Alhamdulillah, pertemuan ini berjalan seperti mana yang kami ikrarkan Ramadan lepas. Walau kurang seorang, tapi juga ditambah seorang kawan baru. Kak Sham, Fatimah, Munirah, Wiyah dan saya berbuka bersama pada 19 Ramadan. Sayangnya, Hafizah jaun nun di bumi Kelantan.
Dek kemalasan Mun yang tidak mahu berbuka di luar menimbulkan kerajinan dia untuk memasak. Bukan Mun sahaja yang masak, saya juga turut memasak. Hasilnya seperti di dalam gambar di bawah..hehe..
Satu harapan saya kali ini ialah supaya tradisi Ramadan ini berterusan walau pun Fatimah bakal menjadi isteri akhir tahun ini. Doa saya agar kalian terus berjaya dunia akhirat dan berharap agar Siyam, Soat dan amalan kita semua diterima olehNYA. Semoga ukhwah ini terus mekar dengan mendapat keredhaan Ilahi...
Salam Ukhwah fillah..
No comments:
Post a Comment