Friday, 27 April 2012

Syukur & Maaf

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan Pencipta Alam. Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia hanya hidup dan tidak mati. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi akhir zaman, Muhammad sallahu'alaihiwasallam. Syukur kerana baginda yang menyampaikan Risalah Tuhan, dan tugas kita pula untuk terus menyampaikan walau satu kalimah.

Sejak kebelakangan ini, tangan saya laju menekan papan kekunci komputer peribadi. Yang ditulis bukan proposal tesis, tapi kemelut hati yang tidak terluah suara. Bukan tiada idea untuk menyiapkan kertas kerja, tetapi gangguan minda sangat menguji jiwa. Lalu, terdapatlah jarak sedikit di antara saya dan akademik kerana dekatnya saya dengan dunia suara hati.


Ahad lepas, majalah Solusi baru melambai-lambai minta dibeli. Tajuk muka hadapan sangat menarik. Saya terus membayar tanpa banyak soal. Lalu bertanya di dalam hati: "Adakah aku termasuk di dalam ahli Syukur?"

Ustaz Pahrol Mohd Juoi menulis, ciri-ciri Ahli Syukur itu ialah:

Pertama: Tetap bersyukur walaupun nikmatnya kecil. 
Biarpun nikmat yang diperoleh tidaklah sehebat mana, sematkan dalam diri dengan sifat qana'ah. Sentiasa berasa cukup dengan apa-apa yang telah Allah kurniakan. Biarpun ia berupa ujian, lapangkan hati untuk menerimanya dan bersyukur kerana ujian yang ditimpakan lebih ringan berbanding orang lain.

Kedua: Memuji Allah setiap masa.
Amat mudah untuk memuji Allah iaitu dengan mengucapkan Alhamdulillah yang bermaksud Segala puji bagi Allah. Jadikan perkara mudah ini sebagai satu kebiasaan dalam diri sebagai tanda syukur kita terhadap segala kurniaan Allah.

Ketiga: Berterima kasih kepada Penunjuk Jalan Nikmat
Benar bahawa setiap rezeki datang daripada Allah. Tatapi perlu diingati bahawa kadang-kadang rezeki tersebut disampaikan kepada kita melalui orang lain. Contohnya apabila diterima bekerja di sesuatu tempat, berterima kasihlah kepada orang yang memaklumkan tentang kekosongan jawatan, penemu duga dan majikan.

Keempat: Nikmat wasilah mendekatkan diri kepada Allah.
Nikmatilah nikmat dan kurniaan yang Allah berikan dengan mendekatkan diri kepada Allah. Jangan terlalu leka dengan keindahan nikmat tersebut sehingga mengabaikan kewajiban sebagai hamba seperti melengahkan solat kerana terlalu tekun bekerja. Lazimi diri dengan pelbagai ibadah sunat sebagai usaha kita mensyukuri nikmat yang telah diberikan.


Bukannya sukar untuk mengucap syukur. Dengan lisan, kita bisa mengucapkan ALhamdulillah kepada Tuhan, berterima kasih kepada manusia. Dengan dahi, ia dipakai untuk sujud menyembah Yang Kuasa. Dengan mata, ia diguna untuk melihat kebenaran dan ciptaan Yang Esa. Dengan ilmu, ia disarankan untuk berkongsia dengan semua. Dengan harta, ia harus dinafkahkan ke jalan yang diredhaiNya.

Begitu juga maaf. Untuk memohon maaf, kita harus memaafi..

Syukur dan maaf adalah urusan segumpal darah di dalam jasad manusia. Akal bisa melupakan, tapi hati yang disakiti pasti mengambil bertahun-tahun untuk membiarkan pergi.

Memohon maaf kepada Tuhan, ucapkan sahaja Istighfar dan solat Taubat. Sesunggunya Tuhan itu Maha Pemaaf semua dosa kecuali syirik kepadaNya. Tapi, dosa kepada manusia? 

Riwayat Anas bin Malik, Rasulullah SAW telah bersabda: "Kezaliman itu terbahagi kepada tiga. Pertama kezaliman tidak diampunkan Allah. Kedua kezaliman diampunkan Allah, dan ketiga kezaliman yang Allah tidak ikut campur dalam hal itu. Kezaliman tidak diampunkan Allah adalah syirik. kezaliman diampunkan Allah adalah dosa manusia ke atasa dirinya dan tuhannya. Kezaliman yang Allah tidak ikut campur adalah dosa di antara manusia dengan manusia, sehingga mereka menyelesaikannya terlebih dahulu."

Oleh yang demikian, selesaikanlah urusan di antara manusia kerana maut datang tidak mengenal waktu dan usia. Kerana cantik dan indahnya Islam, setiap Muslim dianjurkan untuk memaafkan dahulu sebelum orang lain meminta maaf. Dan, harus memaafkan orang lain, sebelum memohon untuk dimaafkan.

Bukankah Tuhan sudah berfirman: "Dan jika kamu memberi maaf, maka itu lebih dekat kepada Taqwa" [al-Baqarah: 237]

Ayuh saling memaafi.

Ayuh saling mensyukuri.

Ayuh saling muhasabah diri.

Wednesday, 25 April 2012

Monday, 23 April 2012

Monday's Motivation #5

 Photo was taken from HERE

The Prophet PBUH said:
"The supplication that gets the quickest answer is the one made by one Muslim for another in his absence"
[Riwayat Abu Dawud and Tirmidhi]

The Prophet PBUH also said:
"Whenever yo make a supplication for another believer and he is not present, an angel will say 'and same to you'"

Hutang Piutang


Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Pantun adalah sebuah tradisi Melayu yang masih dikenang sehingga kini. Seperti mana pantun yang dinyatakan di atas, ia tidak dimamah zaman. Malah, dua generasi berbeza, lama dan baru masih mengingati bait-bait pantun. Walaupun demikian, isi tersirat di dalamnya semakin lama semakin diabaikan.

Pantun tersebut telah dianalisis secara semiotik oleh En. Fauzi bin Abdullah dari Jabatan Kesusasteraan Melayu. Menurut beliau, ‘Hutang’ merujuk kepada pemilikan harta yang menandakan pertentangan kelas antara kaya dan miskin. Si kaya sebagai penghutang sementara si miskin menjadi pemiutang. Hutang biasa ditanggap dalam dua bentuk iaitu hutang barangan (benda) dan hutang budi (emotif).

Pemahaman terhadap konsep hutang telah disebut secara umum di dalam pantun ini, di mana hutang perlu dibayar semula dengan tepat mengikut jumlah yang telah ditetapkan seperti mana yang telah termeterai di dalam perjanjian. Jika emas harus dibayar, apatah lagi jika yang dipinjam itu adalah wang ataupun bahan material lain seperti baju, buku dan sebagainya. Manakala, hutang budi itu jika tidak mampu dibayar, ia harus dikenang sepanjang zaman kerana adab, akhlak dan budi itu tidak akan mampu dibalas secara material.

Di dalam Islam, hukum terhadap hutang telah disebut di dalam Quran dan Sunnah. Hutang dari segi bahasa bermaksud potong. Dari segi istilah ialah memberi hak milik sesuatu barangan kepada orang lain dengan syarat orang tersebut memulangkan semula gantinya tanpa sebarang tambahan.

Allah SWT tlah berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 245 bermaksud : “Siapakah orangnya (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagi pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah SWT melipatgandakan balsannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah SWT jualah yang menyempit dan Yang Meluaskan (pemberi rezeki) kepadaNyalah kamu semua dikembalikan”. Dan ayat yang lain pula “Apabila kamu berhutang maka, hendaklah kamu catatkan”. Surah al-Baqarah 282. Dan dalam ayat yang lain “Jika penghutang berada di dalam kesukaran untuk membayar maka tunggulah sehingga masa dia senang”. Al-Baqarah 280.

Kemudian di dalam hadith, Rasulullah SAW bersabda: "Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali ia mempunyai hutang (kepada manusia)" [Riwayat Muslim, 6/38].
Hadith lain ada menyatakan tentang mereka yang telah berhutang dan berniat untuk tidak membayar hutang tersebut. Baginda bersabda: "Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" [Riwayat Bukhari, 2/83]

Kesimpulan yang boleh dinyatakan di sini ialah, hutang harus dibayar. Ia akan luput apabila jumlah hutang langsai dibayar atau dengan persetujuan si pemberi hutang untuk meringankan hutang tersebut atau ikhlas menghapuskan hutang tersebut dan tidak akan menuntut.

Jika adat Melayu mengamalkan nilai-nilai murni melangsaikan hutang, apatah lagi agama Islam yang suci.

Jika ada kesusahan yang mengakibatkan sukarnya membayar hutang, apa gunanya kompromi, toleransi dan saling memahami.

Jika pandai berhutang, harus pandailah juga membayar hutang.

Jika marah sekiranya kawan terlupa membayar hutang, haruslah ingatkan diri sendiri yang kita juga pernah berhutang.

Jika tidak mahu berhutang, berusahalah sehabis baik agar rezeki yang ada menucukupi buat kita.
Bukankah Nabi pernah mengajar agar berdoa dilepaskan dari hutang. Hadith tersebut bererti; "Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang" lalu Baginda ditanya: mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang wahai Rasulullah? baginda menjawab: Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjani ia mengingkari" [Riwayat Bukhari, 1/214]


Oh Tuhan, permudahkanlah aku melangsaikan hutang.

**Entri ini adalah peringatan buat diri, tiada kaitan dengan yang hidup atau mati. Rujukan: SINI dan SINI.

Wednesday, 18 April 2012

Key of my Heart


I keep a key,
the key that locked a special flesh in my body.

I treasure a key,
the key that means everything in my life.

once in a time..

I throw a key,
the key that hurt my feeling.

then..

I lost a key,
the key that keep bringing me a happiness

and now..

I found a key again,
the key that embraced by you, my love..

And i do hope that this key of my heart will never loose again, 
coz i know, you are the only holder of my key..

Saadah Khair

  Picture was taken from HERE

**Coincidentally, found back my old writing. It was published almost two years ago in Receipt Stories. Please visit HERE.

Wordless Wednesday: Kaka & Kiki


Credit to Zikri Khair

Monday, 16 April 2012

Surat kepada Bapa Itu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Segala puji bagi Tuhan, Pencipta sekalian Alam. Dia yang tidak melahirkan, dan tidak dilahirkan. Dia tidak menjadi bapa, juga tidak mempunyai bapa. Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad, tiada Nabi dan Rasul selepasnya, tiada bapa sebaik baginda, bapa yang sanggup memotong tangan Fatimah jika dia mencuri, sekalipun dia anak yang paling disayangi.

Warkah ini saya tujukan kepada seorang bapa. Siapa dia? saya tidak mengenalinya. Bagaimana saya tahu dia adalah bapa? kerana dia mengherdik anaknya dengan penuh benci. Penuh emosi. Herdikan itu bukan sahaja menjatuhkan air saliva selaju-lajunya, tapi ditambah dengan hayunan berulang-kali ke atas pipi. Pipi lembut seorang anak lelaki, yang melutut meminta simpati.

Pertamanya, saya memohon maaf kerana memerhati di dalam senyap. Sudah cuba melarikan pandangan. Tapi saya beratur di dalam barisan menunggu untuk melunaskan bayaran. Bukan mata saya sahaja. Berpasang-pasang mata melirik sepi tragedi itu. Kelu. Tapi ada juga yang berani bersuara halus di belakang. Cuba memberi solusi. Tapi hambar. Hayunan tangan si bapa makin laju..

"BANGUN!!!"

Terkesima. Bukan sahaja kami yang mengerti arahan itu, si anak juga faham, malah saya pasti anak kecil itu sudah pandai mengeja juga sudah mengaplikasi arahan tersebut dalam kehidupan hariannya. Tapi persoalannya, mengapakah si anak masih duduk, berlawanan dengan arahan yang diberi? Kerana si bapa salah intonasi.

"Sayang, bangun sayang. Bapa mahu pulang sayang.."

 Jika inilah yang dilontarkan si bapa, pasti si anak longlai mendengar pujukan bapanya sendiri, serta merta akan menurut perintahnya, walau sedu masih berbunyi..

Tuan,

Saya bukanlah orang yang terbaik untuk memberi nasihat. Malah saya masih belum bercahaya mata. Tetapi, menurut sedikit ilmu dan pemerhatian yang saya ada, marah ada hadnya, begitu juga sayang. Kadangkala, marah itu tanda sayang, dan tidak semestinya sayang itu tiada marah.

Anak Tuan pasti sakit pipinya seperti mana sakitnya hati Tuan kerana si anak tidak mendengar kata. Dia juga pasti malu kerana berpuluh mata memandang dia disepak sekuat hati, begitu juga Tuan yang pasti ada rasa malu kerana tidak mampu mengawal hayunan tangan dan amarah hati. Siapa yang salah? Kedua-dua Tuan dan anak pasti ada jawapan masing-masing. Tapi bagi mata yang memandang, orang yang dipersalahkan adalah Tuan.

Tuan,

Di dalam sebuah hadith, diceritakan oleh Muawiyah bin Salih, ada lelaki datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: “Wahai Rasulullah, ahli keluargaku tidak taat kepadaku. Apakah yang patut aku gunakan untuk menghukum mereka? Lalu kata Baginda: Maafkanlah saja. Kemudian Rasulullah SAW menyebut hal yang sama pada kali kedua bahkan juga pada kali ketiganya. Seterusnya Baginda mengatakan: Jika kamu perlu menghukum, hukumlah mengikuti kadar kesalahan yang dilakukannya dan jauhilah dari memukul pada bahagian muka.” (Hadis riwayat at-Tabrani)

Hadith ini menunjukkan bahawa memaafkan lebih baik dari menghukum. Sifat pemaaf si bapa sebenarnya akan memberi pengaruh positif kepada si anak, manakala anak yang kerap dihukum akan menjadikan hatinya keras dan berkelakuan kasar semasa bergaul dengan rakan sebaya.

Tuan,

Sebenarnya tidak salah menghukum anak yang membuat kesalahan. Itu semestinya tanggungjawab si Bapa. Tetapi hukuman hanya boleh dijalankan setelah adanya nasihat dan teguran. Malah hukuman perlulah bersesuaian mengikut masa, tempat dan keadaan. Keadaan yang paling tidak sesuai ialah ketika di hadapan orang ramai.

Sebagai contoh, kaedah menghukum dengan rotan boleh digunakan selepas kaedah penjelasan pemahaman dan nasihat dilakukan terlebih dahulu. Pesan Nabi SAW: “Suruhlah anakmu menunaikan solat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah jika berumur 10 tahun (jika tidak menunaikan solat juga) dan pisahkanlah tempat tidur anak (lelaki dan perempuan).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Tuan,

Sekali lagi saya mohon seribu keampunan kerana terpaksa menegur cara begini. Andai surat ini sampai ke pihak Tuan, ambillah sahaja yang jernih, dan buanglah yang keruh. Jika surat ini tidak tiba di tangan Tuan, saya mendoakan agar Tuan menjadi seorang bapa yang hebat dalam membentuk generasi cemerlang, gemilang, terbilang untuk agama, bangsa dan negara.

Semoga Allah merahmati kita semua.

"Sayangi yang kecil, hormati yang lebih tua"

Hamba Allah,

Pejabat Peribadi
Bandar yang Bernilai

Friday, 13 April 2012

Jumu'ah Mubarakah: Imtihan

Bismillahirrahmanirrahim

It's Friday~! Alhamdulillah. Semester break ends today and students will start back to lecture this coming Monday. How best the feeling of being alone in the office without any interruption..hehe..

However, this week is a tough one. After coming back from JB last weekend, there are so many things in my mind, especially regarding to my Big Day. Checklist is ready by checking what we have done so far as well as the pending things that should not be forgotten. May Allah makes everything easy.

Tomorrow I will attend a big examination. All I hope and wish right now is I can do my best because I don't want to repeat the paper again. This exam becomes a preliminary condition to further studies overseas. If I completing this exam, the only thing left to be struggle on is the official offer letter form a particular university. Please pray the best for me..

After a long period of time of not attending exam, I feel so nervous. I went to the examination hall so many times, not to answer the question papers but to invigilate my students. I can remember that every exam that I attended previously, the first thing I do before enter the exam hall is calling my MOM~ I really need her Du'a because a prayer of a mother will answered easily by Allah. But still Allah will answer our Du\a as He said in the Quran: "Call on Me; I will answer your (Prayer)"[Quran, 40:60]

In fact, examination is not only for students. It's for everybody. It is not necessarily take exam in the exam hall, but we have been examined every second in our life. Test is a spice in our life. It will make our life either being wonderful or awkward depends on how we accept that test.


But why does Allah test us?


Allah tests His believing servants with various types of crises and disasters in order to:

1) Reveal the Patient from the Impatient:


“And certainly, We shall test you with a bit of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits. But give glad tidings to the patient ones who, when afflicted with a calamity, say: “Truly! To Allah we belong and truly, to Him we shall return.” They are those upon whom are the blessings, descend from their Lord, and they receive His Mercy, and it is they who are guided.” 
(Surah Al-Baqarah 2:155-157)

“And among mankind is he who worships Allah as if he were upon the very edge (i.e. in doubt); if good befalls him, he is content with it;. But if a trial befalls him, he turns back on his face. He loses both this World and the Hereafter. That is the evident loss.” 
(Surah al-Haj 22:11)

“So, it is a must for the souls to be nurtured by way of tests, and to be severely tested during the course of the battle between truth and falsehood with fear and hardship, and with hunger and decrease in wealth and life and fruits. This testing is a necessity so that the believer can give his share of what his belief requires; so that it becomes dear to him in accordance with that he gives for its sake of sacrifice and burden; so that it becomes dear to him in accordance with what he is willing to give for its sake! The bearers of worthless beliefs that do not require any type of sacrifice will not hesitate to abandon their beliefs at the first sign of hardship.  So, the burden here is the personal price that one pays so that this belief becomes dear and valuable in the hearts of its bearers before it becomes dear to the hearts of anyone else. Whenever they experience pain for its sake, and every single time they are forced to give something up for its sake, it becomes even dearer and more valuable to them, and they become even more honored with it. With this, nobody else will realize its value until they see how its bearers are tested because of it and how patient they are upon such tests.”
(‘Fi Dhilal al-Qur’an’; 1/145)

2) Remove Our Sins and Reward the Righteous:
 
“And, when he was old enough to walk with him, he said: “O my son! I have seen in a dream that I am slaughtering you, so what do you think?” He said: “O my father! Do that which you are commanded, if Allah Wills, you will find me to be of the patient.” Then, when they had both submitted, and he had laid him prostrate on his forehead, and We called out to him: “O Ibrahim! You have fulfilled the dream!” Verily! Such do We reward the good-doers.” 
(Surah as-Saffat :102-7)
 
Sa’ad bin Abi Waqqas reported that he asked the Messenger of Allah (SAW): “Which of the people are tested most severely?” Rasulullah (SAW) replied: “The Prophets, then the righteous, then those who are most like them, then those who are most like them from the people. A man is tested according to his religious commitment. So, if his religious practice is sound, then his testing is increased, and if his religious practice is weak, then his testing is reduced. A servant continues to be tested until he walks the Earth without a single sin on him.” 
(Ahmad, Tirmidhi)

3) Purify the Ranks and Distinguish the Righteous from the Wicked:

“Allah will not leave the believers in the state in which you are now until 
He distinguishes the wicked from the good.” 
(Surah Al ‘Imrân 3:179)

“And when the believers saw the Confederates, they said: “This is what Allah and His Messenger had promised us, and Allah and His Messenger had spoken the truth,” and it only added to their faith and submissiveness.” 
(Surah Ahzaab 33:22)

“Allah might make easy the affairs of the people of evil so that they may increase in sin and corruption, and so that they might increase in their buildup of sins and crimes. Then, he may deal with them in this World or the Hereafter – depending on His Wisdom and Decision – on account of this sinister buildup of deeds! On the other hand, He may also prevent them from ease so that they would increase in evil and sin and crimes and suffocation, eventually losing hope in the Mercy of Allah, resulting in an increase in their buildup of evil and misguidance. Likewise, Allah can make easy the affairs of the people of good so that they may become established in their righteous actions and carry out as much of them as they can while increasing in their sustenance, so that they may thank Him for these blessings with their hearts, tongues, and pleasant actions. With all of this, they increase in a buildup of good deeds that they rightfully deserve with Allah because of their righteousness and because of the good that Allah Knows is in their hearts. On the other hand, he may also prevent them from ease in order to observe their patience upon this state, as well as their confidence and hope in their Lord, their relaxation at the realization of His Power, their being pleased with Him as their only Lord – and He is better than all others – resulting in an increase in their buildup of good.”
(Fi Dhilal al-Qur’an)

4) Emphasize the Hardships of This World in Comparison to the Hereafter:

“Blessed is He in Whose Hand is the kingdom, and He is Able to do all things. 
The One Who has created death and life in order to test you and see which of you is best in deed, and He is the All-Mighty, the Oft-Forgiving.” 
(Surah al-Mulk 67:1-2)

5) Expose the Reality of the Human Being:

“Verily, We have created man from drops of mixed semen in order to test him, so We made him hearer, seer. Verily, We showed him the way, so he is either grateful or ungrateful.” 
(Surah al-Insan 76: 2-3)

“Verily, We have made that which is on earth as an adornment for it so that 
We may test them as to which of them are best in deeds.” 
(Surah al-Kahf 18:7)

“And it is He Who has made you generations after generations, replacing each other on the earth. And He has raised you in ranks – some above others – that He may test you in that which He has bestowed on you. Surely, your Lord is Swift in retribution, 
and certainly He is Oft*-Forgiving, Most Merciful.” 
(Surah al-An’am 6:165)

“A human being is tested so that he may come to know the reality of himself and others. Life is consists of constant testing; testing with what is bad, or testing with what is good. However, what is best for the believer may be found in what he hates, and what is bad for him may be found in what he likes. The true believer is the one who loves that which Allah has chosen for him. So, if He tests him with something that he loves, he thanks Him, and if He tests him with that which he hates, he is patient and thanks Him in this case, as well.  And Allah – the Glorified – gives the believer in accordance with what will lead to his happiness in either this World or the next. So, if it is better for him to have something, Allah gives it to him. If it is better for him not to have something, Allah prevents him from having that thing, just as one who is sick is prevented from too much food or water. Therefore, it is upon a person to completely submit to Allah – the Glorified – in regards to what He has chosen for him, and to be pleased with what Allah has given him, and to understand that if Allah prevents him from something, then it is because Allah wishes to save him from being tested with that thing.”

**Whatever it is, THANK YOU ALLAH~!

Thursday, 5 April 2012

50 Hari & 50 Nota Buat Diri

Bismillahirrahmanirrrahim

Menghitung hari. 50 hari lagi. Dengan ini, catatan khas buat diri sendiri tentang 50 Talian Hayat buat Isteri, nukilan khas daripada Dr. Harlina Siraj untuk mereka yang bakal atau sudah bergelar isteri Muslimah di seluruh dunia...



TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 1 - Ikhlaskan niatmu menjadi teman hidup pasanganmu. Ketetapan Allah memilih yang seorang ini buatmu, dari berjuta lelaki di dunia. Pasti ada hikmah yg tersirat dan tersurat. Ayuh, kita selongkar rahsia Allah itu dalam hidup seharian bersama, pasti di situ kau kan temui bahagia....

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 2 - Pertahankan ikatan pernikahan yang dibuat atas nama Allah yg Maha Agung. Hanya dgn nama-Nyalah, apa yang asalnya haram antara engkau & sidia, menjadi halal dan dibolehkan. Genggam erat ukhuwwah yg terjalin - penuh pasrah dan tawakkal.

TALIAN HAYAT UNTUK PARA ISTERI : Nota 3 - Pandu arah kehidupan bersama ini semata2 utk mencari redha Allah. Saling bantu membantu dalam usaha kebaikan dan takwa. Kumpulkan sebanyak mungkin bekalan. Moga tika kita terpaksa berlutut di depan Allah sendiri-sendiri, amal bakti yg kita kutip bersama mampu meraih belas ihsan Allah buat kita sekeluarga.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 4 - Fahamilah erti sebenar taat kepada suami yang disarankan agama. Ketaatan itu bukannya menurut semua perintah suami tanpa usul periksa. Demi hubungan yg harmoni & sejahtera, elok benar kalau si isteri yang mengalah / `surrendered', di saat kita mampu menunjuk lagak menyombongkan diri terhadap suami. Merendah diri bukan minta dipijak-pijak! Sekadar menunjuk akhlaq terpuji, agar tenang hati suami. Rugikah kita para isteri kalau kita taat secara rela diri?

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 5 - Selitkan doa setiap masa, moga Allah SWT mencampakkan hidayah-Nya ke dalam hati suami kita. Moga lebih cinta dia kepada iman, takwa dan ihsan. Moga dia terus gigih mencontohi suami teragung, Muhammad SAW. Mudah-mudahan jua, bersama kita meniti kehidupan dalam redha dan kasih sayang Allah setiap masa dan ketika!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 6 - Hargailah setiap usaha, kasih sayang, saraan hidup dan pemberian suamimu, insan kerdil yg begitu gigih cuba melaksanakan amanah berat di bahunya. Hentikan cemuhan, kritikan, sindiran dan perli dlm setiap patah ayat yg ditujukan utknya. Gantikan dgn kata semangat dan keyakinan yg mampu mendorongnya menjadi suami yg lebih menyerlah, InsyaAllah.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 7 - Didiklah hati agar menyayangi wanita yang melahirkan suamimu, kenanglah jasanya mendidik anak lelakinya menjadi pasangan yang mengasihimu kini. Jangan sekali jadi musuh @ saingannya, sekalipun itu mungkin tanggapan ibu mertua terhadapmu. Yakinkan hatinya, bahawa engkau bukanlah perampas kasih anaknya. Engkau sebenarnya permata yang menyinari hidup suami dan juga penyeri hidupnya, jika dia sudi memberi peluang tersebut kepadamu!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 8 - Belajarlah untuk ikhlas dalam memberikan kasih sayang dan cinta utk suamimu. Seringkali ada sahaja niat dan sebab musabab lain semasa kita melafazkan ikrar kasih. Jika benar ikhlas, engkau takkan mudah kecewa jika sesekali seperti cintamu tidak berbalas, penat lelahmu tidak dihargai. Keikhlasanmu kan menjadi daya penarik yg kuat mengikat hati suamimu kepadamu!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 9 - Serlahkan bakat dan potensimu, gunakan kecerdasan dan keupayaanmu untuk memberi manfaat kepada orang lain. Prihatinlah kepada keperitan hidup masyarakat di luar sana, bantulah semampu boleh. Jadilah manusia yang banyak jasanya - pasti suami dan anak-anakmu bangga beristeri dan beribu-kan seorang yang istimewa seperti kamu!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 10 - Bijaklah mengurus masa, modal anugerah Allah kepada kita semua. Senaraikan keutamaanmu dan tumpukan usaha mendahulukan mana yang sepatutnya dibereskan dahulu. Dapatkan bantuan suami dan anak2 untuk menyelesaikan tugasan. Jangan bebankan dirimu cuba menjadi `wanita luarbiasa' - suamimu cuma inginkan seorang isteri solehah yg bijaksana!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 11 - Beranikan dirimu untuk mempercayai kejujuran suamimu dalam melayari bahtera ini bersama. Sesungguhnya, kepercayaanmu ibarat titisan air yg diperlukan oleh rimbun untuk kekal menghijau. Tanpanya, ia akan layu kekuningan. Namun, suamimu perlu jua diperingatkan - agar cermat menjaga kepercayaan itu ibarat kaca yg mudah retak & calar. Sekali tercalar, mungkin selamanya terluka...

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 12 - Imbangilah antara kebergantunganmu kepada suami dgn keupayaanmu untuk berdiri di atas kaki sendiri. Pasrahmu yang total hanyalah kepada yg Maha Agung. Saling bergantung, perlu memerlukan adalah perencah kenikmatan hidup bersama. Jikalau masih sendiri-sendiri, apalah erti hidup sebumbung. Sementara dia masih ada di sisi, kita serahkan kemudi bahtera di tangan suami. Namun jika dia harus pergi, kita akan mampu memikul amanah yg ada, InsyaAllah!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 13 - Dapatkan maklumbalas sejujurnya dari suamimu mengenai akhlak dan tingkahlakumu. Biarkan dia berkata-kata tanpa sebarang gangguan, sekalipun hatimu melonjak-lonjak mahu bersuara membela diri. Mohonlah giliranmu pula memberikannya maklumbalasmu. Pilihlah perkataan terbaik dalam menyusun buah tuturmu. Istiqamah dalam muhasabah, kunci tautan dua hati yg ikhlas mencintai kerana Allah SWT.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 14 - Ubati segera hatimu yang terluka mendengar pengakuan suamimu : cintanya sudah beralih kepada wanita lain. Jgn pantas menyalahkan dirimu, apatah lagi mengalah dan berundur. Jgn pula biarkan cemburu merasuk diri, mengocak ketenangan & membakar amarahmu. Tenanglah dahulu, santuni emosimu yg terhiris pilu. Biarkan airmatamu mengalir buat seketika. Namun yakinlah, sesungguhnya engkau masih belum kehilangan segala-galanya.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 15 - Pilihlah tindakan yang bijak dalam menangani kemelut suamimu mahu atau sudah berkahwin lain. Berikannya peluang menjelaskan keadaan. Dapatkan segera bantuan org tengah yg adil & amanah. Berpandulah kepada akal, melebihi emosimu di saat ini. Jgn biarkan dirimu seratus peratus dipersalahkan,kelemahanmu dikatakan punca suami terpaksa mencari yang lain. Ingatlah, suamimu yang sepenuhnya bertanggungjawab atas pilihan dan tindakannya.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 16 - Hindarkan nada keras, kasar dan lantang apabila berbicara dengan suamimu. Banyakkan mendengar dari bersuara, kerana sesungguhnya Allah melengkapkan manusia dengan sepasang telinga dan hanya satu mulut sahaja. Janganlah ambil kesempatan dari sifat pendiam dan mengalah suamimu. Berikan rasa hormat dan penghargaan yang sebaik-baiknya. Percayalah, anak-anak sedang memerhatikan kemahiran berkomunikasi kalian berdua!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 17 - Serahkan anak-anakmu untuk dijaga sepenuhnya oleh ayah mereka (suamimu) sekali sekala. Yakinlah, mereka akan kelihatan gembira, selamat dan masih bernyawa bila engkau kembali. Hampir pasti, cara suamimu amat berbeza dengan gaya rutin kebiasaanmu. Apalah salahnya membiarkan suamimu mempraktikkan kemahiran kebapaannya. Sebaik manapun engkau sebagai ibu, takkan dapat menjadi seorang bapa terbaik untuk anak-anakmu.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 18 - Hentikan segala kritikan, komen, sungutan dan rungutan terhadap kelemahan dan kekurangan suamimu. Sifat bongkaklah yang menjerumuskan syaitan ke lembah kehinaan dan laknat Allah. Dengan sifat itu jualah syaitan akan merosakkan hubungan perkahwinanmu. Gunakan kaedah penuh hikmah dan merendah diri dalam menegur suamimu. Berikannya peluang dan masa untuk memperbetulkan kesilapan serta ketidakcekapannya selama ini.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 19 - Hiasi kediamanmu penuh kesederhanaan, sekalipun engkau mampu menyalutinya dengan kemewahan. Nyamankan hawa segenap ruangan rumahmu dengan alunan tadarus Al-Quran. Hangatkan kedinginan dengan kemesraan ziarah ukhuwwah tetamu yang datang. Hijaukan halaman dengan pepohon yang segar mengiringi zikirmu. Jadikan ketenangan tema utama yang dikongsi bersama dengan semua yang sudi bertandang.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 20 - Layanlah ahli keluarga suamimu sebagaimana engkau mahu dia melayani keluargamu. Janganlah tunjukkan kebencian dan rasa kurang senang semasa bersama ipar-duaimu. Hindarkan sebarang pertembungan yang memaksa suamimu memilih antara engkau dan keluarganya. Berikanlah hadiah, sambutlah kedatangan mereka ke rumahmu dengan ramah tamah dan senyuman keikhlasan - nescaya keberkatan rezeki melimpah ruah dalam kehidupan.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 21 - Janganlah sesekali putus asa dari rahmat & kasih sayang Allah. Jika suamimu kini bukanlah seorang soleh yg taat pada perintah Tuhannya - sungguh amat besar ujian Allah buatmu. Mohonlah satu dari dua kekuatan - agar kau kuat menghadapi cabaran ini & cukup kuat utk membebaskan diri jika itu pilihan yg terbaik ataupun suamimu diberi kekuatan oleh Allah utk bertaubat nasuha, berubah dan beristiqamah menjadi insan yg jauh lebih baik!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 22 - Lindungi dirimu dan anak-anakmu dari didera secara fizikal, emosional dan seksual oleh suamimu. Allah telah memerintahkan suamimu agar sentiasa berlaku maaruf (baik) terhadapmu. Sebesar manapun silapmu, suamimu tidak berhak menghinamu dengan kekerasan, kekasaran dan keganasan. Jgn malu memohon bantuan keluarga, rakan dan taulan. Sesungguhnya engkau berhak mendapatkan pembelaan dan perlindungan!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 23 - Semaikanlah kecintaan terhadap ilmu pengetahuan, sebaik-baik penyuluh kehidupan dan neraca pertimbangan. Kutiplah mutiara kebijaksanaan di mana jua engkau menemuinya. Jadilah manusia berilmu dan bermaklumat. Buatlah keputusan berasaskan ilmu, hadapi segala cabaran dengan senjata ilmu, pelihara hakmu melalui keteguhan ilmu dan pertahankan hujahmu dengan kubu ilmu.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 24 - Perbaiki mutu komunikasi antara engkau dan suami. Semoga tiada yg terselindung, hingga yang satu pihak lagi hanya bersangka-sangka dan berteka-teki. Sekiranya suamimu makin kasar tingkahnya, mungkin ada terselit kekecewaan di hatinya - hingga keganasan jadi pilihan. Jangan terus-menerus menjadi mangsa penderaan. Hentikan segala kemelut rumahtangga!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 25 - Jangan jemu berbakti kepada keluargamu. Semuanya InsyaAllah, dikira ibadah oleh Allah SWT. Memang kadangkala seperti tiada siapa yg peduli apatah lagi menghargai penat lelah dan payah jerihmu. Bukankah manusia sememangnya pelupa.Namun, kita punya Allah SWT yg tidak pernah terleka, terlalai atau tertidur dari memerhatikan kita!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 26 - Perbanyakkan sedekah kepada ahli keluargamu. Bagi isteri bekerjaya, peruntukkan sebahagian gajimu utk infaq dan perbelanjaan keluarga. Namun, izinkanlah suamimu menyara dirimu, semampunya. Jgn ambil alih tgjwbnya mencari rezeki yg halal buatmu dan keluarga. Mudah2an kehidupanmu sentiasa dalam kecukupan yg barakah....

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 27 - Luahkan keinginanmu untuk dihargai dan disayangi. Khusus bagi yg tidak bekerjaya di luar rumah, keperdulian suami dan anak2 buatmu adalah penyegar tubuh dan emosi yg kepenatan. Jangan terus menjeruk perasaan. Amat wajar untuk engkau nyatakan apa yg terbuku secara terus dan terang. Sesungguhnya, engkau memang berhak disayangi dan dihargai.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 28 - Pastikan solatmu kerap diimami oleh suamimu. Jgn lepaskan peluang utk mengaminkan setiap titipan doanya. Jika suamimu seorang yg tersangkut hatinya di masjid/surau - sesekali, mohonlah hakmu untuk dipimpin dalam solatmu. Namun jika suamimu seorg yg sengaja engkar dan berani meninggalkan solatnya - jgnlah jemu memperingatkan tugas utamanya sebagai abdi Allah yg Maha Besar kekuasaan-Nya!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 29 - Jangan berdendam terhadap perbuatan silap suamimu yg silam. Cubalah memaafkan dan hilangkan amarah di dada. Engkau mungkin sukar utk melupakan, namun engkau ada pilihan sama ada mahu memaafkan atau sebaliknya. Jgn biarkan api membakar sekam, nanti yg tinggal hanyalah abu dan arang.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 30 - Carilah seorang sahabat setia yg boleh berkongsi kesedihanmu, namun cukup amanah utk menjaga segala keaibanmu. InsyaAllah, engkau tidak akan sukar mencari sahabat sebegitu, jika engkau sendiri sentiasa menjalankan tgjwb seorang sahabat sejati kpd org lain. Jgn cuba dipendam-pendam, disorok dan dijeruk perasaan yg luka....bimbang kelak tak tertanggung lagi.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 31 - Ingatlah bahawa engkau umpama pakaian (libasa) bagi suamimu dan dia pula pakaian bagimu (Al-Baqarah: 187). Bertindaklah yang molek agar suami boleh berbangga dengan setiap lakumu. Peringatkan jua suamimu agar dia memperelokkan setiap tingkahnya, kerana engkau jua ingin tumpang bangga dengannya.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 32 - Pertingkatkan komitmen keluargamu utk mempraktikkan cara hidup Islam yg syumul. Peliharalah solat, jgn sekali abaikan perintah Allah. Didik anak2mu utk mematuhi suruhan Allah. Moga2 keluargamu terbimbing menjadi keluarga sakinah.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI - Nota 33 : Ikhlaskan setiap detik yg telah, sedang dan akan dihabiskan bersama suamimu. Ganjaran segala pengorbanan & susah payahmu bukannya datang dari suamimu, melainkan hanyalah daripada Allah SWT semata-mata.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI - Nota 34 : Sentiasalah saling nasihat-menasihati. Bagi sebahagian isteri, menasihati suami mungkin sesuatu tugas yg hampir mustahil. Namun, kita tidak boleh berhenti berusaha, berikhtiar dan mencuba. Mulakan dgn meminta nasihat dari suamimu terlebih dahulu. Timbang-tara segala nasihatnya. Perbaiki mana yg kurang, tampung mana yg bocor. InsyaAllah, tak lama lagi, suamimu akan meminta dinasihati pula, InsyaAllah!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 35 : Peringatkanlah suamimu akan pesanan ayat ke6 Surah At-Tahrim - di mana dia diperintahkan Allah untuk memelihara dirinya dan dirimu serta anak2 dari azab api neraka! Besar sungguh tanggungjawab yg dipikulnya! Engkau dan anak2 tidak akan menanggung dosanya, namun kemungkaranmu dan anak2 akan ditanggungkan ke atas bahunya! Cukuplah pesanan itu menjadi peringatan!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 36 - Mulakan nasihat buat suamimu dengan niat tulus, mulus dan penuh keikhlasan. Buang jauh2 rasa megah, bangga diri dan lebih hebat, kerana perasaan itu nanti akan mempengaruhi pilihan ayat, gerak badan dan ekspresi muka semasa mula bertutur. Bijaklah mencari masa yg sesuai dan santai. Bersedia utk mendengar jawapan balas dan alasannya dgn tenang. Jika suasana menjadi tegang, berundurlah buat seketika - esok lusa, kita akan terus mencuba!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 37 - Peliharalah baik-baik hatimu dari dihinggapi penyakit mazmumah - takabbur dan bangga diri. Sesungguhnya, itulah racun senjata utama syaitan laknatullah merosakkan anak Adam. Sekiranya suami isteri dihinggapi perasaan ini, retak akhirnya membawa belah. Bila sahaja terasa diri lebih hebat dari suami, beristighfarlah & pohonlah perlindungan Allah. Jika engkau mampu mengatasinya, paling tidak, engkau hanya perlu berdepan dengan keegoan suamimu sahaja. Jangan jadi mangsa mudah syaitan yg menunggu2 peluang memporak-perandakan rumahtangga yg dibina!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 38 - Hiasilah wajahmu dengan senyuman manis diukir ikhlas dari hati, setiap kali engkau berhadapan dengan suamimu. Mengukir senyuman jauh lebih mudah dari mengerutkan dahimu atau membiarkan wajahmu masam mencuka. Kuntumkan senyuman sepanjang perbualan telefon bersama suamimu. Nescaya suamimu akan lebih mudah menghadiahkan senyumannya pula buatmu!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 39 - Keraplah menghantar suamimu di muka pintu, tika dia keluar bekerja (bagi sesiapa yang berkesempatan). Doakan kesejahteraannya, moga hari ini terlindung dia dari kejahatan dan penyelewengan. Moga terpelihara segala ibadah khususnya. Mudah-mudahan, petang nanti, kita akan dipertemukan lagi dalam suasana iman yang bertambah & kasih sayang yang melimpah ruah.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 40 - Jadilah teman karib suamimu - yang sudi berkongsi suka dan duka bersama. Fahamilah kebimbangan dan kerisauannya, memastikan diri dan ahli keluarganya terlindung dari api neraka sebagaimana diperintahkan Allah dalam Surah AtTahrim, ayat ke6. Jika jelas terbukti dia terlupa perintah tersebut, peringatkanlah. Semoga ketaqwaan terus menjadi bekalan.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 41 - Hentikanlah tindakan saling sakit-menyakiti hati dan perasaan antara dikau dan suami. Jangan diikut emosi marah, geram, dendam dan kecewa. Selepas berbalah dan bersengketa, secara jujur tanyakanlah hati kecilmu : Bahagiakah rasa bila hati bagai disimbah cuka? Sampai bila mahu begini? Belum tibakah masa utk bermaafan seikhlas-ikhlasnya? Jawapan hanya ada pada dirimu.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 42 - Zahirkan perasaan hormat dan sayang antara dikau berdua di depan anak2. Pastikan mereka dapat melihat contoh terbaik hubungan suami isteri dari interaksi dikau dan suamimu. Selagi mana anak2 dapat melihat penzahiran cinta kasih antara ibu dan bapanya, selama itulah jua perasaan tenteram dan selamat akan menyelubungi mereka.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 43 - Masih ingatkah lagi dengan cita-cita mulia di awal perkahwinan dulu - mahu bersama menempuh bahagia di DUNIA dan AKHIRAT ? Mengapa sekarang, sering sengketa dan berbalah - seolah2 mahu menempa derita di DUNIA, yg mungkin membawa ke neraka AKHIRAT? Cukup-cukuplah menyakiti satu sama lain. Umur yang berbaki entah tinggal esok lusa. Ayuh, mari segera kita bertaubat nasuha, sementara masih ada modal masa.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 44 - Curilah hati suamimu dengan keikhlasan mencintainya semata-mata kerana Allah SWT. Nur ikhlas itu akan menyerikan wajahmu & mengukir keindahan yg takkan luntur dimakan zaman. Ikhlas menjadi benteng menepis tipu daya syaitan yg datang dari segenap penjuru. Tiada `udang di sebalik batu'. Kejujuran menjadi hasil tuaian yg bakal dinikmati bersama, InsyaAllah.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 45 - Belajarlah utk  menangani kepelbagaian. Raikanlah kepelbagaian sebagai satu petanda keagungan Allah SWT, bukannya satu liabiliti yg menjadi titik sengketa antara kita suami isteri. Jangan sesekali cuba memaksa suami menyukai segala yg dikau berkenan dan membenci segala yg engkau sisihkan. Begitu jua dgn sidia, yg tidak seharusnya menuntut agar engkau menjadi manusia yg lain semata2 utk memenuhi kehendaknya.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 46 - Ingatlah, usia kita suami isteri semakin merangkak dewasa, menunju ke ufuk senja akhirnya. Wajarlah, kematangan dan kebijaksanaan semakin menyerlah, menggantikan ketangkasan fizikal dan kemudaan wajah yg semakin pudar. Isilah sisa masa yg ada sebaiknya, jgn dipersiakan begitu sahaja. Semoga setiap detik yg dijalani bersama, menjadi modal utama utk meraih redha Allah SWT.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 47 - Berhentilah berdendam dengan suamimu, disebabkan kesilapannya yang lalu. Elakkan mengungkit perkara lepas yang sudah terkubur menjadi sejarah. Belajarlah memaafkan dan berilah peluang kedua. Retak hatimu mungkin akan nampak bekasnya sampai bila2 - namun jadilah manusia yang berjiwa besar dan mulia. Sudah sudahlah saling sakit-menyakiti. Demi kesejahteraan fizikal, minda, emosi dan spiritualmu - lepaskanlah amarahmu!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 48 - Kongsikanlah rezeki pendapatan bulananmu dgn bijaksana demi sebuah keluarga yg lebih sejahtera. Izinkan suamimu menyara semampu yg terdaya, menyediakan makan minum seharian dan rumah tempat berteduh. Sumbangkan sedekahmu buat menampung dana pendidikan anak2, tabung kecemasan, sedikit keselesaan dan rekreasi. Janganlah boros dalam bermewah-mewah, namun elakkanlah sifat kedekut dan kebakhilan. Amalkan syura dlm setiap urusan, InsyaAllah barakah mengiringi setiap keikhlasan.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 49 - Ketahuilah bahasa cinta milikmu dan juga suamimu. Pilih satu yang paling bermakna - kata-kata, pemberian hadiah, masa berkualiti, khidmat bakti atau sentuhan fizikal. Tunjukkan kasih sayang melalui perantaraan bahasa cintanya, agar hubungan lebih mendalam dan bermakna. Dedahkanlah bahasa cintamu kepada suamimu, moga ekspresi cintanya mampu mengisi takungan emosimu yg sudah semakin kekeringan.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 50 - Ketahuilah lima bahasa maaf (Five Languages of Apology)- Dr Gary Chapman - dan berbahasalah dgn kelima2nya sepanjang masa. 1.Nyatakan dengan jelas : Saya mohon maaf. 2.Mengakulah kesilapanmu : Saya memang bersalah. 3.Gunakan bahasa cinta kegemarannya sebagai tebusan - Terimalah tanda maaf dariku 4.Buktikan kejujuran meminta maaf - Saya benar2 menyesal 5.Azam tidak akan mengulangi - Saya janji tak buat lagi! Dapatkanlah kemaafan dari pasanganmu, sekiranya engkau mahu melangkah setapak lagi ke hadapan dalam hubunganmu.

Rujukan: Talian Hayat Buat Isteri: Nota 1-50, Dr. Harlina

**Yuk 'transfer' diri ke arah yang lebih baik!

Wednesday, 4 April 2012