Wednesday, 28 December 2011

Wordless Wednesday #6

Books shopping to end 2011 and to welcome 2012

**Are we ready to meet a new year with new mission?

Tuesday, 20 December 2011

Takziah!

17.12.2011

Salam Takziah kepada keluarga abang sulung yang ditimpa musibah. Doa dari jauh dititip buat semua ahli keluarga yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Semoga satu-satunya abang yang saya ada itu tabah dan kuat menjalani detik-detik yang mendatang.

Bukankah Tuhan mengulang dua kali ayat yang berbunyi "Setiap selepas kesusahan ada kesenangan, dan setiap kesusahan ada kesenangannya" di dalam Surah al-Insyirah.. 

Abang Zul sekeluarga di London pada tahun 2004. Kakyun bertudung putih.
Foto diambil dari BLOG kakyun.

Cuma yang dirisaukan adalah kondisi anak saudara sulung yang bernama Khairunnisa. Keadaan agak kritikal di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Masih teringat sewaktu kelahiran cucu pertama emak dan ayah ini, ia sangat memberi cahaya kegembiraan buat kami sekeluarga. Pandai mengambil hati orang lain, bijak, cantik, cukup pakej. Tingginya saja sudah mengalahkan makciknya ini. Moga Allah memberi kekuatan mental dan fizikal kepada kak yun. Semoga Kak yun terus tabah dan sabar. Sedih benar melihat teman-teman di FBnya yang tidak putus-putus memberi kata semangat, yang menunjukkan juga kak yun mempunyai hubungan baik dengan rakan-rakan sekolahnya..

Get well soon dear! Love you a lots~

Salam Takziah juga buat seorang teman lama. Pernah bersekolah sama, dan melanjutkan di universiti yang sama. Kini beliau sedang menyambung Sarjana di UPM. Takziah di atas pemergian ayah beliau juga ayah mertua beliau pada bulan yang sama. Ayah mertua beliau menghembuskan nafas terakhir seminggu sebelum majlis pernikahannya, manakala ayah beliau pula berjumpa Ilahi beberapa minggu setelah dia bergelar isteri. Turut merasa kesedihannya kerana pernah berjumpa dengan Arwah ayahnya. Sangat baik. Nasihatnya sering menyusuk jiwa kerana kata-katanya jujur dari hati. Semoga Allah memberi kekuatan kepada beliau untuk tabah meneruskan kehidupan. Ada hikmah yang sangat besar apabila Allah mengurniakan suami kepadanya setelah pemergian kedua Ayahnya yang tersayang, akan tetapi kasih Ayah tetap tidak berbelah bagi....

Love you ANis~

**Bersediakah kita dengan kehilangan orang tersayang??

Wednesday, 14 December 2011

Wordless Wednesday #5

Must learn how to bake a CAKE!
Photo from Google

Tuesday, 13 December 2011

Negeri Utara

Edisi Jelajah Negeri Utara selama dua hari tiga malam, 9-11 Disember 2011.

Perjalanan bermula dari Nilai - Gombak - Padang Serai - Penang - Changlun - Kuala Perlis - Gombak - Nilai. Penat yang memuaskan. Sekalung penghargaan ditujukan kepada Kak Ummi Haryati dan suaminya Ali serta anak kecilnya Hannah kerana sudi menumpangkan saya dan Fadelah untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Kak Syifa di Padang Serai, Kedah. Ya, memang jauh. Perjalanan ini diadakan bagi mengenang persahabatan yang terjalin di antara kami yang bermula di Taman Ilmu dan Budi, untuk melepaskan rindu pada teman-teman yang masing2 sudah hampir dua tahun tidak bersua muka.

Barakaallahulakum wa Baraka'alaikum wa jama'a bainakuma filkhayr

Ini bukan kali pertama saya melangkah kaki ke Negeri Utara, tapi ini kali pertama saya menaiki kereta bersama kawan-kawan dan merasai betapa jauhnya utara, betapa hijaunya sawah bendang dan betapa gembiranya hati..


Jikalau dulu saya sangat teruja melihat sawah walaupun sudah dibakar, saya semakin teruja melihat warna hijau padi yang terbentang luas, dihiasai burung-burung putih yang bebas berterbangan. Jikalau dulu saya sekadar gembira melihat perbezaan kehidupan budaya orang utara, kini saya agak gerun kerana saya bakal menjadi orang utara!

Walau berbeza arah, utara atau pun selatan.. Kita semuanya sama. Manusia yang sama, mati akan dikapankan oleh kain putih yang sama, ditanam dengan cara yang sama - Ini adalah dialog Ayah Dhia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, Nasihat ayah kepada anak perempuan yang telah berkahwin, tambahnya lagi "Taat kepada Zikir, Dhia!". Ah! Pengaruh Dhia memang hebat! hehe..

Ada apa ek di Selatan untuk membuat hati orang Utara berbunga-bunga melihat Selatan??

Berfikir jauhh....

Wednesday, 7 December 2011

Hadith: Ilmu


Rasulullah SAW telah bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَطْلُبُ فِيهِ عِلْمًا سَلَكَ اللَّهُ بِهِ طَرِيقًا مِنْ طُرُقِ الْجَنَّةِ وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ

وَإِنَّ الْعَالِمَ لَيَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ وَالْحِيتَانُ فِي جَوْفِ الْمَاءِ 

وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ

وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

Barangsiapa meniti satu jalan untuk mencari ilmu, niscaya –dengan hal itu- Allah jalankan dia di atas jalan di antara jalan-jalan syurga. Dan sesungguhnya para malaikat membentangkan sayap-sayap mereka kerana ridha terhadap tolibul ilmi (pencari ilmu). 
Dan sesungguhnya seorang ‘alim itu dimintakan ampun oleh siapa saja yang ada di langit dan di bumi, dan oleh ikan-ikan di dalam air. 
Dan sesungguhnya keutamaan seorang ‘alim atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan purnama daripada seluruh bintang-bintang. 
Dan sesungguhnya para ulama itu pewaris para Nabi. Para Nabi itu tidak mewariskan dinar dan dirham, tetapi mewariskan ilmu. Baramngsiapa yang mengambilnya maka dia telah mengambil bagian yang banyak.  

[HR. Abu Dawud no:3641; Tirmidzi no:3641; Ibnu Majah no: 223; Ahmad 4/196; Darimi no: 1/98. Dihasankan Syeikh Salim Al-Hilali di dalam Bahjatun Nazhirin 2/470, hadits no: 1388]

Catatan SLAB


Dua minggu berkursus SLAB benar-benar mengkocakkan minda dan jiwa. Kini, barulah saya mampu mencoret sedikit catatan untuk saya kenang dan boleh diimbas semula oleh anak-anak saya nanti (cewahh).

Kursus Metodologi Penyelidikan Bagi Staf Bakal Bercuti Belajar atau lebih dikenali sebagai SLAB telah diadakan selama dua minggu pada 14-22 November 2011 di Nilai Springs Resort Hotel, Nilai, N.Sembilan. Alhamdulillah perancangan sudah dibuat awal untuk menghadiri kursus ini terutama mengganti kelas-kelas tutorial para pelajar dan penyediaan tajuk serta proposal ringkas.

Syukur kerana menghadiri kursus ini bagi membuat persediaan awal fizikal dan mental untuk menyambung belajar ke arah yang lebih tinggi. Syukur juga kerana bertemu dengan ramai ilmuwan yang tidak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman terutama kepada generasi muda. Syukur juga kerana bertemu ramai kenalan baru dari pelbagai latar belakang yang membolehkan kami bertukar-tukar pendapat dan cerita yang berbeza. Syukur sangat kerana peluang ini adalah hadiah dari Tuhan!

Agak sukar jika dikongsikan setiap slot yang berharga di dalam ruangan yang sempit di sini. Tapi ingin saya simpulkan beberapa perkara yang perlu menjadi peringatan buat diri saya.

Pertama. BACA, BACA, BACA dan BACA. Perkataan ini diulang-ulang oleh hampir semua penceramah ketika kursus. Walaupun memang baca adalah kegemaran saya, baca yang dimaksudkan oleh prof-prof terbabit perlu disertakan bersama ANALISIS dan CATATAN IDEA. Baca mungkin adalah perkara mudah yang boleh dilakukan semua pelajar, tapi membaca akan lebih bermanfaat apabila bahan bacaan dianalisa, dikaji dan dikritik secara sihat, dan perlu membuat penulisan peribadi agar apa yang difikirkan tertulis di atas kertas.

Kedua. CATAT! Prof. Zaiton ada berpesan pada hari ketiga, "If you have any idea, jot it down! As long as the idea is not written, it will be not accepted", sama juga disarankan oleh Prof. Rosalina, "Write anything from your mind in the beginning of your study till the end.." Bukankah sama juga dengan pesanan Ulama;  "قيدوا بالكتابة"

Ketiga. Usah terlalu memberi tumpuan sepenuhnya kepada belajar sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lain. Ini adalah peringatan yang sangat penting. Saya sangat tertarik dengan pesana Prof. Madya Dr. Saedah, dia berkata "Do not only focus on horizontal  relationship (with human being), and do not ever forget on Vertical relationship (with God)", malah pesanan demi pesanan diingatkan agar usah pernah lupa pada tanggungjawab sebagai anak, isteri, suami, kakak, abang, emak atau pun ayah ketika bertungkus lumus menyiapkan phD. Mereka adalah sumber inspirasi kejayaan. Kejayaan kita tidak mungkin bernilai tanpa sokongan dari ahli keluarga.

Keempat. Masa.  Bijaklah mengurus dan memanfaatkan masa. Belajarlah untuk multi-tasking bagi memudahkan urusan dan menjimatkan masa. Kerja memang tidak akan habis, tapi kita lah yang harus bijak menghabiskan kerja dengan kadar yang sepatutnya. Menguruskan masa perlu diiringi dengan disiplin diri yang tinggi.

Kelima. Belajar untuk dikritik! Kebanyakan orang yang berjaya pasti akan berhadapan dengan pelbagai cabaran sama ada idea ditolak mentah-mentah, proposal dibuang tanpa dibaca, hujah dikritik habis-habisan. Oleh itu, sentiasa berfikiran positif supaya kritikan tersebut boleh membina daya usaha yang tinggi dan yakin bahawa setiap usaha akan dinilai dan kemudian Insyaallah akan berjaya.

Keenam. Berkongsi. Kongsilah ilmu dengan ramai orang. Minta pendapat dan pandangan orang lain bukan sahaja dari bidang yang sama, tapi dari pelbagai bidang. Ilmu Allah sangat luas. Cendekiawan juga sangat ramai. Melakukan kerja seorang diri selalunya hanya akan menambah beban di minda, berbanding dengan berkongsi dan meminta pendapat orang lain. Kadang-kadang, orang yang tidak disangka mampu memberi pandangan yang baik walaupun hanya sedikit.

Ketujuh. Passion and Patience. Minat dan Sabar. Melakukan sesuatu kerja tanpa minat hanya akan menghasilkan kerja yang sia-sia. Berminat tapi tidak sabar juga hanya akan menghasilkan kerja yang tidak berkualiti. Kedua-dua perkara ini harus ditanam dahulu sebelum melangkah ke alam PhD. Jika tiada minat, berhentilah sekarang, jika tidak mampu bersabar, masih punya waktu untuk anda menukar bidang.

Walaupun hanya tujuh perkongsian, ia sarat dengan pesanan dan peringatan buat diri saya dan kawan-kawan yang bakal menyambung belajar. Bak kata Dr. Rusydan: "When you start, you'll have to finish it! Don't turn back!"

Akhir kalam, ikhlaskan niat untuk belajar kerana Allah, kerana niat utama ini akan membantu dalam mendapat tujuan-tujuan yang lain. Jika niat utama adalah hanya untuk mendapatkan gelaran dan pangkat, ya mungkin kalian akan dapat, tapi kalian pasti kecewa kerana gelaran dan pangkat itu hanyalah sementara di dunia kerana Rahmat Tuhan adalah penting di dunia dan terutama di akhirat kelak.

"Begin with an end in mind"


بالتوفيق والنجاح