Thursday, 27 December 2012

Hari Keluarga Mbah Salam & Nyai Muannah

Alhamdulillah, niat ayah terlaksana sudah. 

Tarikh 23 Disember 2012 melakar lagi sebuah memori demi sebuah silaturrahim yang perlu dijaga sehingga akhir hayat. Hari bersejarah ini berjaya mengumpulkan lebih 200 orang sanak saudara dari pelbagai generasi keturunan Mbah Salam dan Nyai Muannah.

Sedikit latar belakang yang boleh dicatatkan di sini ialah hasil perkahwinan di antara Mbah Salam dan Nyai Muannah melahirkan 10 cahaya mata yang terdiri daripada Allahyarhamah Maimunah, Allahyarham Hamdan, Allahyarhamah Salmah, Wak Marfu'ah, Allahyarham Bajuri, Allahyarham Saim, Wak Alfah, Mak Jah (Khatijah), Ayahanda Khair, dan Mak Usu (Aminah). Anak-anak serta cucu cicit 10 beradik ini lah yang telah hadir pada Hari Perjumpaan tersebut dan pastinya ia adalah satu peluang dan ruang untuk merapatkan ukuwwah yang sedia ada.

Salasilah keluarga yang diusahakan oleh Ayahanda Khair & Kakanda Zuraini yang perlu ditambahbaikan kerana terdapat banyak penambahan ahli keluarga. (Maaf gambar kurang jelas)

Memelihara silaturrahim adalah tanggungjawab setiap Muslim. Perkataan silaturrahim mengandungi dua terminologi yang mengaitkan di antara satu sama lain iaitu 'silah' (hubungan) dan 'rahim' (kerabat keluarga). Oleh itu, silaturrahim ialah hubungan kekeluargaan yang perlu dipelihara kerana ada balasan baik untuk mereka yang menjaganya dengan baik, manakalah ada balasan buruk buat mereka yang memutuskannya.

Rasulullah SAW bersabda:

اعْرِفُوا أَنْسَابَكُمْ تَصِلُوْا أَرْحَامَكُمْ فَإِنَّهُ لاَقُرْبَ بِالرَّحِمِ إِذَا قَطَعْتَ وَاِنْ كَانَتْ قَرِيْبَةً وَلاَبُعْدَ بِهَا إِذَا وَصَلْتَ وَإِنْكَانَتْ بَعِيْدَةً
Ertinya: Perkenalkanlah susur galur (salasilah) keturunanmu, niscaya kamu (dihitung) menghubungkan silaturrahim kamu, karena sesungguhnya tidaklah kerabat namanya jika kamu memutuskannya walaupun sebebnarnya mereka itu dekat, dan tidak jauh namanya jika kamu menghubungkannya walaupun sebenarnya mereka jauh.
 [HR Baihaqi daripada Ibnu Abbas]

 Faedah menjaga silaturrahim terkandung di dalam hadith berikut:


 عَنْ أنَسَ رَضى اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ (رواه البخارى ومسلم)
 Daripada Anas (ra) bahwa Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: “Siapa yang ingin agar rezkinya dimurahkan dan umurnya dipanjangkan, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim”.
[HR Bukhari dan Muslim]


 عَنْ أَنَسَ رَضِى اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَمِعَهُ يَقُوْلُ: إِنَّ الصَّدَقَةَ وَصِلَةَ الرَّحِمِ يَزِيْدُ اللهُ بِهِمَا فى اْلعُمُرِ وَيَدْفَعُ بِهِمَا مَيْتَةَ السُّوْءِ وَيَدْفَعُ بِهِمَا المَكروه وَالمحذُوْرَ (رواه أبو يعلى)
  Daripada Anas (ra) beliau mendengar Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: “Sesungguhnya sadakah dan silaturrahim, kedua-duanya dapat menambah umur dan menghindarkan seseorang daripada maitatassuu’ (mati dalam keadaan mengerikan), dan menghindarkannya daripada perkara yang dibenci lagi dilarang”.
 [HR Abu Ya’laa]


 عَنْ جُبَيْر بْن مَطْعَم رَضِىَ اللهُ عَنْهُ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: لاَ يَدْخُلُ اَلْجَنَّةَ قَاطِهٌ (رواه البخارى ومسلم)
 Daripada Jubair Bin Math’am (ra) beliau mendengar Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan (silaturrahim)".
 [HR Bukhari dan Muslim]


 Huraian Hadith di SINI


 Beberapa gambar kenangan yang boleh dikongsi seperti berikut:


Keluarga Wak Nab. Tak sempat untuk ambil gambar dari awal.

Keluarga Mak Usu yang mempunyai cara tersendiri untuk memperkenalkan ahli keluarga mereka.

Keluarga kami yang santai-santai aja.

Keluarga (anak cucu) Arwah Wak Saim.

Kelurga Wak Mar (Tudung Coklat)

Keluarga Arwah Wak Sal. Boleh menang kategori "Paling ramai hadir"

Keluarga Mak Jah dari Kota Tinggi

Keluarga Wak Pah (tudung coklat duduk)

Sesi bergambar baru bermula. Warga super senior.

Semoga ukhuwwah ini berpanjangan hendaknya InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment