Saturday 13 November 2010

Puitis Puisi


Perkongsian Malam Puisi Riong, 12 November 2010, anjuran Berita Harian dan Institut Terjemahan Negara Malaysia. Laporan Berita Harian di SINI.

Ini pertama kali saya hadiri Majlis Puisi di mana pelbagai tokoh hadir untuk mendeklamasikan puisi karya masing-masing. Tema kali ini adalah ilmu dan kreativiti. Ada dua tokoh yang saya nantikan persembahannya iaitu Ustaz Zawawi (Pensyarah saya ketika di Pusat Matrikulasi UIA) dan juga Encik Khair Ngadiron (Bekas dean UIA dan kini CEO ITNM), tak lupa juga persembahan Ana Rafali dengan gitarnya. Oh ya, saya juga terpegun dengan pengacaraan indah Fedtri Yahya.

Ustaz Zawawi Jusoh

Anna Rafali

Kenapa saya hadir? Bukan kerana hiburan tapi kesenian dalam menghayati bait-bait puisi sastera Melayu. Mungkin ramai yang mengatakan sesiapa sahaja boleh menulis puisi, tapi tak semua puisi boleh meninggalkan kesan di dalam hati. Hanya penggunaan kata-kata indah yang mendalam maksudnya sahaja boleh menusuk hingga ke kalbu.

Puisi memang selalu dikaitkan dengan cinta, tapi secara tidak langsungnya boleh menjadi medan dakwah dan perkongsian sejarah. Penyebaran ilmu secara langsungnya diambil kira kerana puisi berkualiti memerlukan kritis dan kreativiti.

Sempat juga saya mencoretkan sebuah puisi di malam tersebut, sekadar coretan kerdil..

Tatkala gelita bersuara
bintang mengiringi cahaya,
Tatkala rimbunan menutupi
akar menjadi paksi,
Tatkala akal terumbang-ambing
hati bisa membimbing,
Tatkala hilang tempat berpauh
Tuhan tak pernah jauh..

Salam Madah Pujangga,

Saadah Khair.

No comments:

Post a Comment