Bismillahirrahmanirrahim
Saat emosi sedang tidak keruan, saya jauhkan diri daripada segala luahan. Kini, saya kembali normal dalam beremosi secara positif. Lalu, terhasillah entri ini sebagai pengajaran buat diri saya dan kisah yang menjadi kenangan buat generasi saya kelak..
Saya tahu, terdapat banyak aspek yang perlu dititik-beratkan sebelum memulakan sebarang pendakian. Tidak kiralah bukit itu hanya rendah atau gunung itu sangat tinggi sekali. Begitu juga jika mahu menggali. Jika mahu menggali emas, harus ada peralatan dan juga kepercayaan bahawa emas memang benar-benar wujud di tapak galian. Walaupun demikian, Ini bukan soal gunung berapi atau bukit di belakang rumah. Ini juga bukan soal emas atau harta karun yang mahu digali. Yang perlu dipersoalkan adalah sejauh mana persiapan dan persediaan kita dalam pendakian mahupun penggalian. Adakah bersedia jika jatuh terguling ke bawah apabila sudah terlalu hampir mencapai puncak? Adakah berani mengambil risiko jika yang digali adalah bahan nuklear yang mampu meletupkan seluruh Tanah Melayu?
Sejujurnya, saya masih tidak cukup peralatan untuk mendaki, apatah lagi menggali. Alhamdulillah, saya punya mimpi. Hasrat yang tinggi mahu mencapai awan di langit, mahu merasa air mata air di pasak bumi.. Tempoh hari memang membenarkan perasaan bahawa kerdilnya saya di bandingkan gunung yang mengganang tinggi. Cetek dan keringnya air yang dibawa buat penghilang dahaga. Tapi Tuhan Mahu Tahu... Siapa kita untuk menghedik takdir? Apa kita punya hak untuk menyalahkan yang Maha Adil? Yang bersalah tetap adalah seorang hamba... Yang lemah memang kita!
Kesedaran ini yang menjadi pemangkin semangat. Walaupun semangat kian tercalar sedikit, tapi saya bersyukur semangat tersebut masih belum pudar. Saya yakin, Allah sedang menguji... Allah sedang meniup kekuatan dengan cara begini....
Semalam, saat membuka helaian Kitabullah usai solat, ayat-ayat yang memberi petunjuk dan pemberi kekuatan ialah Surah al-Mukminun., ayat 1-11:
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
Demi Tuhan yang mencipta sekalian alam, perjalanan ini akan diteruskan, walau beribu halangannya. Cuma saya bukan Nabi, yang dikurniakan kesabaran yang tinggi. Sekadar manusia biasa yang bercita-cita tinggi membina mimpi, punya hati yang sering digoda Iblis..
Ayuh terus menggali Ilmu Tuhan..
Ayuh terus mendaki dalam mencari Rahmat dan MaghfirahNYA..
**Ada beberapa individiu yang perlu dikalungkan seribu penghargaan di dalam setiap komentar dan cadangan. Antaranya ialah Prof Madya Dr. Fauzi Amin, Prof Madya Dr. Adnan, Prof Madya Dr Mustaqim, Prof Madya Dr. Rahimin Afandi, Prof Madya Dr. Ismail Abdullah, Prof. Madya Dr. Zaiton, Dr Sofiah Shamsuddin, Dr, Abdul Rahman Obeid Hussin, Dr. Mohd Khairul Nizam, Ahmad Khusyri, Mohd Shahrizal Nasir, Siti Aidah Tulimin, Kak Kauthar, Kak Asiah dan lain-lain yang secara tidak langsung memberi sumbangan idea. Tidak lupa juga kepada Mohd Firdaus Ramli.
No comments:
Post a Comment