Tiga..
Tiga kali seminggu..
Isinya bukan hanya tiga kisah..
Tapi tiga hari, bacaan pun sudah..
Tiga kali seminggu..
Isinya bukan hanya tiga kisah..
Tapi tiga hari, bacaan pun sudah..
Kisah Satu: Kisah Hakiman dan Zaharah.
Kisah rindu luar biasa indah, tapi ujian cinta takkan pernah sudah. Emosi dan perasaan menjadi hujah dalam diam tatkala lekas berdebat wacana bahasa Ibunda. Hadir pula Adibah membawa kisah, berakhir sudah hidup si jejaka. Matinya dia kerana hati; kanser dan makan hati.
Kisah Dua: Kisah Si Tuan Guru Tua.
"Kalau tak berada-ada, tak akan tempua bersarang rendah", kalau kisah ini tiada, tak akan pula timbulnya cerita si abuya. Perbalahan Tuan Guru tua dan muda, berlumba siapa yang punya lebih ilmu dan kuasa. Banyak cerita yang dipanjang-panjangkan, usah percaya si tukang cerita, hanya dongengan semata-mata.
Kisah Tiga: Kisah bantahan filem 'Fitna'
Pertikaian Islam itu adalah agama ganas untuk pengganas menjadi titik perbualan. Ia adalah fitnah! Islam bukan sedemikian rupa. Kisah perjalanan di Dhaka ini adalah kisah perkongsian ilmiyyah. Kisah Umat!
Kisah Empat: Kisah Manisah si anak Saigon.
Pencarian identiti bermula apabila ibu yang meninggalkan hanya sekadar ibu jagaan. Persoalan siapakah yang menkandungkan itu terjawab, tapi megundang gundah-gulana. Agamanya berbeza. Ibunya juga entah ke mana. Dia anak perang, tapi bukan anak terbuang!
Kisah Lima: Kisah Cinta Medeni dan Zanjabila.
Kedua-duanya cendekiawan. Sekufu ilmu dan juga agama. Demi masa, siang dan malam, mereka secocok untuk bersama. Demi satu soalan, Medeni sanggup mencuba, untuk memiliki pujaan hatinya, Zanjabila. Demi masa, bersabarlah dengan cinta, berpesanlah dengan kesabaran dan kebenaran.
Kisah Enam: Kisah Priyanka, Chai Yin dan Khatijah.
Tiga janda berbeza bangsa, bertekad untuk teruskan perjuangan bersama. Priyanka dengan Maruku nya, Chai Yin dengan kuih Pau nya, dan Khatijah dengan kuih Dangai nya. Niat mereka sama; untuk persembahkan kepada ketua negara, di malam laungan Merdeka. Hadiah ikhlas daripada tiga bangsa berbeza ini disambut mesra dengan senyuman lebar perdana pertama.
Kisah Tujuh: Kisah Hajah Abidah.
Kisah kehidupan glamor yang sudah berakhir. Pintu hatinya terbuka untuk ziarah ke Tanah Suci Makkah. Tidak tersangka ada yang jatuh hati pada bakal hajah ini, dilamar pula di hadapan Kaabah yang mulia. Tidak tersangka juga Ustaz al-Junied ditolak mentah-mentah, tapi tetap tak mahu mengaku kalah. Akhirnya, ada jawapan gembira di sebalik percubaan kedua, dan Kaabah itu menjadi saksi utama.
Kisah Lapan: Kisah Iran dan Syiah.
Perbualan Tse dan penulis menyentuh banyak kisah; Kisah percampuran budaya Timur dan Barat, kisah revolusi dan kekerasan, kisah kehebatan peradaban Islam, kisah pejuang bernama al-Afghani, san kisah menuju latar.....
Kisah Sembilan: Kisah sebuah warkah kepada Khalifah Allah.
Warkah tertulis panjang lebar, agar memberi hak keadilan kepada haiwan dan mergastua semesta alam. Hubungan di antara semua makhluk Tuhan harus dipelihara, keadilan harus sama-rata, kita semua tiada beza, jika sudah namanya 'kita dicipta', pasti yang hebat itu adalah Sang Pencipta!
Kisah Sepuluh: Kisah Muhammad Ulul Albab.
Kisah penjelajahan seorang arkitek bernama Mario Chavez. Kehidupannya berubah setelah pertemuannya dengan seorang pelukis bernama Pelangi. Entah kenapa nama 'Muhammad Ulul Albab' muncul dari bicara si Pelangi. Mereke berdiskusi tentang kesenian Melayu yang indah dan tentang Melayu sebagai bangsa Ulul Albab. Tugas manusia itu adalah memaknakan rahsia, dan rahsia pertemuan mereka adalah hidayah Tuhan kepada Mario menerima cahaya Islam.
Kisah Sebelas: Kisah Pemergian Muthupalaniappan.
Kisah ini kisah paling menyentuh hati, Kisah anak kecil bernama Muthupalaniappan yang besar tekadnya mempelajari bahasa Inggeris dengan Cikgu Rosmah. Wujudnya dia menguji kesabaran, hilangnya dia menjadi persoalan. Kehilangan Muthu bukanlah sementara, tapi selama-lamanya ketika menghafal nombor dalam Bahasa Inggeris.
Kisah Dua Belas: Kisah Haziah dan Perlak Emak.
Wasiat emak akan diturutinya, dan itulah yang Haziah yang akan pertahankan setelah pemergian satu-satunya emaknya. Memori bersama emaknya tak akan dilupakan sampai bila-bila. Emaklah yang memberi nasihat, emak juga lah yang mendendangkan hikayat.. Hikayat Malim Dewa tetap segar dalam ingatan Haziah.
Medannya indah bukan kepalang,
Rantaunya luas bagai terbentang,
Tebing singainya bagai diraut,
Pasirnya serong bentuk taji,
Di sana rumah di situ halaman,
Di sana sini pokok kelapa,
Nyiur gading lambai melambai...
Rantaunya luas bagai terbentang,
Tebing singainya bagai diraut,
Pasirnya serong bentuk taji,
Di sana rumah di situ halaman,
Di sana sini pokok kelapa,
Nyiur gading lambai melambai...
Kisah Tiga Belas: Kisah Ustaz Agil dan Zaheeda.
Kisah ini yang menjadi buah mulut ramai. Kisah ini yang dicari oleh pembaca. Dan kisah ini penuh kontroversi.. Pertanyaan Zaheeda mengundah gulana hati sang Ustaz. Banyak hal yang tak pernah ditanya orang sudah terjawab segala persoalan. Banyak perkara yang harus disimpan rapi mengundang gelisah orang ramai. Ah! baca sendiri kisah ini.
Kisah Empat Belas: Kisah Zadie dan Manira.
Manira, seorang Muslimah yang diracuni oleh Zadie tentang kewujudan lelaki yang tak harus menjadi kepentingan. Zadia menolak fitrah yang Adam itu diciptakan untuk Hawa dan mereka saling memerlukan. Kisah ini mengangkat ayat 35, Surah al-Ahzab, juga ayat 30, Surah ar-Rum. Malah menyentuh juga buku Islam and Secularism karangan Syed Naquib al-Attas. Hidayah itu milik DIA, sekerasnya hati manusia, pasti akan lembut juga dengan KalimahNYA. Percayalah bahawa setelah diciptakan Adam, Hawa pula diciptakan. (Saya sangat suka kisah ini)
Kisah Lima Belas: Kisah Hilda dan Kegawatan.
Kisah ini kisah terakhir dan yang paling lebar berjela-jela. Sarat dengan isu semasa. Memetik kata Ziauddin Sardar yang dicatat penulis: 'Kita sebenarnya buta. Fenomena ini umpama mereka tahu mereka mahu mencapai sesuatu, tetapi mereka tidak tahu apa yang ingin dicapai. Mereka tergapai-gapai. Mereka tahu mereka ingin menuju ke destinasi, tetapi tidak pula tahu secara tepat dan munasabah ke mana mereka ingin pergi."
Rujukan lengkap, sila ke Blog penulis (Dr. Faisal Tehrani) di SINI.**Tak lupa ucapan terima kasih buat Cik Sabariah, si empunya pemilik buku ini..
Published with Blogger-droid v1.6.7
No comments:
Post a Comment