Wednesday, 2 November 2011

Langkah Dua: Alhamdulillah~

29.10.11

Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah~

Sekalung penghargaan buat Ayahanda dan Bonda yang tidak pernah berhenti berdoa dan berusaha keras dalam menyempurnakan hari itu..
Penghargaan juga dititipkan buat Abang Zulkilfli sebagai wakil utama Rumah 77, Kak Zuraini dan Kak Zuraidah juga Kak Ida Idayu. Tidak lupa juga kepada Abg Hamidon. Kami juga tidak melupakan arwah Abg Ayob. Buat adik yang jauh, Zikri, terima kasih banyak kerana sudi di "sisi" saya pada setiap masa saya memerlukan kamu..

Anak-anak buah yang ceria-ceria selalu, Nabilah, Farhah, Zaid, Faris, Lukman, Fadwah, Fayyad, Anas, Khairul Hasni, Khairul Anuar. Kalian memang best~ Khairunnisa yang sedang berperang di medan peperiksaan, selamat maju jaya!

Jutaan terima kasih juga kepada pihak yang bakal menjadi sebahagian daripada Rumah 77. Kehadiran kalian sangat dialu-alukan. Mohon maaf sekiranya ada kekurangan dan kesilapan sepanjang tarikh tersebut. Semoga hubungan kekeluargaan ini diberkati Tuhan dan dilindungi RahmatNya.

Istimewa buat si dia. Terima kasih. Semoga langkah kita seterusnya dipermudahkan Allah~


**Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih kepada teman-teman yang mendoakan saya. Buat teman-teman yang berkecil-hati kerana tidak menggembar-gemburkan berita ini, saya mohon maaf setulus hati. Kalian tetap dalam senarai untuk majlis saya nanti. Semoga Allah memberkati kalian..

No comments:

Post a Comment