Thursday, 9 February 2012

Tips Komunikasi Berpengaruh & Berkesan

Entri ini adalah sesi perkongsian setelah menghadiri sebuah bengkel pada 26 Januari 2012 di Bilik Seminar, Perpustakaan USIM. Tajuk entri ini juga adalah singkatan kepada nama bengkel yang agak panjang iaitu: Bengkel Komunikasi Berpengaruh (Tip Tingkatkan Penyampaian dan Motivasi Dalam Kuliah).

Peserta yang hadir kesemuanya adalah staf akademik USIM dari pelbagai fakulti dan latar belakang yang berbeza. Dan saya pasti setiap yang hadir mempunyai tujuan yang tersendiri termasuk saya, tapi tidak lari jauh daripada tujuan untuk menjadi seorang pendidik yang memberi pengaruh positif kepada insan yang lain.

Fasilitator bengkel didatangkan khas daripada Asas Insan Resources & Training. Beliau adalah Tuan M. K. Fuad Hj Che Abd. Razak atau lebih gemar dikenali sebagai Che E. Komentar jujur daripada saya yang beliau sangat kreatif dalam memulakan sesi pertamanya. Dan sememangnya para pensyarah dan tutor juga perlu menghadiri program sebegini agar diberi suntikan dan semangat agar semakin bermotivasi dan menjadi contoh yang baik kepada para pelajar.


Saya tidak mahu mencoret panjang, cukup lah berkongsi beberapa tips yang dikongsikan oleh Che E. Terdapat TIGA tips utama yang beliau ringkaskan daripada tulisan Leil Lowndes yang berjudul "How to Talk to Anyone: 92 Little Tricks for Big Success in Relationships". Tips tersebut adalah seperti berikut:

Tips Satu:
Terima sesiapa sahaja (khasnya pelajar) tanpa syarat. Terimalah mereka seadanya tanpa meletakan high expectation dan menganggap kesemua di antara mereka penting tanpa membezakan satu di antara yang lain.

Che E juga mencadangkan agar membaca buku "How to Win Friends & Influence People" tulisan Dale Carnegie untuk mengetahui cara yang baik berkomunikasi dengan kawan dan sesiapa sahaja.

Tips Dua:
Cakap bahasa mereka yang mereka fahami. Bahasa di sini bersifat umum samada jenis bahasa atau cara percakapan orang tua dan orang muda yang berbeza-beza. tapi Che E mengambil pendekatan untuk mengetahui seseorang itu adalah dominan kepada otak kiri atau otak kanan untuk memudahkan komunikasi.

Ini adalah info yang baru buat saya. Setiap daripada kita mempunyai pemikiran yang berbeza-beza. 10 orang akan membuat andaian yang berbeza-beza terhadap satu gambar atau peristiwa. Oleh itu, dengan mengetahui kecenderungan sesorang itu otak kiri atau otak kanan adalah sangat membantu dalam penyampaian yang berkesan.

Tips Tiga:
Sampaikan apa yang mereka mahu dengar. Usah sampaikan apa yang mereka tidak berminat untuk tahu. Oleh yang demikian, haruslah menimbulkan perasaan ingin tahu (curiosity) di dalam diri sasaran. Paparan yang dipamerkan haruslah ringkas agar sasaran menumpukan perhatian kepada pensyarah.

Saya juga tertarik apabila Che E menyatakan bahawa emosi adalah sumber daya terkuat yang kita miliki yang mampu menghubungkan kita dengan orang lain. Emosi di sini berbentuk perasaan positif ataupun negatif yang bisa memberikan kesan samada positif atau negatif.

Selain dari Tiga Tips di atas, ada tips lain yang sangat saya suka.. :)

Tips tersebut ialah bagaimana memanfaatkan 10 saat pertama untuk menunjukkan kebolehan diri di hadapan orang awam. Tips ini saya ringkaskan dengan gelaran SSO.

S - Smile. Apabila masuk ke dalam kelas atau dewan, mulakan dengan senyuman dan wajah yang bersedia.
S - Sticky Eyes. Jaga pandangan mata! Jangan melangkah ke kelas dengan melihat bawah, tapi lihat sekeliling kelas dan pandang dengan yakin. Tumpukan pandangan terhadap sesuatu dengan tempoh yang agak lama sedikit ketika melangkah.
O - Old Friends. Anggap mereka seperti kawan lama atau kawan yang pernah dikenali sebelum ini walau pertama kali berjumpa pada waktu tersebut. Cuba mengingat nama pelajar atau pendengar. Andai tidak mampu, reka satu gelaran yang khusus juga baik kepada pelajar tersebut supaya boleh membina hubungan yang baik, agar komunikasi dapat disampaikan dengan baik dan berkesan.

Tips lain akan dikongsi di lain waktu di lain kelapangan InsyaAllah.. ^_^

No comments:

Post a Comment