Hitamnya pekat. Tulisannya menyengat..
Mengenali KOPI dari laman sesawang Twitter buat saya gelisah selagi tidak menghidu baunya serta menghadam rasanya. Entah hormon apa yang tegar membawa saya ke pelancaran KOPI dan tayangan tiga filem pendek adaptasi dari KOPI, di Annexe Galery, Pasar Seni pada 24 Mac yang lalu. Lantas medapatkan tiga naskah buku, juga secawan kopi cinta bersama Cinta.
Seperti kata Huda di dalam ulasannya (baca SINI), walaupun kopi sering menjadi pilihan tapi bukan semua kisah KOPI menambat hati. Menggabungkan 19 Antologi cerpen, buat saya sesak nafas ketika menjamahnya satu persatu..
KOPI 3 RASA : Shaz Johar
KOPI 3 RASA : Shaz Johar
Saya membacanya dengan menonton filpennya sebelum cerpennya. Tapi seperti biasa, tidak semua yang dilihat sama dengan yang ditulis. '3 Rasa' yang ingin diketengahkan hanya boleh difahami dengan rasa yang bisa buat badan jadi binasa jika turutkan nafsu semata-mata.
BERSAKSI KOPI : Dayang Noor
Kopi jadi saksi. Dari berpuluh wanita, satu yang dipilih. Kopi jadi saksi. Cinta yang diluah, ditolak mentah-mentah. Kopi jadi saksi. Mendengar tidak sama dengan yang meluah. Kopi jadi saksi..
KOPI KOLA : Nadia Khan
Kisah ini buat saya senyum sendirian kerana bakal Imam saya tidak gemarkan kopi seperti si gadis yang digelar 'KOLA' oleh jejaka yang menggelarkan dirinya 'KOPI'. Berjaya membuatkan saya ternanti-nanti penamatnya, dan mengerti letihnya sebuah penantian. Cinta pertama akan sentiasa hidup, seperti kopi yang tak pernah mati.
KOPI, DONAT DAN BAYANG GADIS BERAMBUT HIJAU : Adib Zaini
Sila jangan tertipu dengan si gadis berambut hijau di dalam kisah ini. Kejap, kenapa hijau??
CINTA KOPI : Gina Yap Lai Yoong
Mustahil tapi cerita ini unik.. Cinta memang pelik. Apa lagi kopi yang menyatukan cinta dua hati. Siapa sebenarnya 'Elena' tidak perlu menjadi masalah, kerna semangatnya seperti kopi yang tidak putus asa menjadi motivasi.
LUWAK DAN KRETEK : Ridhwan Saidi
Maaf ingin mengatakan kisah ini berunsur promosi diri dan Fixi. Tapi ada benarnya bahawa kopi tidak pernah lari dari dunia sang penulis (bukan sang musang). Sesedap mana pun si Luwak, perlu lihat hukum-hakamnya. Terbaik mana pun si Luwak, hanya segelintir saja yang sudi meneguk tahi.
KOPI PERCIK : Amal Hamsan
Kisah ini juga difilem-pendekkan. Ketika menonton, ia berjaya buat saya ternanti-nanti kesudahannya. Tidak sama ketika membaca, yang buat saya mahu lekas menukar ke muka surat berikutnya.
KAU KOPIKOKU : Dheepan Pranthaman
Cerita ini agak kreatif. Malah saya menyedari bahawa ini kali pertama membaca cerpen Melayu yang dikaryakan penulis berbangsa India. Tapi saya agak pelik, jika Devan dan Arissa menduduki UPSR pada tahun 1998, tapi kenapa Devan sudah bekerja di Maybank pada tahun 2010, dan Arissa sudah berumahtangga dan menjadi ibu pada tahun 2011?? Tiga dan empat tahun jarak membuat saya terpinga-pinga ganjil, lantas teringat Kopiko kosong di dalam beg, yang mulai didatangi semut halus..
KOPI JANTAN KAW : Nik Adam Ahmad
Cerita bergambar. Nasib manusia memang berbeza-beza. Tidak semua susah dahulu kemudian senang, dan tidak semua senang dahulu kemudian susah. Hidup memang untuk memberi. Tapi jika sudah memberi, usah sedih apa yang diberi, usah menyesali, walau apa yang diberi tidak dihargai, tidak direstui Ilahi..
CETHU : Nabila Najwa
Kopi Jos. Keretek. Rokok. Chetu. Nyetu. Menjadi satu....
BARISTA CINTA : Shafaza Zara Syed Yusof
Ada aroma tersendiri. Cuma kesal kerana imej 'Imam Muda' di dalamnya rosak kerana 'gila'kan kopi untuk kepuasan nafsu yang sama gila.
HARI INDITIH : Asyraf Bakti
Sila baca dengan Iman, bukan dengan nafsu. Tamat.
MALAM, DI MEJA TEMPAT KAU TERLENTOK : Hafiz Hamzah
Walaupun kurang faham, tapi ia bagai sebuah realiti. Luahan dari hati. Kisah pelbagi kopi; Davidoff Grande Cuvee, Kopi Vietnam dan Kopi Doi Chang.
RITUAL : Luc Abdullah
Terkesima. Cinta adik beradik. Kisah sebuah dosa yang membuahkan dosa.
TANGAN BERULAT : Fadli Al-Akiti
Kisah 'Edward Cullen'Melayu yang meneguk darah isteri dan anaknya, sambil minum kopi...
VENTI : Redza Minhat
Bak kata penulisnya pada hari pelancaran KOPI, "siapa yang tak faham, sila buat-buat faham". Makanya saya juga buat-buat faham..
KOPI JULIA : Faizal Sulaiman
Julia. Rashad. Ikram. Tiara. Hanyalah watak semata-mata. Harap ia bukan kenyataan yang menyakitkan.
SECANGKIR KOPI BERSAMA DIA : Syaihan Syafiq
Ini rupanya cerita yang menjadi filpen ketiga pada hari pelancaran KOPI. Ketika menonton, saya kurang faham. Ketika membaca, faham menerjah sedikit demi sedikit. Kisah cinta terlarang yang sudah terbongkar. Bukan sahaja berakhir dengan virus dosa, tapi virus yang tiada ubatnya..
KOPI MIMPI : Raja Faisal
Semuanya mimpi, hanya kerana mencari setin kopi..
**Jom minum air masak ^^
BERSAKSI KOPI : Dayang Noor
Kopi jadi saksi. Dari berpuluh wanita, satu yang dipilih. Kopi jadi saksi. Cinta yang diluah, ditolak mentah-mentah. Kopi jadi saksi. Mendengar tidak sama dengan yang meluah. Kopi jadi saksi..
KOPI KOLA : Nadia Khan
Kisah ini buat saya senyum sendirian kerana bakal Imam saya tidak gemarkan kopi seperti si gadis yang digelar 'KOLA' oleh jejaka yang menggelarkan dirinya 'KOPI'. Berjaya membuatkan saya ternanti-nanti penamatnya, dan mengerti letihnya sebuah penantian. Cinta pertama akan sentiasa hidup, seperti kopi yang tak pernah mati.
KOPI, DONAT DAN BAYANG GADIS BERAMBUT HIJAU : Adib Zaini
Sila jangan tertipu dengan si gadis berambut hijau di dalam kisah ini. Kejap, kenapa hijau??
CINTA KOPI : Gina Yap Lai Yoong
Mustahil tapi cerita ini unik.. Cinta memang pelik. Apa lagi kopi yang menyatukan cinta dua hati. Siapa sebenarnya 'Elena' tidak perlu menjadi masalah, kerna semangatnya seperti kopi yang tidak putus asa menjadi motivasi.
LUWAK DAN KRETEK : Ridhwan Saidi
Maaf ingin mengatakan kisah ini berunsur promosi diri dan Fixi. Tapi ada benarnya bahawa kopi tidak pernah lari dari dunia sang penulis (
KOPI PERCIK : Amal Hamsan
Kisah ini juga difilem-pendekkan. Ketika menonton, ia berjaya buat saya ternanti-nanti kesudahannya. Tidak sama ketika membaca, yang buat saya mahu lekas menukar ke muka surat berikutnya.
KAU KOPIKOKU : Dheepan Pranthaman
Cerita ini agak kreatif. Malah saya menyedari bahawa ini kali pertama membaca cerpen Melayu yang dikaryakan penulis berbangsa India. Tapi saya agak pelik, jika Devan dan Arissa menduduki UPSR pada tahun 1998, tapi kenapa Devan sudah bekerja di Maybank pada tahun 2010, dan Arissa sudah berumahtangga dan menjadi ibu pada tahun 2011?? Tiga dan empat tahun jarak membuat saya terpinga-pinga ganjil, lantas teringat Kopiko kosong di dalam beg, yang mulai didatangi semut halus..
KOPI JANTAN KAW : Nik Adam Ahmad
Cerita bergambar. Nasib manusia memang berbeza-beza. Tidak semua susah dahulu kemudian senang, dan tidak semua senang dahulu kemudian susah. Hidup memang untuk memberi. Tapi jika sudah memberi, usah sedih apa yang diberi, usah menyesali, walau apa yang diberi tidak dihargai, tidak direstui Ilahi..
CETHU : Nabila Najwa
Kopi Jos. Keretek. Rokok. Chetu. Nyetu. Menjadi satu....
BARISTA CINTA : Shafaza Zara Syed Yusof
Ada aroma tersendiri. Cuma kesal kerana imej 'Imam Muda' di dalamnya rosak kerana 'gila'kan kopi untuk kepuasan nafsu yang sama gila.
HARI INDITIH : Asyraf Bakti
Sila baca dengan Iman, bukan dengan nafsu. Tamat.
MALAM, DI MEJA TEMPAT KAU TERLENTOK : Hafiz Hamzah
Walaupun kurang faham, tapi ia bagai sebuah realiti. Luahan dari hati. Kisah pelbagi kopi; Davidoff Grande Cuvee, Kopi Vietnam dan Kopi Doi Chang.
RITUAL : Luc Abdullah
Terkesima. Cinta adik beradik. Kisah sebuah dosa yang membuahkan dosa.
TANGAN BERULAT : Fadli Al-Akiti
Kisah 'Edward Cullen'
VENTI : Redza Minhat
Bak kata penulisnya pada hari pelancaran KOPI, "siapa yang tak faham, sila buat-buat faham". Makanya saya juga buat-buat faham..
KOPI JULIA : Faizal Sulaiman
Julia. Rashad. Ikram. Tiara. Hanyalah watak semata-mata. Harap ia bukan kenyataan yang menyakitkan.
SECANGKIR KOPI BERSAMA DIA : Syaihan Syafiq
Ini rupanya cerita yang menjadi filpen ketiga pada hari pelancaran KOPI. Ketika menonton, saya kurang faham. Ketika membaca, faham menerjah sedikit demi sedikit. Kisah cinta terlarang yang sudah terbongkar. Bukan sahaja berakhir dengan virus dosa, tapi virus yang tiada ubatnya..
KOPI MIMPI : Raja Faisal
Semuanya mimpi, hanya kerana mencari setin kopi..
**Jom minum air masak ^^
No comments:
Post a Comment