Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam Jumu'ah Mubarakah. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..

Jika diberi helaian kertas, dakwat pena tidak akan cukup untuk meluahkan syukur yang tidak terhingga kepada Tuhan. Jika mengadap komputer riba, 24 jam masih tidak mampu untuk melontarkan semua isi hati yang berbaur beribu rasa. Hanya Allah yang tahu apa yang tersirat di hati dan tersurat di minda.
Hari ini, sudah genap dua minggu saya bergelar isteri. Suara sebak ayah melafazkan akad nikah bagi melepaskan anak perempuan akhir beliau tidak akan saya lupakan. Dan lafaz qabul yang disambut oleh seorang lelaki yang kini menjadi suami saya adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak terhingga. Jumaat malam sabtu, 25 Mei 2012, saya sedia menggalas tanggungjawab seorang isteri.
26 Mei 2012, Walimah di Taman Gembira dihujani Rahmat Tuhan. Saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai memenuhi undangan dan melafazkan doa buat kami berdua. Terima kasih dengan kehadiran kalian serta doa-doa yang hanya mampu kami balas dengan doa. Terima kasih juga buat mereka yang memberi sumbangan ikhlas dalam apa sahaja bentuk terutama sumbangan tenaga pada hari kejadian. Dengan rendah dirinya, saya memohon agar Allah melimpahkan kurniaNYA kepada semua ahli keluarga yang tidak putus-putus mengerah tenaga terutama sebelum berlangsungnya Walimah ini. Sungguh! saya tidak mampu membalas jasa kalian yang tidak terhingga..
Ayahanda Khair Salam, terima kasih kerana meredai perkahwinan kami. Nasihat dan teguran ayah masih saya perlukan walaupun kini sudah bergelar isteri.
Bonda Ratnah Wati, jutaan terima kasih kerana memahami saya seadanya. Baik buruk saya memang dalam genggaman Emak. Doa Emak sangat saya harapkan sepanjang masa.
Abang Zulkifli, Kak Idayu, Abang Hamidon, Kak Zuraini dan Kak Zuraidah. Mohon maaf sekiranya banyak menyusahkan kalian, terima kasih untuk semua perkongsian suka dan duka kehidupan. Adik ini masih memerlukan sokongan kalian semua.
Adik Zikri yang jauh di mata, tetapi sentiasa di jiwa saya. Saya mengerti kesedihan kamu yang tiada di sisi saya, kerana kesedihan saya tanpa kamu sebagai satu-satunya adik yang saya ada bukan hanya gurauan semata! Jujur saya terkilan kerana dia tidak menyaksikan lafaz sakinah saya di depan matanya. Saya doakan kamu juga bakal dikurniakan isteri yang solehah!
Khairunnisa, Nabilah, Farhah, Zaid, Lukman, Faris, Fawwaz, Fadwah, Anas, Hasni, Fayyad dan Anuar. Terima kasih kerana kalian menceriakan suasana, mencipta kegirangan berpanjangan. Semoga terus menjadi Soleh dan Musleh buat generasi akan datang.
Tidak dilupakan juga Arwah Abang Ayob yang genap meninggalkan kami setahun (8 Jun 2011). Semoga Allah kurniakan Syurga tertinggi buatmu dan mencucuri rahmat berpanjangan ke atasmu. Al-Fatihah...
2 Jun 2012, Walimah di Kg Pulau Tembun juga berjalan mengikut perancangan Tuhan. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Walaupun bukan pertama kali menikmati sawah padi, saya bahagia dikelilingi sawah padi menghijau ciptaan Ilahi di sekeliling rumah kakak sulung suami saya. Keluarga suami adalah keluarga saya juga. Sebagai adik ipar yang paling bongsu, saya ada 9 lagi adik beradik yang wajib saya hormati sebagai ahli keluarga sendiri.
Jutaan terima kasih kepada semua saudara-mara di Kedah kerana memberi layanan istimewa buat keluarga saya yang menetap di Kedah selama 3 hari 2 malam, bercuti dan berehlah menikmati suasana segar.
Khusus kepada Chaq dan Abg Bob, Kak Ja dan Abg Mustapa, Abg Zahari dan Kak Lang serta semua yang masih belum saya ingat semua namanya, semoga rahmat Tuhan tidak akan pernah putus terhadap kalian dan didoakan agar mereka dilimpahkan rezeki yang berpanjangan.
Terima kasih kepada suami, kerana sempat juga saya mnenziarahi kubur Arwah Ayah dan Ibu mertua saya. Walaupun kita tidak pernah bersua, doa saya sebagai anak tetap ada untuk kalian berdua. Al-Fatihah...
Akhir kalam, doakan saya bahagia, bukan sahaja di dunia, tetapi di Akhirat sana kerana impian memasuki syurga bukan hanya seorang diri, tapi bersama suami yang sangat dicintai. Firdaus Ramli.
Wallahua'lam.
**Foto Majlis Selatan boleh dinikmati di SINI dan SINI. Manakala foto Majlis Utara boleh dilayari di SINI, SINI dan SINI. Saya tidak sabar menanti beribu gambar dari jurugambar profesional Selatan dan Utara ^_^

No comments:
Post a Comment