Kelahiran Satu
Allahumma Solli Ala Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi ajma'ain. Februari 2012 selari dengan bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad. Bulan inilah beliau dilahirkan, diberikan wahyu, malah pemergiannya juga pada Rabi'ulawal. Seluruh dunia mengangumi keperibadian beliau. Seperti tahun-tahun sebelumnya, hukum menyambut Mawlid Rasul dibincangkan dengan pelbagai hujah. Bagi saya, hukum itu tidak akan menjadi masalah jika Sunnah Nabi menjadi teras kehidupan, Sifat Nabi menjadi contoh terbaik yang membentuk peribadi. Ayuh berselawat ~
Kelahiran Dua
Awal Februari tempoh hari, Rumah 77 berkumpul mendoakan panjang umur bagi ahli keluarga yang menyambut kelahiran di bulan selepas Januari. Ayah tahun ini sudah mencecah 73. Sepuluh tahun bonus yang Tuhan beri selepas 63 tahun, umur wafatnya Nabi. Dan saya penuh mengharapkan agar Ayah terus dikurniakan umur yang berkat, hidup yang sihat serta iman yang kuat. Abang Zul juga sudah menjangkau 43, manakala Fadwah riang menjejaki Sekolah Rendah pada umur 7 tahun. Semoga Allah tidak putus-putus melimpahkan rahmat ke atas kalian dan kami semua.
Kelahiran Tiga
Kisah ini benar-benar menyentuh hati. Memang Tuhan itu Maha Pengatur, Maha Tahu segalanya. Selepas kematian memang pasti ada kelahiran. Begitulah kisah Nur Saadah, rakan ketika kecil di Taman Gembira. Anak yang dikandung sembilan bulan lahir sehari selepas kepulangan suaminya bertemu Ilahi, pergi tak kembali. Berat mata saya memandang, pasti berat lagi bahu yang memikul. Doa saya tidak putus agar Saadah pasti menemui 'Saadah' yang baru, kebahagiaan yang baru. Semoga beliau terus tabah.
Kelahiran Empat
Tahniah buat bekas teman sebilik di Taman Melati. Belum mencecah usia setahun perkahwinan, Dayah sudah dikurniakan cahaya mata pertama (berkat bunting pelamin). Sungguh! Saya nampak riang di wajahnya. Kata Dayah: "Lepas ni rasa macam mahu anak lagi" Kerana sakit yang dirasa ketika melahirkan terus lega apabila menatap wajah si kecil yang dikandungkan sembilan bulan. Hati bahagia melihat teman-teman bahagia.. :)
Nur Hana Sofea, lahir 16 Februari 2012
**Saya lahir hari Khamis ^^
No comments:
Post a Comment