Sunday, 6 June 2010

Palestin, Maafkan Aku


Palestin
Maafkan aku
Kerana hanya mampu
Memahami penderitaanmu yang perit
Menyaksi perjuangan para syuhada
Meratapi kau dari jarak yang jauh

Palestin
Maafkan aku
Tangisan yang mengalir
Bukan sahaja keranamu
Tapi kerana kerdil dan hinanya diri ini
Masih bergelak tawa
Bersuka ria serta gembira
Berbangga dengan keselesaan tanpa derita

Palestin
Maafkan aku
Aku juga punyai cita-cita
Syahid sebagai impian tertinggi
Akan tetapi kekhilafan menguasai diri
Tiada senjata di sisi
Melainkan tangan kudus menghulur doa
Menyeru Ilahi
Agar kemenangan berpihak kepadamu
Dan memadam segala kedurjanaan
Kabulkan Ya Tuhan…

Palestin
Maafkan aku…..

Saadah Khair


**Puisi ini hanya diulang semula oleh penulis di blog peribadi. Ia telah disiarkan di Akhbar Siasah bilangan 132, edisi 18-24 Januari 2009.. Hayatilah..

4 comments:

  1. salam kak.. sajak ni akak karang sendiri ye? taknak buat buku ke mcm abg akak?

    ReplyDelete
  2. wsalam..
    ye, karang dan hantar sendiri..
    insyaAllah karang buku ada dalam perancangan..
    doakan ye..
    wardah pun ada bakat menulis yang baik..

    ReplyDelete
  3. insyaAllah.. akak, nak tanya.. biasanya kalau nak publish buku, penulis akan berurusan dgn siapa ye? saje tanya, mana tau tiba2 tergerak menulis buku nanti ^_^

    ReplyDelete
  4. rasanya kena pandai cari sendiri.. kenal2 la dengan penulis2 buku yang lain.. dapatkan kepercayaan mana2 penerbit buku.. akak juga tidak berapa tahu, cuma akak cadangkan hantar sahaja ke mana2 penerbit tentang proposal buku yang mahu diterbitkan.. atau hantar ke majalah atau suratkhabar buat permulaan... semoga berjaya!

    ReplyDelete