Thursday, 26 July 2012

Ayuh Infaq!

Bismillahirrahmanirrahim

Allah berfirman di dalam al-Quran, mafhumnya:

"Perumpamaan orang yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat-gandakan bagi sesiapa yang Dia khendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui." 2:261

Ramadan, bulan Maghfirah dan bulan Rahmah. Ia juga bulan untuk bersedeqah dan membuat amal jariah. Ayuh berkejaran melakukan kebaikan...

Penderma ulung terbaik ialah junjungan Nabi Muhammad SAW kerana beliau seorang yang sangat dermawan pada bulan Ramadhan. Hal ini dapat diperhatikan menerusi satu hadis Nabi daripada Ibn Abbas yang bermaksud: 

Rasulullah SAW ialah orang yang paling dermawan dan lebih besar kedermawannya pada bulan Ramadhan ketika Jibrail menemuinya. Jibrail biasanya menemuinya setiap malam Ramadhan, lalu tadarus al Quran (dengan Nabi s.a.w). Sungguh Rasulullah ketika menemui Jibrail menjadi orang yang lebih bermurah hati dalam memberikan kebaikan sehingga lebih banyak daripada tiupan angin“. (Riwayat al Bukhari dan Muslim)

Terlalu banyak peluang untuk kita bersedeqah di bulan mulia ini. Jika tidak mampu menggunung banyak, sedikit pun sudah mencukupi, asalkan ikhlas di hati, dan biarkan hanya tangan kanan yang mengetahui..

Di sini, sukacitanya ingin saya kongsikan beberapa ruang dan peluang untuk kita semua menempah Syurga!

 Sila layari YAYASAN KHALIFAH untuk maklumat lanjut

Sila layari ISLAMIC RELIEF MALAYSIA untuk maklumat lanjut

 Sila layari GLOBAL PEACE MALAYSIA untuk maklumat lanjut

Sila layari RAYUAN RAMADHAN IKRAM untuk maklumat lanjut

Sila layari HALUAN PALESTIN untuk maklumat lanjut

Ada banyak sumber lain yang boleh kita hulurkan bersama. Jika tidak melalui bank, hulurlah seringgit dua di tabung-tabung yang kita terpandang di depan mata..

Sebagai peringatan kita bersama, setelah mengeluarkan sedekah, Allah bersabda:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu merosakkan sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), seperti orang yang menginfaqkan hartanya kerana ria' kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Perumpamaannya (orang itu) seperti batu yang licin di atasnya ada debu, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, maka tinggallah batu itu licin lagi. Mereka tidak memperoleh sesuatu apa pun dari apa yang mereka kerjakan. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang kafir." 2: 264

Allahu ta'ala a'lam.

No comments:

Post a Comment