Tuesday, 21 February 2012

Peduli Syria


Syria...

Negara ini pernah saya senaraikan secara peribadi sebagai tempat menuntut ilmu. Pengalaman rakan-rakan yang pernah menuntut ilmu di sana sangat mengujakan. Malah pernah turun padang menemani sepupu dari Singapura yang memohon visa di kedutaan Syria, Jalan Uthant.

Sedang Malaysia asyik dengan perjuangan pilihanraya, Syria berjuang dengan darah dan semangat. Lama saya berdiam diri untuk tidak menyentuh medan revolusi di Timur Tengah, tapi kali ini Basyar al-Asad sudah melebihi batasan! Secara kasarnya, sangat melampau!

Kenyataan ulama' terkenal Syria, Syeikh Muhammad Abul Huda al-Ya'qubi yang menyeru kebangkitan rakyat menentang kezaliman rejin Basyar:

 Wahai rakyat Syria! Sesungguhnya rejim telah melakukan penyembelihan terbaru setiap hari di Homs dan di tempat-tempat lain yang dikepung, maka sudah sampai masanya untuk tidak harus kita duduk berdiam diri. Demikian itu kerana wajib kita membantu golongan yang lemah, mengharamkan mereka dari meneruskan pembunuhan, mempertahankan hak manusia. Ini kerana rejim hari ini sudah hilang kelayakan memerintah, maka kami mengeluarkan fatwa bahawa wajib bagi kita memikul senjata dan meniup semboyan bagi menghapuskan mereka yang membunuh secara berluluasa demi menyelamatkan nyawa-nyawa lelaki dan wanita, kanak-kanak dan warga tua di Homs, Zabdani, Dir Zur, Lazaqiyah, pinggir Halab dan semua bandar-bandar Syria. Ramai penduduk yang sudah disembelih, rumah-rumah dimusnahkan dan manusia yang dibunuh oleh skuad penembak. Oleh itu, kami mengeluarkan fatawa bahawa:


Pertama: Wajib bagi tentera dan polis rejim keluar dan menyelamatkan diri


Kedua: Wajib bagi pasukan tentera simpanan untuk menyertai tentera yang berpaling tadah dan tidak boleh bagi mereka menyertai tentera rejim. Wajib bagi rakyat memberikan bantuan sedaya mungkin kepada pasukan tentera yang berpaling tadah ini dari sudut perlindungan dan apa jua bantuan.


Ketiga: Wajib bagi para peniaga dan usahawan mengumpulkan sumbangan kewangan bagi membantu daerah yang dikepung.


Keempat: Wajib bagi para ulamak dan khatib menyeru kepada kebangkitan selain mendirikan solat ghaib untuk roh mereka yang terkorban.


Kelima: Kami menyeru kepada penduduk Damsyik dan Halab menyertai kebangkitan ini


Keenam: Kami menyeru kepada para pegawai tinggi kerajaan, ahli-ahli politik dan pegawai diplomatik kerajaan untuk keluar dari pentadbiran rejim


Populasi masyarakat di Syria adalah 74% Sunni, 12% Syiah Alawi, 9% Kristian dan 3% Druze. Dan pemerintahnya bergegang teguh kepada Syiah Alawi. Ini sudah jelas menunjukkan bahawa Syiah sangat berbahaya dan jauh tersasar daripada pegangan ahlussunah waljama'ah, malah lebih bahaya lagi jika Syiah dipilih menjadi pemimpin! Sila baca Apa sebenarnya yang berlaku di Syria??

DOA~ dan terus berdoa...

Bukankah Allah telah berfirman “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawablah, bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah:186).
Uwais al Qarni berkata: "Doa kepada sahabat semasa ketiadaannya lebih baik dari menziarahi mereka kerana dalam ziarah itu mungkin timbul riya'."

Kempen selamatkan Syria boleh bermula dari individu itu sendiri, bergabung dengan masyarakat Muslim di atasa dasar persaudaraan dan keimanan, serta dapatkan juga kerjasama daripada masyarakat bukan Muslim dengan dasar nilai kemanusian.

Sila lihat SINI, SINI dan SINI untuk perkembangan Syria dari semasa ke semasa..

Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment