Entri kali ini digunakan di dalam Bahasa Melayu. Ini bahasa kebangsaan saya. Saya berbahasa Melayu kerana saya adalah Melayu beragama Islam. Saya mempunyai sebab tersendiri untuk menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama di dalam blog ini, bukan kerana saya tidak menghormati bahasa Ibunda saya, akan tetapi sebab itu hanya disimpan di dalam hati. Tidak perlu diwarwarkan di sini..
Pesta Buku. Saya tidak pernah melepaskan peluang ke Pesta Buku pada setiap tahun. Dan teman setia setiap tahun juga ke PB ialah Munirah Roslan. Begitu juga kemeriahan yang saya rasai pada PB kali ini di PWTC ialah bersama dia, terima kasih teman! Saya sengaja pergi ke PB pada hari ahad, kerana saya sudah menilik beberapa aktiviti menarik yang ada pada hujung minggu lebih menarik daripada hari-hari yang sebelumnya, walaupun saya tahu ia pasti "zahmah". Sesak!
Dan di PB kali ini, saya sudah mengatur diri saya lebih baik dari PB sebelum ini. Saya sediakan wang secukupnya, tidak lebih dan tidak kurang (ini paling utama), senarai buku yang hendak dibeli sentiasa ada di tangan (juga peringatan daripada Mun supaya tidak beli buku di luar senarai), dan akan menuju di tempat-tempat yang utama dahulu sebelum meronda-ronda mencuci mata. Tapi saya gagal juga untuk tidak beli buku di luar senarai, kerana tangan saya lebih pantas bergerak diiringi dengan nafsu ingin membaca tanpa menghiraukan suara tegahan Mun..hehe..
Kenang-kenangan suka-suka teman baik saya dengan Saudari Irma dan Saudara Tam
Dua buku baru Ustaz Hasrizal menjadi milik saya dengan tandatangan beliau di dalamnya. Tahniah Ustaz!
Sempat berbual panjang dengan En. Khair Ngadiron (namanya sebiji nama ayah saya) dan Faisal Tehrani di ITNM. Majoriti buku yang saya beli kali ini adalah ditulis FT. Ada sesuatu yang saya mahu cari di dalam penulisan beliau. Tahniah untuk Bahlut! Saya dihasut untuk membeli buku FT yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris oleh Encik Khair dengan promosi 30%.
Secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan PBAKL 2010. Lebih tersusun daripada tahun-tahun sebelumnya. Bilangan yang hadir juga bertambah-tambah. Promosi membaca juga besar-besaran. Dan saya juga berharap agar budaya membaca dapat dipupuk di dalam masyarakat Melayu khususnya, dan masyarakat 1 Malaysia secara amnya. Semoga segala bacaan kita menuju tumpuan yang satu, mengharapkan keredhaanNYa, Tuhan berfirman: "Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan" (al-'Alaq:1).
8 buah buku dari PBAKL 2010.
Buku pertama di dalam gambar di atas sedang dibaca sekarang, ia hanya sekadar memenuhi selera 'gembira' saya untuk memiliki novel cinta humor, dan kerana sudah lama tidak membeli novel Bahasa Melayu. Buku terakhir di dalam gambar pula adalah buku yang bakal saya hadiahkan buat Bonda saya. Baki buku yang berikutnya saya akan baca bukan untuk bulan ini. Saya perlu membaca buku akademik untuk peperiksaan yang bakal menanti dan persediaan untuk menulis tesis. Dan semua buku kali ini berbahasa Melayu! Kecuali buku FT yang diterjemahkan dari Bahasa Melayu (Bedar Sukma Bisu) ke dalam Bahasa Inggeris..

**InsyaAllah akan ke PB untuk kali kedua bersama Ayah pada Jumaat ini, 26 Mac 2010. Buku apa ya yang saya mahu beli untuk ditampung duit ayah..hehe...
No comments:
Post a Comment