Bismillahirrahmanirrahim
Sehingga kini, saya masih merindui kota Maghribi.
Kembara ke Morocco sebenarnya terinsipirasi daripada sepupu saya dan isterinya yang mengembara ke Morocco pada akhir 2014. Itinerari yang dikongsikan mereka adalah panduan utama perjalanan kami pada awal Disember 2015. Tetapi pada awalnya saya tidak tahu bahawa passport Malaysia memerlukan visa untuk masuk ke Morocco, dan sepupu saya yang memegang passport Singapura boleh masuk ke Morocco tanpa visa. Urusan visa menjadikan semangat saya agak kendur, tetapi saya cari juga info tentang permohonan visa di UK dan Alhamdulillah ia tidak sesukar yang dijangka.
Dokumen utama yang diperlukan untuk memohon visa di UK ialah:
1. Borang permohonan visa yang boleh dimuat turun dari laman web kedutaan Morocco
2. Passport original dan satu salinan
3. Visa UK original dan satu salinan
4. Surat universiti yang membuktikan anda adalah pelajar
5. Slip gaji (3 Bulan) dan satu salinan (untuk suami saya)
6. Penyata bank (3 bulan) - setiap seorang
7. Tiket masuk/pulang ke Morocco sama ada feri atau kapal terbang
8. Bukti tempahan hotel yang sah
9. Insurans keluarga selama berada di Morocco (saya guna moneysupermarket.com)
10. Pos order berharga £16 setiap satu untuk setiap passport. Boleh cek harga visa di laman web.
Semua dokumen di atas di hantar pos secara special delivery ke kedutaan Morocco, London beserta sampul surat ke alamat sendiri yang sudah dibayar nilai pos juga secara special delivery untuk mereka pulangkan dokuman asal. Alhamdulillah, kami menerima dokumen asal kami beserta cop visa selepas dua hari.
Tangier
Tangier adalah kota pelabuhan di Morocco dan satu-satunya jalan laut untuk masuk ke negara ini. Tetapi ada dua port yang berbeza, dan saya membeli tiket ke Tangier Med yang bergerak daripada Algeciras, Spain. Feri yang kami naik sebenarnya adalah feri kenderaan dan barang-barang, dan rupa-rupanya hanya kami bertiga adalah penumpang yang digelar 'walking passenger'.
Alhamdulillah semua perjalanan dipermudahkan, dan kami menginap dua malam di Dar Rif 17 Rue Mohamed Bergach, Tangier , 90300, Morocco, dengan servis yang terbaik.

Stesen keretapi Tangier |
Kota Tangier |
Masjid tertua di Tangier, sangat berhampiran dengan hotel kami |
Singgah di bandar Tetouan, dan tidak berkesempatan ke bandar biri Chefchouan |
Fes
Di Fes, kami juga menginap di Airbnb selama dua malam di Dar Warda. Pengalaman yang sangat berharga dan terlalu banyak yang ingin dicerita, cuma masa untuk menulis di blog agak terhad, jadi saya kongsikan beberapa gambar untuk kenang-kenangan.
Sejujurnya, ada banyak ingin saya kongsikan di sini, tetapi masa sangat mencemburui saya dan ada yang lebih penting untuk saya tulis iaitu tesis kajian saya. InsyaAllah satu hari nanti saya akan kongsikan dan berhasrat untuk kembali ke kota Maghribi yang lain seperti Casablanca dan Marrakech.
InsyaAllah...
Di Fes, kami juga menginap di Airbnb selama dua malam di Dar Warda. Pengalaman yang sangat berharga dan terlalu banyak yang ingin dicerita, cuma masa untuk menulis di blog agak terhad, jadi saya kongsikan beberapa gambar untuk kenang-kenangan.
Bab Boujloud, pintu utama masuk ke Fes el-Bali |
Kedai-Kedai di dalam Fes el-Bali |
Tiada kenderaan dibenarkan masuk ke dalam kawasan Fes el-Bali. Ia dipelihara di bawah UNESCO World Heritage dan menjadi kawasan terbesar tanpa kenderaan bermotor di dunia. Keldai ada di merata-rata. |
Airbnb kami yang sangat cantik. Usah pandang luaran |
Kawasan membuat barangan kulit |
Masjid al-Qarawiyyin. Alhamdulillah berpeluang solat Jumaat di dalamnya. |
InsyaAllah...
Salam. Apa nama bnb di fes? Tk.
ReplyDeleteWsalam. Dar Warda 31 Derb Sidi Alaa, Fes, Fes-Boulemane, 30000, Morocco.
ReplyDelete