Monday, 31 December 2012

Farewell 2012

Good Bye 2012. 

Thanks for being so nice to me through the year. Memories never die forever.


2013, please be awesome!

2013, please come faster and be wiser. Can't wait to see you closer

“Tomorrow, is the first blank page of a 365 page book. Write a good one.” ― Brad Paisley

Sudah Membayar Zakat?

Bismillahirrahmanirahim

OK. 2012 bakal berakhir. Esok tahun baru menjelma lagi. Kali ini perasaan saya berbeza dengan tahun sebelumnya kerana tidak sabar untuk bertemu 2013 dengan segera. Pastinya, saya mahu masuk ke tahun baru dengan berlapang dada.

Sebelum buka buku baru edisi 2013, ada satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan bagi yang berkemampuan iaitu Zakat Pendapatan.

Sejujurnya, saya menulis entri ini setelah saya baru melangsaikan pembayaran zakat. Kata orang, lebih baik terlambat daripada tidak melakukan apa-apa (better late than never). Zakat pendapatan ialah bayaran yang dikenakan ke atas semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekala. Info selanjutnya boleh terus layari Lembaga Zakat Selangor.

Ini kali pertama saya bayar zakat pendapatan. Zakat fitrah saya selama ini dibayar oleh Ayah dan setelah berumah-tangga, Encik Suami yang membayarnya. Kenapa saya pertama kali membayar zakat pendapatan? Pada tahun 2012 ini lah saya mempunyai pendapatan yang tetap kerana sebelum ini saya hanya kerja secara separuh masa. Boleh kira jumlah pengeluaran zakat secara atas talian di SINI


Allah telah berfirman di dalam KitabNya:

 يَأَيـُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ أَنفِقُواْ مِن طَيِّبَتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ الأَرْضِ ، وَلاَ تَيَمَّمُ الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنفِقُونَ وَلَسْتُم بِئَاخِذِيهِ إِلاَّ أَن تُغْمِضُواْ فِيهِ ، وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللهَ غَنِىٌّ حَمِيدٌ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian daripada apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu, dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), pada hal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya, dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi sentiasa Terpuji.” (Surah Al-Baqarah, 2:267)
Dalil ini digunakan bagi kewajipan zakat perniagaan tetapi ia boleh diqiyaskan juga kepada pendapatan dari penggajian berdasarkan kepada lafaz ( ما كسبتم ) yang boleh ditafsirkan kepada sebarang bentuk harta yang diusahakan.


Dan Rasulullah SAW telah bersabda di dalam sebuah hadith:

اعْلَمْ أَنَّ اللهَ قَدِ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَة فِيْ أَمْوَالِهِمْ تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ فَتُرَدُّ إِلىَ فُقَرَائِهِمْ 


Maksudnya: “Beritahulah kamu kepada mereka bahawa Allah subhanahu wata`ala telah mewajibkan dari sebahagian harta-harta mereka untuk disedekahkan. Diambil dari orang kaya untuk diberi kepada mereka yang faqir”. (Muttafaq `Alayh)

Walaupun terdapat banyak khilaf Ulama' terhadap hukum pembayaran zakat pendapatan, saya berpendapat bahawa ada sebahagian harta kita adalah bukan milik kita tetapi selayaknya diberikan kepada mereka yang selayaknya. Sekiranya ada perasaan bahawa harta yang kita ada masih tidak cukup sepanjang kehidupan ini, sememangnya ramai lagi yang tidak bernasib baik seperti kita.

Zakat itu penyucian harta. Ada kalanya kita tidak sedar rezeki yang kita perolehi itu telah bercampur dengan perkara yang meragukan. Oleh itu, mengeluarkan zakat adalah satu langkah yang terbaik untuk kita menggunakan harta sebaiknya.

Tertarik dengan sebuah kertas kerja yang bertajuk "Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan di Malaysia". Boleh baca di SINI.

Semoga saya dapat Istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab ini. Amin!

Thursday, 27 December 2012

Hari Keluarga Mbah Salam & Nyai Muannah

Alhamdulillah, niat ayah terlaksana sudah. 

Tarikh 23 Disember 2012 melakar lagi sebuah memori demi sebuah silaturrahim yang perlu dijaga sehingga akhir hayat. Hari bersejarah ini berjaya mengumpulkan lebih 200 orang sanak saudara dari pelbagai generasi keturunan Mbah Salam dan Nyai Muannah.

Sedikit latar belakang yang boleh dicatatkan di sini ialah hasil perkahwinan di antara Mbah Salam dan Nyai Muannah melahirkan 10 cahaya mata yang terdiri daripada Allahyarhamah Maimunah, Allahyarham Hamdan, Allahyarhamah Salmah, Wak Marfu'ah, Allahyarham Bajuri, Allahyarham Saim, Wak Alfah, Mak Jah (Khatijah), Ayahanda Khair, dan Mak Usu (Aminah). Anak-anak serta cucu cicit 10 beradik ini lah yang telah hadir pada Hari Perjumpaan tersebut dan pastinya ia adalah satu peluang dan ruang untuk merapatkan ukuwwah yang sedia ada.

Salasilah keluarga yang diusahakan oleh Ayahanda Khair & Kakanda Zuraini yang perlu ditambahbaikan kerana terdapat banyak penambahan ahli keluarga. (Maaf gambar kurang jelas)

Memelihara silaturrahim adalah tanggungjawab setiap Muslim. Perkataan silaturrahim mengandungi dua terminologi yang mengaitkan di antara satu sama lain iaitu 'silah' (hubungan) dan 'rahim' (kerabat keluarga). Oleh itu, silaturrahim ialah hubungan kekeluargaan yang perlu dipelihara kerana ada balasan baik untuk mereka yang menjaganya dengan baik, manakalah ada balasan buruk buat mereka yang memutuskannya.

Rasulullah SAW bersabda:

اعْرِفُوا أَنْسَابَكُمْ تَصِلُوْا أَرْحَامَكُمْ فَإِنَّهُ لاَقُرْبَ بِالرَّحِمِ إِذَا قَطَعْتَ وَاِنْ كَانَتْ قَرِيْبَةً وَلاَبُعْدَ بِهَا إِذَا وَصَلْتَ وَإِنْكَانَتْ بَعِيْدَةً
Ertinya: Perkenalkanlah susur galur (salasilah) keturunanmu, niscaya kamu (dihitung) menghubungkan silaturrahim kamu, karena sesungguhnya tidaklah kerabat namanya jika kamu memutuskannya walaupun sebebnarnya mereka itu dekat, dan tidak jauh namanya jika kamu menghubungkannya walaupun sebenarnya mereka jauh.
 [HR Baihaqi daripada Ibnu Abbas]

 Faedah menjaga silaturrahim terkandung di dalam hadith berikut:


 عَنْ أنَسَ رَضى اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ (رواه البخارى ومسلم)
 Daripada Anas (ra) bahwa Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: “Siapa yang ingin agar rezkinya dimurahkan dan umurnya dipanjangkan, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim”.
[HR Bukhari dan Muslim]


 عَنْ أَنَسَ رَضِى اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَمِعَهُ يَقُوْلُ: إِنَّ الصَّدَقَةَ وَصِلَةَ الرَّحِمِ يَزِيْدُ اللهُ بِهِمَا فى اْلعُمُرِ وَيَدْفَعُ بِهِمَا مَيْتَةَ السُّوْءِ وَيَدْفَعُ بِهِمَا المَكروه وَالمحذُوْرَ (رواه أبو يعلى)
  Daripada Anas (ra) beliau mendengar Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: “Sesungguhnya sadakah dan silaturrahim, kedua-duanya dapat menambah umur dan menghindarkan seseorang daripada maitatassuu’ (mati dalam keadaan mengerikan), dan menghindarkannya daripada perkara yang dibenci lagi dilarang”.
 [HR Abu Ya’laa]


 عَنْ جُبَيْر بْن مَطْعَم رَضِىَ اللهُ عَنْهُ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: لاَ يَدْخُلُ اَلْجَنَّةَ قَاطِهٌ (رواه البخارى ومسلم)
 Daripada Jubair Bin Math’am (ra) beliau mendengar Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan (silaturrahim)".
 [HR Bukhari dan Muslim]


 Huraian Hadith di SINI


 Beberapa gambar kenangan yang boleh dikongsi seperti berikut:


Keluarga Wak Nab. Tak sempat untuk ambil gambar dari awal.

Keluarga Mak Usu yang mempunyai cara tersendiri untuk memperkenalkan ahli keluarga mereka.

Keluarga kami yang santai-santai aja.

Keluarga (anak cucu) Arwah Wak Saim.

Kelurga Wak Mar (Tudung Coklat)

Keluarga Arwah Wak Sal. Boleh menang kategori "Paling ramai hadir"

Keluarga Mak Jah dari Kota Tinggi

Keluarga Wak Pah (tudung coklat duduk)

Sesi bergambar baru bermula. Warga super senior.

Semoga ukhuwwah ini berpanjangan hendaknya InsyaAllah.

Wednesday, 19 December 2012

Wordless Wednesday: Depend on HIM

 Allah, my destiny in Your Hand. You knows everything.

Location: Alor Star, Kedah.

Tuesday, 18 December 2012

Happy Birthday Hubby!


Half of the year we spent time together,
My love for you grower and grower..
Hope our love remain forever..
Because you are my best hero ever..

Happy birthday Hubby
May Allah shower you with lots of love and bless..

Love,
Your wife

Berkenalan dengan ATLAS.TI

Bismillahirrahmanirrahim

9 Disember, Ahad - Berpeluang menghadiri bengkel kualitatif yang dikendalikan oleh Dr. OT di Fakulti Pendidikan, UPM. Ini kali kedua saya menghadiri bengkel beliau dengan diskusi yang berbeza.Perkongsian dari bengkel yang pertama boleh dibaca di SINI.

Bengkel kali ini adalah khusus kepada kajian kualitatif dengan menggunakan satu perisian baru iaitu Atlas.ti. Software ini boleh dikatakan baru sebagai kaedah menganalisis data untuk kajian kualitatif. Ini kerana kebanyakan perisian memberi fokus kepada kajian kuantitatif berbanding kajian kualitatif.

Saya baru berkenalan dengan Atlas.ti dan saya mengambil keputusan untuk menggunakannya untuk kajian kedoktoran saya insyaAllah. Bengkel yang saya hadiri ini adalah pengenalan kepada Atlas.ti dan cara menggunakannya secara umum, dan saya berhasrat untuk menghadiri bengkel yang dikendalikan sendiri oleh pakar Atlas.ti.

Beberapa nota Atlas.ti yang dikongsi oleh Dr. OT boleh dibaca di link berikut: SIRI 1, SIRI 2, SIRI 3, SIRI 4, SIRI 5, SIRI 6, SIRI 7, SIRI 8, SIRI 9.

Terima kasih Dr. OT. Rakan-rakan di dalam gambar ini semuanya sudah bergelar pelajar PhD. Saya masih ketinggalan di belakang. 

Dua gambar yang berikut saya petik dari blog Dr. OT di SINI:

Khusyuk!

 Peserta bengkel yang berbeza latar belakang pendidikan

Laman web utama Atlas.ti boleh dirujuk di http://www.atlasti.com/index.html. Para pengguna juga boleh membeli perisisan ini di laman web tersebut. Malah ada banyak artikel berguna sebagai rujukan penggunaan Atlas.ti untuk kajian. Perkara paling utama ialah boleh muat turun versi percuma Atlas.ti untuk percubaan awal dan proses berkenalan. InsyaAllah mahu membeli versi yang penuh.

Semoga proses perkenalan awal dengan Atlas.ti ini membantu saya untuk mengenalinya dengan lebih mendalam agar ada hubungan mesra antara saya dan perisian ini. Ini sangat membantu dalam menjalankan kajian dengan lebih mudah.

Wallahu'alam

**Ada berita baik, tapi belum bersedia untuk berkongsi...

Thursday, 6 December 2012

Pangkor bukan sekadar Pulau

Dengan nama Allah yang mencipta. Dia sebaik-baik pencipta. Tiada ciptaan sebaik ciptaanNya.

Alhamdulillah. 

Bau masin pantai masih boleh dihidu. Lautan luas yang menghijau sudah ada yang merindu.

Pulang dari Pangkor dengan membawa kegembiraan dan keletihan. Terima kasih kepada FPQS yang membentuk sebuah keluarga baru buat saya. Kali ini, tiada madah untuk dibincangkan, tiada mesyuarat untuk diadakan, dan tiada seminar untuk dibentangkan. Semuanya santai. Dan yang paling bahagia, semuanya ditaja.. (hehe..)

Dan entri kali ini juga santai sahaja. Ada kenangan yang mahu dikongsi. Ada memori yang perlu diingati.

1. Jeti Marina & Jeti Pangkor

 Tiket pergi balik menaiki feri ialah RM10. Ada dua jeti untuk menyeberangi laut ke Pulau Pangkor. Jeti Marina dan Jeti Lumut. Kedua-duanya menyediakan perkhidmatan tempat letak kenderaan dengan harga yang berbeza.
Info: 50 sen setiap satu jam jika meletakkan kenderaan di Jeti Marina. Maksimum RM10 sehari.

2. Resort
Resort ini sudah ditempah awal oleh majikan. Boleh layari www.puteribayu.com untuk maklumat lanjut.
Komen peribadi: Keselesaan bilik 3/5. Makanan 2/5. Perkhidmatan 3/5
Ada banyak resort atau hotel yang boleh didapati di sana. Sangat digalakkan untuk menempah awal dan memilih kawasan yang berdekatan dengan pantai untuk kepuasan maksima.

 3. Kota Belanda

Kota yang dikenali sebagai Kota Belanda ini asalnya dibina oleh Belanda pada tahun 1670 sebagai gedung untuk menyimpan bijih timah.. (baca di SINI)
Saya sangkakan kota ini besar. Walaupun kecil tapi penuh sejarah.

4. Batu Bersurat

 Ada seorang budak yang duduk di atas batu ini untuk menceritakan sejarah batu bersurat kepada pengunjung. Sukar untuk percaya bahawa ada harimau dan bayi di dalam dua batu tersebut! Boleh rujuk SINI.

5. Kilang Sate Ikan

Periksa tanda halal sebelum membeli.

6. Kilang Membuat Bot

Sangat menarik. 4 bulan diperlukan untuk menyiapkan sebuah bot~!
Bergantung juga kepada saiz sesebuah bot dan kegunaannya.

7. Lapangan Terbang Pangkor

Pertama kali tahu bahawa ada juga kapal terbang yang mendarat di pulau ini. Kecil. Kawasan di sekelilingnya sangat privasi dan bersih.

8. Perkhidmatan

Teksi di Pangkor ada satu warna sahaja iaitu merah jambu. Menurut kawan saya, ronda-ronda sekeliling pulau berharga RM80 untuk sekali perjalanan. Ada juga perkhidmatan sewa kereta, motor dan basikal, tapi saya memilih untuk menyewa motor disebabkan oleh jalan sekitar pulau yang kecil, harga yang murah (RM20-RM35 sehari) dan sesuai untuk pasangan suami isteri yang masih berdua. Kami ronda ke setiap ceruk pulau. Puas!

Ada pelbagai permainan pantai. Teringin benar mahu mencuba tetapi tidak berkesempatan. Ada juga perkhidmatan meronda pulau dengan bot. Harga bermula dari RM15, bergantung kepada syarikat. Snorkeling juga disediakan. InsyaAllah saya cuba lain kali.

Walaupun pulau ini kecil, tapi kita yang menentukan bagaimana untuk mencipta keseronokan pada setiap percutian. Usah lupa mengingati kebesaran Tuhan kerana hanya Dia yang mampu mencipta segala bentuk kejadian. Usah lupa juga mensyukuri setiap nikmat kerana kufur nikmat itu membawa kepada kemusnahan.

Pulau Pangkor, ada waktu kita ketemu lagi...

Wednesday, 5 December 2012

Wordless Wednesday: Welcome December


**End of year always make me afraid~! Allahumma yassir~